Malaysia sudah hampir pasti dapat menjulang piala bolasepak Asean/ AFF Suzuki Cup 2010 buat pertama kalinya, apabila berjaya mengalahkan Indonesia 3-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi. Keputusan muktamat akan ditentukan dalam perlawanan akhir pusingan kedua yang akan diadakan di Jakarta pada 29/12/2010 Rabu depan. Dua gol telah dijaringkan oleh Safee Sali dan satu gol lagi oleh pemain gantian Ashari Samsudin. Ketiga-tiga gol diperolehi dalam separuh masa kedua setelah buntu diseparuh masa pertama.
Apa-apa pun dengan berbekal kelebihan jaringan 3-0, Malaysia hanya perlu seri sahaja apabila bertandang ke Jakarta nanti. Kekalahan 0-2 kepada Indonesia masih mampu meletakkan Malaysia selaku juara. Tahniah kepada jurulatih Rajagobal serta anak-anak buahnya yang telah bermain cemerlang. Sebelah tangan telah berjaya memegang piala tersebut dan sebelah tangan lagi akan melakukannya di Jakarta nanti. InsyaAllah !
Syabas dan tahniah sekali lagi. Rakyat Malaysia sentiasa menyokong dan mendoakan kejayaan pasukan bolasepak kita !!
Oleh ; rahimothman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan