Mengimbau kembali kisah di zaman Jepun menakluk Malaysia satu ketika dulu,.. ramai orang Melayu dikampong-kampong pada ketika itu sangat takut dengan tindakan agresif tentera Jepun. Mengikut cerita orang tua-tua, satu daripada tindakan keras tentera Jepun ialah suka melempang atau menampar muka orang yang dimarahinya!! Tentera Jepun begitu mudah menghayunkan penampar. Satu penampar yang tak diundang apabila singgah di pipi atau muka memang amat menyakitkan ! Muka kita boleh terpaling, malah silap-silap haribulan muka jadi terteling sebelah! Begitulah hebatnya apa yang dikatakan “Penampar Jepun” pada ketika itu.
Program 100 hari Pakatan Rakyat jika berjaya dalam PRU ke-13, sebagaimana yang dijanji dan diwar-warkan oleh PR baru-baru ini amat menakutkan UMNO sebenarnya!! Najib dan Muhyiddin bukan saja merasa bagai terkena pukulan maut, malah menjadi terpinga-pinga kebingungan, ibarat baru terkena “penampar Jepun”. Program ini memang amat baik dan rakyat sedang ternanti-nanti pelaksanaannya.
Jawapan atau ulasan balas dari Najib dan Muhyiddin yang berniat memperlekeh program 100 hari itu, amat lemah, longgar dan tidak berkualiti langsung! Di luar lojik akal bagi yang berotak waras.!! Orang Melayu yang tak berapa cerdik pun boleh mentertawakannya !
Duhai Najib, Muhyiddin dan lain-lain pemimpin UMNO. Anda memang perlu menggelabah apabila Pakatan Rakyat menawarkan program 100 hari ini kepada rakyat ! Kenapa?
Kerana apa yang anda telah buat selama 53 tahun ini amat bertentangan dengan kehendak jenerasi baru di bawah pimpinan Pakatan Rakyat. Mari kita lihat apa dia program 100 hari itu?
Inilah diantara perkara-perkara asas yang menjadi teras “Program 100 hari” Pakatan Rakyat ;
1. Memberi imbuhan khas RM500 kepada setiap kaum pendidik.
2. Menghapuskan Akta ISA yang zalim (Keselamatan Dalam Negeri)
3. Mengheret perasuah kemuka pengadilan
4. Menstrukturkan semula pinjaman PTPTN bagi memudahkan para pelajar.
5. Menjadikan air sebagai hak rakyat dengan mengembalikan semua konsesi pengurusan air yang diuruskan swasta kepada kerajaan
6. Merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada pihak swasta seperti subsidi gas sebanyak RM19 bilion kepada penjana bebas dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat.
7. Mengarahkan Khazanah Berhad dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuh raya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuh raya oleh kerajaaan dengan tujuan menghapuskan tol.
8 Memberi kemudahan Wifi kepada seluruh negara secara percuma.
9. Menjadikan PDRM, SPRM dan SPR sebagai badan yang bermartabat dan betul-betul bebas.
10 Meningkatkan peratus royalty minyak kepada negeri-negeri pengeluar minyak.
Lain-lain inisiatif ;
* . Mempertingkatkan pendapatan seisi rumah kepada RM4,000 sebulan.
* . Memberi keutamaan dan kebajikan kepada warga emas.
* . Mengukuh dan memertabatkan institusi agama.
* . Mewujudkan Akta Kebebasan Maklumat.
Seluruh rakyat Malaysia pasti amat tertarik dengan program-program diatas dan tidak mustahil Najib akan copypaste sedikit sebanyak ilham dari program ini untuk buat “manifesto” dalam PRU ke-13 nanti !! KALAU NAJIB TAK MALU ! ambil dan tirulah!!
Oleh : rahimothman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan