Jumaat, 31 Disember 2010

UMNO KEPUPUSAN PEMIMPIN BERWIBAWA !







Pemimpin ini pernah melakukan rasuah semasa pemilihan Umno beberapa tahun dulu. Oleh kerana Umno dah tak ada lagi pemimpin yang bersih, maka pemimpin yang terbukti kotor terpaksa juga dilantik, kerana itu sudah menjadi budaya atau style dalam Umno,  maka terlantiklah bekas menteri dan bekas menteri besar yang satu ketika dulu pernah digelar menteri DORAEMON itu sebagai pengerusi FELDA yang baru mengantikan  Dr Yusof Noor.

Pengalaman menjadi Menteri Besar NS selama 22 tahun (1982-2004),  serta ketaatannya kepada Umno, mungkin itu yang menyebabkan Najib menaruh kepercayaan kepadanya.Pada satu ketika Tan Sri Isa Samad merupakan bekas Naib Presiden Umno dan bekas Menteri Wilayah Persekutuan. Rekod buruknya ialah terlibat dalam politik wang semasa  pemilihan Umno satu ketika dulu.  Dan beliau pernah digantung keahlian selama 6 tahun oleh Jawatankuasa Disiplin Umno.  Ini yang Najib buat-buat lupa ! 


Tapi tak kisahlah !  Dalam Umno semua itu tidak penting! .  Yang penting ialah sanggup bersekongkol dalam kerja-kerja kemungkaran, kerja-kerja munafik !!  Aku tolong kau,  kau tolong aku!!  Aku hulur tangan kiri kau hulur tangan kanan!! ... Kini lah masanya Najib nak membalas jasa Isa Samad, terutama selepas kejayaannya memenangi pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang Teluk Kemang Negeri Sembilan pada 11 Oktober 2009, kira-kira setahun yang lalu.

Semenjak Dr Yusof Noor memegang jawatan Pengerusi Felda mulai 2001 hingga 2010, tak ada kemajuan pun yang boleh dibanggakan! Yang ketara ialah pembaziran !  Dan yang paling nyata ialah keghairahan Dr Yusuf Noor menghimpun kekayaan melalui Felda.  Kini Isa Samad pula mengambil giliran.  Kita tak tahu berapa banyak pula wang atau harta yang dia akan  kumpul untuk perut sendiri dan kroni-kroninya !

Nampaknya Najib dengan sewenang-wenang meletakkan orang-orang politik yang berada di hujung karier, menerajui apa-apa agensi kerajaan termasuk Felda !  Sepatutnya ini tidak berlaku kerana semasa dalam kerajaan mereka sebenarnya sudah cukup puas membuncitkan perut masing-masing !!   

Untuk menjadi Pengerusi Felda, bukan kah lebih baik diserahkan saja jawatan itu kepada warisan anak-anak Felda yang berkelayakan?  Rasanya dah terlalu ramai anak-anak Felda yang berjaya..!!   tapi yang Najib nampak kroni juga !!   Sama-samalah jenerasi Felda fikirkan !

Oleh : rahimothman

 

Rabu, 29 Disember 2010

GOBALA MENYALAK DAN TERUS MENYALAK


Buat helah nak keluar lubang - Macam kisah Sang Kancil dengan Gajah

 
Rasa hormat dan tatasusilanya sudah tidak wujud lagi! Tanpa berselindung, ahli parlimen PKR Padang Serai N Gobalakrishnan menamakan ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai punca ketidakadilan yang didakwa berlaku di dalam PKR hari ini..  Nampaknya dia sangat berminat menghentam kepimpinan PKR menggunakan media cetak...Dia merasakan seolah-olah beliau seorang saja yang memperjuangkan keadilan dalam PKR
“ Dato’Seri Anuar Ibrahim yang patut dihukum!, bukan saya “  katanya lagi

Tindak tanduk N Gobalakrishnan sebijik macam kisah “Sang Kancil dengan Gajah”,  cerita penglipur lara zaman dulu-dulu…...

Kancil berada di dalam sebuah lubang besar bersama gajah. Kancil teringin sangat nak keluar dari lubang itu.  Dia berkali-kali mengusik dan menyentuh telur gajah, dan gajah tak tunjuk apa-apa reaksi pun. Tujuan dia memang nak buat gajah marah, tapi Gajah buat tak kisah !   Maka ini membuatkan Kancil menjadi bertambah bengang, lalu menjentik telur gajah dengan agak kuat sikit. Gajah buat diam saja!  Kemudian Kancil menjentik lebih kuat lagi. Gajah kata ..” Jangan Kancil!  Jangaaan!.  

Dan Kancil terus menjentik !  Jangannn !! kata gajah. Gajah kelihatan sangat sabar. Kancil tetap mengharapkan agar Gajah mencampaknya keluar dari lubang itu, tetapi masih  belum berhasil !!  
Kita tunggu apa tindakan kancil seterusnya!!                                                                           

Oleh : rahimothman

Selasa, 28 Disember 2010

SUDAHLAH INDON ! LUPAKAN PASAL LASER


Rakyat Malaysia tahu Indonesia yang mula dulu!!


TAK PERLULAH BISING-BISING LAGI PASAL LASER ! LEBIH BAIK FOKUS PADA PERSEDIAAN DAN PERMAINAN !  KALAU ANDA LEBIH BAGUS DARI MALAYSIA DAN
DISOKONG OLEH SEDIKIT FAKTOR NASIB ANDA AKAN MENANG.
KALAU MALAYSIA YANG LEBIH BAGUS, TAK MUSTAHIL MALAYSIA YANG AKAN
MENANG!...  SAMA-SAMALAH KITA
BERJUANG DENGAN DENGAN PENUH SEMANGAT KESUKANAN !!

KALAU ANDA MERASA ANDA KUAT! TAK PERLU RASA ANGKUH DAN SOMBONG. ANDA PERLU INGAT!!  BAHAWA DALAM BOLASEPAK,  KADANG-KADANG PASUKAN YANG HEBAT JUGA BISA MENERIMA KEKALAHAN!!

SAMA-SAMA KITA TONTON PERLAWANAN  MALAM ESOKI!!

Oleh : rahimothman

MENTERI MANA AGAKNYA PERNAH JADI PEROGOL?


Akhir-akhir ini heboh diperkatakan di dalam blog bahawa ada seorang menteri dikalangan Kabinet Najib yang pernah menjadi perogol. Beliau dikatakan telah merogol seorang Amah Indonesia yang bekerja dengannya,  dimana pada ketika itu Pak Lah menjadi Perdana Menteri.

 

Kejadian dikatakan berlaku pada  19/2/2007,,. dan pada 20/2/2007 mangsa telah dihantar  oleh menteri tersebut selaku majikannya, pulang  ke Indonesia .. Amah yang malang itu khabarnya telah diugut  supaya bersumpah tidak akan melaporkan kes kepada polis!

Kalaulah kisah ini benar ! alangkah malangnya kita yang menjadi rakyat Malaysia. Kita merasa amat malu kerana seorang menteri yang beragama Islam sanggup melakukan kerja terkutuk itu !!

Kalau kisah ini benar !  agak-agaknya beranikah menteri itu bersumpah?..   Haa !  bersumpahlah !! Bukankah itu menjadi amalan kesukaan anda dan puak-puak anda?

oleh : rahimothman

Isnin, 27 Disember 2010

UMNO ADA AGENDA TERSEMBUNYI ?


Apa cara sekali pun, kalau Umno yang buat ia mesti boleh!!  Maka ini lah salah satu langkah atau strategi UMNO nak menawan semula negeri Selangor iaitu .. dengan melantik Dato' Haji Mohd Khusrin, 54 sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru, menggantikan  Datu' Ramli Mahmud, 56, yang menamatkan perkhidmatan pada 31 Disember.

 

Dato' Haji Mohd Khusrin yang sebelum ini sebagai Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor memang terkenal dengan tindakannya yang penuh kontraversi. Segala tindak tanduknya sering condong kepada UMNO/BN.  Boleh jadi idea melantik Dato' Khusrin ini datangnya dari kepimpinan peringkat tertinggi. Besar kemungkinan PM  Najib telah menggunakan kuasanya untuk menentukan siapa yang layak atau tidak layak memegang jawatan itu dari kaca mata UMNO. Dan Dato' Khusrin telah dianggap layak kerana sikapnya dianggap pro Umno.

Soalnya kenapa perlantikan itu telah membelakangkan Menteri Besar Selangor? Kenapa Dato' Khalid Ibrahim tidak dimaklumkan lebih awal?  Sudah tentu tindakan ini ada udang disebalik batu ! dan rakyat mudah sekali memahaminya!   Tindakan Setiausaha Politik Menteri Besar Faekah Husin dengan memberi kenyataan bahawa  perlantikan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor itu  sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri masih belum muktamad adalah tepat.

Ikhlaskah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) ataupun KSN untuk meletakkan Khusrin disitu?  Ikhlaskah tindakan Umno?.. sama-sama kita boleh fikir!

Oleh : rahimothman

Ahad, 26 Disember 2010

MALAYSIA HAMPIR JUARAI PIALA SUZUKI


Setelah kalahkan Indonesia 3-0

 
Malaysia sudah hampir pasti dapat menjulang piala bolasepak Asean/ AFF Suzuki Cup 2010 buat pertama kalinya, apabila berjaya mengalahkan Indonesia 3-0  di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.  Keputusan muktamat akan ditentukan dalam perlawanan akhir pusingan kedua yang akan diadakan di Jakarta pada 29/12/2010 Rabu depan.  Dua gol telah dijaringkan oleh Safee Sali  dan satu gol lagi oleh pemain gantian Ashari Samsudin.  Ketiga-tiga gol diperolehi  dalam separuh masa kedua setelah buntu diseparuh masa pertama.

Apa-apa pun dengan berbekal kelebihan jaringan 3-0,  Malaysia hanya perlu seri sahaja apabila bertandang ke Jakarta nanti.  Kekalahan 0-2 kepada Indonesia masih mampu meletakkan Malaysia selaku juara. Tahniah kepada jurulatih Rajagobal serta anak-anak buahnya yang telah bermain cemerlang.  Sebelah tangan telah berjaya memegang piala tersebut dan sebelah tangan lagi akan melakukannya di Jakarta nanti. InsyaAllah !

Syabas dan tahniah sekali lagi.  Rakyat Malaysia sentiasa menyokong dan mendoakan kejayaan pasukan bolasepak kita !!

Oleh ; rahimothman

Sabtu, 25 Disember 2010

NAJIB DAN MUHYIDDIN KENA PENAMPAR JEPUN !!

Impak dari Konvensyen Pakatan Rakyat ke-2 – 19 Dis.2010



Mengimbau kembali kisah di zaman Jepun menakluk Malaysia satu ketika dulu,.. ramai orang Melayu dikampong-kampong pada ketika itu sangat takut dengan tindakan agresif tentera Jepun.  Mengikut cerita orang tua-tua,  satu daripada tindakan keras tentera Jepun  ialah suka melempang atau menampar muka orang yang dimarahinya!!   Tentera Jepun begitu mudah menghayunkan penampar.  Satu penampar yang tak diundang apabila singgah di pipi atau muka memang amat menyakitkan !   Muka kita boleh terpaling, malah silap-silap haribulan muka jadi terteling sebelah!   Begitulah hebatnya apa yang dikatakan  “Penampar Jepun”  pada ketika itu.

Program 100 hari Pakatan Rakyat jika berjaya dalam PRU ke-13,   sebagaimana yang dijanji dan diwar-warkan oleh PR baru-baru ini amat menakutkan UMNO sebenarnya!!    Najib dan Muhyiddin   bukan saja merasa bagai terkena pukulan maut, malah menjadi terpinga-pinga kebingungan,  ibarat baru terkena “penampar Jepun”.   Program ini memang amat baik dan rakyat sedang ternanti-nanti pelaksanaannya.  

Jawapan atau ulasan balas dari Najib dan Muhyiddin yang berniat  memperlekeh program 100 hari itu, amat lemah, longgar dan tidak berkualiti langsung!  Di luar lojik akal bagi yang berotak waras.!!  Orang Melayu yang tak berapa cerdik pun boleh mentertawakannya !

Duhai Najib, Muhyiddin dan lain-lain pemimpin UMNO.  Anda memang perlu menggelabah apabila Pakatan Rakyat menawarkan program 100 hari ini kepada rakyat !   Kenapa?
Kerana apa yang anda telah buat selama 53 tahun ini amat bertentangan dengan kehendak jenerasi baru di bawah pimpinan Pakatan Rakyat. Mari kita lihat apa dia  program 100 hari itu?

Inilah diantara perkara-perkara asas yang menjadi teras “Program 100 hari” Pakatan Rakyat ;

1. Memberi imbuhan khas RM500 kepada setiap kaum pendidik.
2. Menghapuskan Akta ISA yang zalim (Keselamatan Dalam Negeri) 
3. Mengheret perasuah kemuka pengadilan
4. Menstrukturkan semula pinjaman PTPTN bagi memudahkan para pelajar.
5. Menjadikan air sebagai hak rakyat dengan mengembalikan semua konsesi pengurusan air yang diuruskan swasta kepada kerajaan
6. Merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada pihak swasta seperti subsidi gas sebanyak RM19 bilion kepada penjana bebas dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat.
7. Mengarahkan Khazanah Berhad dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuh raya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuh raya oleh kerajaaan dengan tujuan menghapuskan tol.
8  Memberi kemudahan Wifi kepada seluruh negara secara percuma.
9. Menjadikan PDRM, SPRM dan SPR sebagai badan yang bermartabat dan betul-betul bebas.
10  Meningkatkan peratus royalty minyak kepada negeri-negeri pengeluar minyak.


Lain-lain inisiatif ;
* . Mempertingkatkan pendapatan seisi rumah kepada RM4,000 sebulan.
* . Memberi keutamaan dan kebajikan kepada warga emas.
* . Mengukuh dan memertabatkan institusi agama.
* . Mewujudkan  Akta Kebebasan Maklumat.

Seluruh rakyat Malaysia pasti amat tertarik  dengan program-program diatas dan tidak mustahil Najib akan copypaste sedikit sebanyak ilham  dari program ini   untuk buat  “manifesto” dalam PRU ke-13 nanti !!      KALAU NAJIB TAK MALU !  ambil dan tirulah!!

Oleh : rahimothman

Jumaat, 24 Disember 2010

MALAYSIA MAMPU GANYANG INDONESIA !!


Pertemuan Malaysia menentang Indonesia dalam final bolasepak AFF Suzuki Cup pada 26/12/10 jam 8 malam di Stadium Nasional Bukit Jalil Ahad ini dijangka hebat dan menarik. Ayuh pasukan Malaysia !  Kita ganyang Indonesia dengan permainan bergaya dan penuh semangat kesukanan !

Pasukan pilihan Vietnam dan Thailand sudah kita ketepikan, kini tiba giliran kita menafikan cabaran Indonesia pula!  Selamat berjuang diucapkan kepada wira-wira Malausia. Jom kita ramai-ramai menggamatkan suasana di stadium Nasional Bukit Jalil.

Oleh : rahimothman

Khamis, 23 Disember 2010

MALAYSIA BOLEH, UMNO 10 KALI BOLEH ........................ Larangan berpolitik di sekolah


KOTA BHARU – Tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teja, Chang Lih Kang mengecam tindakan wakil rakyat UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang memperalatkan sumbangan beg sekolah kepada orang miskin di sini jelas  menunjukkan ada  kepentingan politik.

Di sebalik logo I Malaysia pada beg sekolah tersebut logo UMNO/BN turut dipaparkan. Tindakan Umno memberi sumbangan sebegitu rupa jelas ada niat tersembunyi dan        amat bercanggah dengan prinsip Kementerian Pendidikan yang selama ini tidak membenarkan unsur politik dibawa masuk ke sekolah. UMNO memberikan alasan yang cukup mudah untuk menghalalkan tindakan mereka iaitu berpandukan slogan   “Malaysia Boleh” dan UMNO 10 kali boleh”   

INI JAWAPAN UMNO
 i)  Tujuan kami (UMNO) ikhlas, untuk membantu keluarga miskin
Ii)  Kami tak memaksa pelajar terbabit membawa beg tersebut kesekolah
iii) Pemberian tersebut dilakukan bukan di dalam kawasan sekolah.
iv) Pemberian beg berkenaan tidak melibatkan guru atau pihak sekolah

INI PULA JAWAPAN PENENTANG UMNO
i)  Soal ikhlas atau tak ikhlas itu bukan persoalan.  Yang jadi persoalan, kenapa undang-  undang atau peraturan tidak dipatuhi?
ii)  Mana mungkin UMNO mahu mengaku bahawa tujuan pemberian itu ialah untuk melobi
     atau mengikat hati pengundi.  Pengundi jangka pendek ialah keluarga pelajar dan guru,   manakala  pengundi jangka    panjang  sudah pasti pelajar itu sendiri.
     Jelaslah disini bahawa pengaruh politik telah merentasi pintu pagar sekolah!
iii) Mana ada peraturan menyebut bahawa parti yang memerintah boleh buat apa saja.
iv) Sekarang biar parti pembangkang pula buat benda yang sama. Kita lihat sendiri betapa hiruk pikuknya suara orang-orang Umno kerana membantah.  Betapa kuatnya jerit dan bising mereka kerana marah.  Peguam mereka siap bawa kes ke mahkamah lagi!!

Itulah UMNO,,… “Malaysia boleh” !! …. “ UMNO 10 kali boleh” !!

Oleh : rahimothman

Ahad, 19 Disember 2010

AHMAD MASLAN PAKSA MELAYU…..


“Kisah Md Derus ” & hanya Melayu bodoh saja mahu terus diperbodohkan !!

Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan menjelaskan mengapa rakyat perlu menyokong BN..

 " Dari hidup sampai mati cuma BN yang bantu kita. Anak kita lahir di hospital kerajaan, belajar di sekolah kerajaan, bekerja di kilang yang di bawa oleh kerajaan, bersembahyang di rumah ibadat yang kerajaan bina, malah van yang membawa jenazah ke tanah perkuburan juga disumbang oleh wakil rakyat kerajaan," demikian kata-kata keramat yang keluar dari mulut Ahmad Maslan.

Umno pembela orang Melayu !, Betulkah ?  Mungkin betul mungkin tidak !!  . Tapi  itu semua cerita lama yang sering diulang-ulang oleh Umno.  Hakikatnya Umno memang berjuang semata-mata untuk Umno, untuk mengekalkan kuasa, kalau boleh hingga ke hari kiamat. Umno telah berjuang dan masih terus berjuang kerana nak mengisi perut sendiri dan juga perut-perut kroni.  Melayu hanya dijadikan alat ! atau kuda tunggangan!   Hanya Melayu yang bodoh saja mahu terus diperbodohkan.

Sedarlah wahai orang-orang Melayu. Umno sebenarnya telah menjadi penyebab kenapa orang Melayu ketinggalan jauh dibelakang orang bukan Melayu khasnya Cina.  Sebut saja dalam bidang apa?   Bidang akademik?  bidang pemilikan harta dan saham ?  bidang propersional !  bidang perniagaan?   Dimana letaknya bangsa Melayu jika dibandingkan dengan Cina maupun India ?  Adakah bangsa Melayu di kedudukan nombor wahid? ….. Jauh sekali !...

Jadi apa sebenarnya yang telah dibuat oleh Umno selama 53 tahun ini?  Sia-sia !! Ya!  sia-sia saja mandat diberikan begitu lama tetapi hasilnya tak berbaloi !!  Setelah 53 tahun merdeka, orang Melayu masih terkial-kial, seolah-olah mengejar bayang.  Yang dikejar belum dapat dicapai,  yang dikendong dah banyak berciciran !!  terutamanya tanah-tanah rizab Melayu yang telah dihakis oleh orang-orang Melayu Umno sendiri.    Jadi apa perlunya orang Melayu menyokong kerajaan UMNO/BN   lagi?  Kenapa orang Melayu mesti dipaksa untuk mentaati UMNO?  sedangkan pilihan yang lebih baik ada di depan mata? PAS, PKR.

UMNO/BN semasa pemerintahannya sedikit sebanyak memang ada berjasa kepada orang Melayu, tetapi hakikatnya dalam masa yang sama UMNO juga terlalu banyak menghakis dan merompak hak-hak orang Melayu. Saham-saham pegangan Melayu juga banyak telah disedut. Maknanya UMNO dah jadi penyamun kepada bangsanya sendiri!. Umno dah jadi perompak terhormat.  Apa maknanya rakyat diminta mengenang jasa-jasa Umno atau perompak terhormat itu?.  Mari kita fikir dan renungkan secebis kisah yang dipaparkan di bawah ini..

“KISAH MAD DERUS TAK PERASAN”

Pada suatu hari tiga orang jurujual -  jualan langsung berbangsa Melayu telah diizinkan oleh Md Derus masuk keruang tamu rumahnya. Mereka kelihatan sangat baik budi bahasanya. Md Derus melayan mereka dengan baik juga, dan untuk tidak mengganggu perbualan, Md Derus mengarahkan ketiga-tiga anaknya yang berumur 3, 4 dan 5 tahun itu  masuk kedalam bilik. Dalam senyap seorang dari jurujual itu telah masuk ke dalam bilik anak-anak Md.Derus, lalu memberi mereka gula-gula,  choklat,  biskut dan alat mainan sebagai hadiah kononnya!!. Anak-anak Md.Derus leka dengan makanan dan seronok bermain. Walhal barang makanan yang diberi mungkin bercampor dadah atau serbuk pengkhayal

Urusan mempromosi barang jualan berjalan lancar.  Md Derus dan isteri dilayan dengan kata-kata manis yang cukup memikat. Mereka ditawarkan membeli barang-barang berharga dengan harga yang paling murah,  termasuk barang-barang kemas dan sejenis periuk istimewa untuk memasak. Akhirnya periuk istimewa itu telah di praktikkan untuk demonstrasi memasak. Bahan-bahan memasak memang telah disediakan oleh jurujual.tadi. Selepas memasak jurujual berjanji akan memberi terus periuk istimewa itu kepada tuan rumah (Md Derus dan isteri)…dan tanpa disedari, semasa proses memasak sedang berjalan Md Derus dan isteri, rupa-rupanya telah dijampi serapah atau dipukau.   Setelah selesai memasak Md Derus dan isteri dijemput menjamah makanan. Dipendekkan cerita tak lama lepas tu Md.Derus dan isteri terus terlena,,…… sampailah ke petang.  Dah azan maghrib baru sedar!! 

Dilihatnya isteri masih terlena disebelahnya. “Nasib baik isteriku tidak diapa-apakan” kata Md Derus dalam hati..   Dia masih tak sedar bahawa ketiga-tiga anaknya sudah ghaib bersama tiga penyamun yang berlagak ahli perniagaan itu!!  Begitu juga dengan sejumlah wang tunai,  barang-barang berharga seperti laptop,  kamera, jam tangan dan barang-barang kemas isterinya!  Md Derus masih tak perasan !

