Isnin, 14 Januari 2013

Najib umpan orang Semenyih dengan beras dan tepung


Terkini – Najib umpan orang Semenyih dengan beras dan tepung. Dengan bertemakan "Himpunan Rakyat bersama Perdana Menteri” aktiviti mengumpan rakyat ini berlaku di Dataran TESCO, Bandar Rinching Semenyih Sabtu lalu 12hb.Jan. 2013 (jam 9.00 pagi)  sama hari dengan “Himpunan Kebangkitan Rakyat “ di Stadium Merdeka. 

Tujuan Najib membuat aktiviti tesebut pada hari yang sama sudah pasti mahu  menandingi atau menyaingi HKR  anjuran Pakatan Rakyat,  namun jelas,, dari segi kehadiran di Semenyih dengan kehadiran di Stadium Merdeka amat jauh berbeza, macam langit dengan bumi! atau macam pipit dengan garuda!   Begitulah hebatnya sambutan rakyat di HKR Stadium Merdeka anjuran Pakatan Rakyat. Malu kita mendengarnya apabila ada pemimpin Umno memperlihatkan kedunguan mereka,, mereka kata kehadiran di Stadium Merdeka hanya 15,000 atau disekitar 45,000 orang saja, sedangkan ruang di dalam stadium saja sudah mengisi hampir 100,000 orang.

Berbalik kepada pemberian beras dan tepung oleh Najib.  Biasalah !  apabila dekat nak PRU akan adalah satu demi satu umpan dan rasuah politik. Itu sudah jadi mainan kerajaan UmnoBn sejak dulu. Dengan berbagai umpan dan habuan yang tak sebesar mana itu,  BN mengharapkan rakyat akan lupa kebobrokan dan keburukan pemimpin UmnoBn selama ini.  Wahai sekalian orang Semenyih!  Jangan rasa gentar dan takut, jangan rasa bimbang dan ragu,,, Najib bagi, kalian ambil,, Bab mengundi, faham-fahamlah, takkan kerajaan zalim yang sering berpura-pura itu mahu dikekalkan lagi? Terima kasih kepada BN
- rahimothman


Tiada ulasan:

Catat Ulasan