Rabu, 9 Januari 2013

Terbuku dihati !! dah tiba masa rakyat tukar kerajaan


Sudah begitu lama rakyat terbuku hati dengan kerajaan.  Ini diantara sebab-sebabnya,,,..   Umno gunakankan bangsa Melayu untuk kepentingan peribadi,  Umno peralatkan Islam untuk kepentingan parti,,  Umno selewengkan kuasa,  Umno tak mampu tinggalkan rasuah,  kekejaman polis disorokkan,  kecurangan JPN dan SPR dibiar berleluasa,  kematian Beng Hock dan Sarbani tidak terbela,  pembunuhan Altantuya belum dirungkai,  isu pendedahan Deepak cuba disembunyikan,  isu kalimah Allah di flip-flopkan,  dan terbaru isu amanat Haji Hadi  juga tergantung,, semata-mata mahu dijadikan alat untuk Umno menikam PAS.    

Selama ini propaganda buruk UmnoBn  dalam usaha untuk  menjatuhkan pembangkang sudah tak terkira banyaknya,, berkepuk-kepuk,, berguni-guni !!.  Bila agaknya “terbuku hati”  rakyat dan pembangkang  ini boleh terlerai? Bila agaknya minda rakyat yang sepanjang masa terbelenggu ini akan dibebaskan?  

Jawapannya cukup mudah!  Kita tumbangkan kerajaan UmnoBn,, kita tegakkan kerajaan baru PAKATAN RAKYAT.  Pada ketika itu nanti akan terbebaslah minda rakyat daripada dicengkam dan dibelenggu oleh UmnoBn selama ini.  Di saat itu nanti dah tak ada masaalah lagi,,, pimpinan UmnoBn  boleh bersemuka dengan pimpinan PR dalam debat secara siaran langsung yang sering diminta oleh rakyat ketika Umno memerintah tetapi tidak dilayan oleh mereka.  Akan terserlah lah nanti siapa yang bercakap benar dan siapa yang penipu besar !! 

Wahai pemimpin-pemimpin Umno dan sekutu-sekutunya!  Belum terlambat bagi kalian untuk menjadi parti yang baik dan pemimpin yang baik !  -  Parti-parti diluar BN mengambil masa 55 tahun untuk menjadi pemimpin dan gabungan parti pembangkang yang berkualiti seperti yang ada hari ini !   Bakal pembangkang yang akan diketuai oleh Umno pula bagaimana??  -  rahimothman




Tiada ulasan:

Catat Ulasan