Ahad, 7 November 2010
SPR, SPRM JADI PAGAR KESELAMATAN BN
Inilah pengawal keselamatan Parti Barisan Nasional / BN pada setiap masa, terutama menjelangnya pilihanraya. Sampai bila pun parti lawan atau pembangkang akan merasa sangat perit untuk mengalahkan mereka.
Selagi BN memerintah selagi itu rakyat yang dahagakan keadilan dan kebebasan akan terpedaya dan diperdaya. Selagi BN memegang tampok pemerintah selagi itu parti pembangkang akan terus dipermain dan ditekan !!
Kerajaan BN sememangnya sangat mabuk dengan kuasa. Apa cara sekalipun kuasa mesti dipertahankan!!. Maka menanglah mereka dalam pilihanraya baru-baru ini walaupun dengan cara yang amat busuk dan tidak bermaruah !!
Cara BN berkempen semasa pilihanraya pasti memberi kelebihan, apabila mereka sewenang-wenang menggunakan jentera kerajaan dan juga badan-badan NGO yang sepatutnya ini tidak berlaku !!
Menurut laporan dan gambar-gambar yang dikeluarkan oleh blogger-blogger dan juga akhbar-akhbar yang bukan pro BN, terdapat kejadian memberi rasuah yang amat keterlaluan,,. Kerajaan BN menabur berbagai janji, dan yang lebih dahsyat wang ratusan ringgit diberi kepada setiap pengundi di dua pilihanraya kecil DUN Galas dan Parlimen Batu Sapi baru-baru ini.
Namun begitu, walaupun terdapat bukti dan laporan telah dibuat, tetapi SPR dan SPRM tidak berselera untuk mengambil tindakan, malah lebih bersedia untuk menangkis segala dakwaan. Mereka beranggapan gaji mereka dibayar oleh Kerajaan BN, maka walau betapa buruk dan jahat sekali pun UMNOBN, kerajaan yang membayar gaji mereka mesti dipertahankan!!
Itulah kerja SPR dan SPRM sebenarnya !. Mereka membiarkan rasuah politik berlaku didepan mata, dan dalam masa yang sama mereka memberi berbagai alasan untuk tidak mengambil sebarang tindakan. Mereka seolah-olah turut sama mempertahankan kubu BN yang dipimpin oleh Najib Tun Razak.
Kepada seluruh rakyat Malaysia !..sedarlah! insaflah!. Sudah 53 tahun negara ini dicengkam dan dibelenggu oleh Rejim UMNOBN. Dalam PRU ke-13 nanti, marilah kita membuat perubahan !! Tak ada salahnya anda menerima wang sogokan berjumlah seratus dua itu, ambillah ! Tetapi janganlah sampai sanggup menggadai maruah dengan menjual undi.
Hak mutlak anda ialah memilih kerajaan yang benar-benar ikhlas untuk membawa perubahan !! bukan membalas rasuah dengan rasuah,,... iaitu wang dibalas dengan undi !!
Oleh : rahimothman
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan