Di
tempat Stadium Merdeka, 12 Jan.2013
petang semalam, dengan kehadiran hampir 100,000 orang di dalam dan
diluar stadium, satu rekod kehadiran himpunan rakyat paling ramai telah
tercipta. Dan yang lebih penting Laungang
Merdeka oleh DS Anwar Ibrahim ia
seolah-olah menyamai laungan merdeka 57
tahun lalu yang dilakukan Tunku Abdul Rahman Perdana Menteri Malaysia pertama. Terima kasih Mahathir,,, kerana dasar kuku
besi dan pengkhianatan anda kepada DS Anwar lah maka peristiwa hari ini boleh
berlaku. Terima kasih sekali lagi kerana keberanian anda memfitnah dan memecat
Anwar sebagai Timb.Perdana Menteri 13 tahun lalu. Maka dengan kehendak Allah jugalah DS Anwar
dapat melaungkan kalimah “Merdeka
! Merdeka,! Merdeka !,,,sebanyak tujuh kali lalu dijawab
pula dengan kalimah… “Rakyat” oleh seluruh peserta himpunan yang hadir.
Nampaknya
Laungan
Merdeka dan ucapan bersemangat oleh beberapa pemimpin Pakatan Rakyat
semalam benar-benar menggambarkan kemahuan dan rasa tidak sabar rakyat untuk berubah. Syabas kepada rakyat kerana terpaksa
mengharungi perit-jerih dan penat-lelah untuk menjayakan himpunan yang memberi
seribu makna ini. Tahniah dan terima kasih juga kepada pihak PDRM kerana telah
menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab tanpa sebarang provokasi. Begitu juga kepada segelintir barua dan
penyokong Umno yang selama ini sering saja mengganggu dan membuat provokasi, tetapi tidak pula kali ini. Dengan kehendak Allah juga,, terbukti perhimpunan aman HKR (Himpunan
Kebangkitan Rakyat) ini telah berjalan dengan aman dan selamat.
Syukur Alhamdulillah !!
Ayuh
sekalian pemimpin Pakatan Rakyat dan seluruh rakyat Malaysia !! Tanamkan sifat berani dan rasa tanggung
jawab! Jangan lagi ada rasa takut dan ragu-ragu
!! UmnoBn
bukannya sebuah kerajaan yang berhantu atau berpuaka!! Mereka bukan malaikat,, mereka juga bukan
Allah yang boleh menentukan segala-galanya!!. Selepas kita
mengistihar dan melafazkan kalimah “MERDEKA” untuk kali keduanya petang semalam,, mari kita sama-sama berazam untuk mendapatkannya dengan ertikata
“merdeka” sebenar-benarnya. Tak ada cara
lain melainkan dengan mengundi PAKATAN RAKYAT dalam PRU ke-13 nanti! - rahimothman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan