Dah agak dah!! Lakunan pemimpin Umno
terutama Datuk Rais Yatim yang kononnya membenarkan Presiden PAS Tuan Guru Hj
Hadi untuk memberi penjelasan tentang tuduhan kafir terhadap Umno dan
dipancarkan secara langsung di RTM tidak menjadi kenyataan. Ini bukan pelik, kerana bersandiwara dan berbohong
sudah menjadi tradisi Umno.
Rakyat pun sudah cukup faham bahawa
Umno sememangnya suka berdolak dalik dan mencari seribu alasan. Seperti yang telah
diduga, kesemua perancangan yang mereka cipta, mereka sendiri yang gagalkan,,
kemudian tuduh lawan mereka yang menjadi punca ,, begitu dan begini.. Itulah kehebatan Umno!!
Apa tujuan sebenar Rais kononnya nak
benarkan Haji Hadi memberi penjelasan di TV hanyalah umpan pilihanraya, disamping nak mengalihkan isu-su negara yang
jauh lebih penting, terutama isu besar
termasuk isu-isu moral yang melibatkan PM Najib. Sudah terbukti menteri
penjilat bontot Mahathir dan Najib ini akan berbuat apa saja demi bosnya, dan yang lebih penting masa depan politiknya
sendiri.
Berbalik kepada hal Haji Hadi. Amanat Hj Hadi telah difatwakan sudah lama
dahulu. Kita nak bertanya,, jika
sudah lama dan amanat itu dikatakan salah, kenapa sehingga kini TG Hj Hadi
tidak pernah disiasat, didakwa dan dikenakan sebarang tindakan?
Siapa yang takut sebenarnya?,, Haji Hadi atau Umno? TG Haji Hadi langsung tidak gentar dengan
berbagai gertakan atau ugutan Umno. Cemuhan
dan celaan yang dilemparkan terhadapnya sedikit pun tak jadi kudis!! Justeru,
kepada para pemimpin dan ulamak-ulamak Umno!
Dakwalah TG Haji Hadi,, jangan cakap saja bergegar-gegar, macam tin
kosong!! atau macam anjing menyalak
bukit.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan