Perlukah polis bersungut
kerana penganjur langgar syarat 30,000? Amat tak manasabah kalau polis cuba nak
melimitkan lautan semangat yang mahu ditonjolkan oleh rakyat. Kehadiran
rakyat prihatin hampir 700,000 sudah pun berlaku dan berlalu.. majlis
berjalan dengan aman dan tak ada sebarang kerosakan atau kekecuhan yang
berlaku. Adalah lebih baik kita semua termasuk polis mengucapkan banyak-banyak
syukur kepada Allah. Kalau pihak polis bersungut itu maknanya tidak ikhlas dan
tidak redha,, sedangkan Allah telah meredhakannya!!
Di
sebalik kejayaan Pakatan Rakyat dan badan-badan NGO merealisasikan HKR/
Himpunan Kebangkitan Rakyat pada 12 Januari 2013 yang lalu di mana jumlah kehadirannya telah mencecah
lebih 500,000 orang,, rupa-rupanya ada juga rungutan dari pihak polis. Mereka mendakwa HKR 112 yang diadakan di
Stadium Merdeka kelmarin telah melanggar syarat,, kerana kehadiran peserta telah
melebihi 30,000 orang.
Kah,
kah, ! kah! rumah sudah siap, pahat berbunyi pula !. Majlis sudah pun selesai,,, berjalan dengan
baik dan aman, tak ada gaduh, tak ada yang cedera, tak ada yang mati, tetapi
masih ada kedengaran suara-suara sumbang. Sepatutnya syukurilah kejayaan
perhimpunan ini , kerana tidak ada seorang
pun anggota polis yang membelasah atau dibelasah, tak ada kereta polis yang
diterbalikkan. Begitu juga stadium,, tak
ada sedikit pun yang retak,, jauh sekali
pecah atau runtuh,, malangnya terkeluar juga rungutan-rungutan remeh yang tidak
perlu.
Seperkara
lagi,, bukankah kebenaran untuk berhimpun ini tertakluk di bawah Akta perhimpunan
aman? sebagaimana yang dibenarkan oleh
undang-undang negara. Justeru, apa yang polis nak sibuk sangat pasal jumlah
kehadiran? sama ada 30,000 ke atau 500,000 ke atau 1 juta ke?. Di mana ruginya polis kalau kehadiran orang
ramai lebih dari 30,000?. Tidakkah
kehadiran 500,000 atau 1 juta itu jauh lebih penting dan lebih bermakna buat
rakyat ? Seluruh rakyat Malaysia
termasuk polis, insyaallah akan dapat
nikmat hasil dari perjuangan murni ini
- rahimothman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan