Khabarnya penyanyi “batu” ini begitu berbangga
dengan perniagaan kelab malamnya dan khabarnya juga beliau mahu menambah beberapa
lagi cawangannya di tempat-tempat lain. Mungkin dalam hatinya berkata,, ini
dunia aku,, dunia hiburan!! aku tak
pandai berniaga nasi lemak atau berniaga
pasar malam, apa lagi buat kerja merompak,, jadi salahkah aku cari rezeki
melalui hiburan?,,, Wahai
penyanyi rock yang masih belum ditolak oleh peminat! Salah
atau tidak salah sendiri fikirlah! Ada
otak Allah beri, gunakan,, kalau rasa diri jahil ilmu agama,, belajar.
Apa-apa pun teman cuma nak tanya,,,, Ada kah mike buat kenyataan
mengatakan kelab malam mike itu bebas dari hidangan air setan? Ada kah mike jamin pelanggan-pelanggan mike
semuanya menutup aurat? Ada kah mike
jamin tidak akan berlakunya pergaulan bebas jantan betina? Apa lagi aksi-aksi
bersentuhan kulit sesama bukan muhrim? Dan
akhir sekali, tidakkah gaya dan aksi
dalam gambar di atas menggambarkan apa yang berlaku di kelab malam anda? sebagaimana yang biasa berlaku di kelab-kelab
malam yang lain? - rahimothman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan