Selasa, 8 Januari 2013

“Tiger show” dalam PDRM : Ia tak patut berlaku

 Apa pun jawapan atau alasan Ketua Polis Selangor tentang peristiwa yang sudah berlaku ini, ia tetap sesuatu mengambarkan keburukan dan kelemahan PDRM sendiri.  Institusi PDRM (Polis DIRAJA Malaysia)  yang logonya  tertulis kalimah  “Allah” dan “Muhammad” ,, nampaknya dengan sewenang-wenang telah dicemari oleh PDRM sendiri. Memang tidak wajar dan amat bertentangan dengan budaya Islam dan masyarakat Malaysia ‘amnya.
                                                                  
Gambar tarian separuh bogel ini telah dirakam dalam satu Majlis Malam Mesra, Sekalung Budi, Segunung Intan JSJ IPDP Shah Alam pada 4hb Januari yang lalu.  Gambar  tigasuku  lucah ini kini  sedang  berlegar ligat dialam internet.  Dan difahamkan Ketua Polis Selangor melalui akaun FBnya telah mengeluarkan satu kenyataan….. begini bunyinya,,,,,

" ASLMKUM. SAYA HARAP JGN LAH RAMAI YANG BUAT DOSA.  SAYA TLH SELIDIK.  PIHAK POLIS YG HADIR (JSJ SHAH ALAM) JUGA TERPERANJAT DGN PIHAK KEBUDAYAAN ( MLM DI INTEKMA  ) ITU YG TELAH MEMBUAT "SHOW" SEDEMIKIAN, NAMUN TINDAKAN DISIPLIN TERHADAP MEREKA YG BERTANGGUNG JAWAB & CUAI DLM MENGANJUR. POLIS SELANGOR TIDAK SEKALI KALI MENYOKONG KEMUNGKARAN SEBEGITU.  HARAP MAKLUM"

Persoalannya,,, Mohon maaf satu hal,,  tetapi memadaikah permohonan maaf yang begini ringkas? Dan salahkah  kalau mesyarakat Malaysia masih beranggapan bahawa PDRM atau keluarga PDRM atau pihak-pihak yang berkaitan dengannya,  sengaja telah memperlekehkan hukum Islam?  -  rahimothman


1 ulasan: