Khamis, 10 Januari 2013

HEBATNYA ULAMAK MUDA UMNO !

Tahniah Umno!  Kalian berjaya pikat ulamak-ulamak muda ini, sehinggalah mereka itu menjadi sangat hebat melebihi kehebatan mana-mana ulamak di Malaysia ini. Kalau setakat TG Nik Aziz dan Haji Hadi mahupun Ustaz Azhar Idrus tahap mereka itu hanya di bawah ketiak mereka saja !  Sesungguhnya kemasukan mereka ini kedalam Umno hanya semata-mata kerana terlalu sayangkan Umno,, tak lebih dari itu.
Baru-baru ini mantan Mufti Perlis, Dato' Dr Mohd Asri Zainul Abidin dalam tweetnya telah membelasah para "ULAMA" muda UMNO yang cukup tersohor seantaro dunia kerana mengeluarkan "FATWA" beberapa pandangan ulama-ulama besar dunia yang sudah meninggal dunia maupun yang masih hidup termasuk Ketua Ulama Dunia Kini, Sheikh Yusuf Al- Qaradawi sebagai SESAT.

Hebat sungguh para "ULAMA" muda UMNO ni.  Beruntung Umno  kerana berjaya menjinakkan  mereka yang cukup berilmu ini. Namun dalam memiliki ketinggian ilmu itu terserlah juga sikap over dan kebengongan mereka,  apabila lenggok bahasa mereka lebih Umno dari ahli Umno sendiri !  -  rahimothman





1 ulasan:

  1. Berilmu tetapi tidka beramal dengan ilmu - bangang namanya tu

    BalasPadam