Persoalannya ! … wajarkah Md.Derus berterima kasih kepada tiga penyamun terhormat itu  semata-mata kerana,,…
1.    Mereka telah menghidangkan makanan percuma untuk dia dan isteri?
2.    Mereka telah menghadiahkan sebuah periuk istimewa untuk isteri dan keluarganya?.
3.    Mereka telah menghadiahkan choklat, gula-gula dan biskut kepada anak-anaknya?
4.    Mereka tidak mengapa-apakan anaknya. – sedangkan anaknya telah diculik!
5.    Mereka tidak meminta apa-apa bayaran darinya?- padahal wang dan hartabendanya telah dirompak!!

Sedarlah Md Derus bahawa anda telah disamun.  Sedarlah orang-orang Melayu bahawa kita telah diperdaya oleh UMNO !!   FIKIR-FIKIRKAN LAH!!

Oleh : rahimothman

Sabtu, 18 Disember 2010

MENTERI INI BUTA ? atau + PEKAK ?


Kes speaker Dewan Rakyat nampak,  kes speaker di Perak tak nampak!!

Sebagai seorang menteri yang menjaga hal ehwal parlimen, layakkah beliau duduk disitu?  apabila bercakap main lepas dan ikut sedap mulut !...
Walaupun beliau telah begitu lama dalam kabinet dan parlimen tetapi mengapakah tahap mentalitinya sudah jatuh begitu rendah !  hingga penulis boleh letakkannya setaraf dengan pelajar sekolah tingkatan tiga !

Inilah satu daripada puluhan menteri Umno yang selalu sangat memperlihatkan kedunguan masing-masing apabila berhujjah!!  Dalam kes di mana speaker Dewan Rakyat menggantung ketua pembangkang dan tiga lagi AP yang lain selama enam bulan, beliau telah melabelkan ahli parlimen Pakatan Rakyat sebagai 'bodoh dan gila'   Pembangkang dituduh “bodoh dan gila” kerana bercadang untuk mengheret speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia ke mahkamah.

Nampak sangat betapa dungunya beliau apabila beliau menyebut mahkamah tidak punya kuasa terhadap apa-apa yang berlaku di dalam Dewan. Lupakah beliau atau buat-buat lupa… Peristiwa hitam berlaku di Dun Perak sebelum ini yang melibatkan speaker?  dimana Umno telah menggunakan Mahkamah untuk merogol kerajaan Perak?  dan perbicaraan telah berlanjutan begitu lama? Pada ketika itu kenapa menteri ini diam!! tak berani pula kata puak-puak UMNO/BN Perak (pembangkang ketika itu) “ bodoh dan gila? “

Penulis masih ingat lagi bahawa… Mahkamah Persekutuan pada ketika itu telah berpihak kepada Umno lalu  memutuskan keputusan bahawa kedudukan Sivakumar sebagai Speaker boleh dicabar. Sekarang jelas isunya hampir sama! Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia nak diheret ke Mahkamah.  Jika kes di DUN Perak dirujuk maka sudah pasti Umno akan tertikam diri sendiri. Tetapi yang pasti juga mereka akan mencari jalan selamat iaitu dengan berkata ….”Malaysia boleh ! UMNO boleh”.. bukan Umno,... tak boleh!!

Maka,  tak salah rasanya penulis mengatakan yang menteri seekor ni adalah dungu dan bengap. Pekak atau pekak badak. Mungkin juga buta atau rabun jauh,… sebab itu gelagat anaknya sendiri yang kelihatan “ganas dan gila betina” (lihat gambar) dia tidak sedar, tak perasan atau memang jenis bapa yang tak ambil kisah!!  Amat memalukan! Beginikah akhlak anak seorang menteri Umno?...   Besar kemungkinan, inilah contoh yang mahu ditauladani oleh putera dan puteri Umno

.oleh : rahimothman