Selasa, 22 Januari 2013

Cadangan lapok dari pemimpin lapok.


Beliau cadang gubal undang-undang larang parti politik guna nama Islam
Undang-undang melarang penggunaan nama Islam dalam sesebuah parti politik perlu diwujudkan agar tidak dimanipulasi dan disalahguna sesetengah pihak demi kepentingan politik.  Demikian kata bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Dr Rahim Tamby Chik.
Sebenarnya ini merupakan satu isu lama yang sudah basi dan sudah lapok. Tidak mengejutkan kerana datangnyan pun dari seorang bekas pemimpin yang sudah lapok. Parti yang menggunakan nama Islam boleh merosak dan memburukkan kedudukan, imej serta reputasi agama itu sendiri,, katanya.

Bekas pemimpin tinggi Umno yang pernah dilibatkan dengan kes rogol budak sekolah, salahguna kuasa, dan pernah terlibat dengan penayangan video lucah ini beriya-iya nampaknya bercakap soal Islam, Cadangan beliau itu samalah seperti si perompak bercakap soal bagaimana nak menyelamatkan mangsa rompakan yang ditembaknya,, amat melucukan!                                                                                                                                                                  Pernahkah beliau melihat cermin,   tahap mana amalan Islam yang beliau amalkan.  Bolehkah TS Rahim buktikan dengan statistik,  sudah berapa banyak orang Islam yang disesatkan oleh PAS?  Bukankah Umno yang tidak menggunakan nama Islam tetapi telah banyak menyesatkan hukum Islam dan memperalat agama Islam sendiri? - rahimothman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan