Jumaat, 11 Januari 2013

Najib takut nak jawab,,, kenapa?


Bila Najib nak perjelas isu RM207 bilion wang pampasan “buruh paksa/ kereta api maut” yang khabarnya telah dibayar oleh kerajaan Jepun kepada kerajaan Malaysia, tetapi wang itu ghaib entah kemana  tak diterima oleh mangsa.  Siapa sebenarnya yang songlap duit itu?   Bila pula Najib nak menjawab dakwaan Deepak yang mengatakan Najib terlibat dengan kes Altantuya terutama dalam pembikinan  akuan bersumpah PI Bala kali ke-2 ?

 

Rasa-rasanya,  rakyat bagai menunggu buah yang tak gugur. Kes-kes yang terdahulu pun Najib belum jawab,  mungkin kerana beliau tak berani nak jawab,  terutama isu RM500 bilion  komisyen kapal selam,   isu bagaimana terpadamnya rekod kemasukan Altantuya ke Malysia,   isu bagaimana bahan letupan(bom) yang bernama C4 boleh dengan begitu mudah dikeluarkan dari kementerian pertahanan kemudian digunakan untuk menghancurkan jasad Altantuya? 


Tentu akan bertambah botak kepala Najib bagaimana nak menjawab semua itu. Ini belum lagi menjawab persoalan bagaimana rakusnya beliau berbelanja hinggakan belanja seorang perdana menteri boleh menyamai lima orang perdana menteri sebelumnya?  Bagaimana pengaliran wang haram keluar negara begitu menjadi-jadi hingga mencecah RM200 bilion?  Semuanya ini akan terjawab hanya apabila PAKATAN RAKYAT  berjaya mengambilalih pentadbiran Putrajaya.  Ayuh seluruh rakyat Malaysia !,, sudah sampai masanya kita mesti berubah -  rahimothman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan