Apa cara sekali pun, kalau Umno yang buat ia mesti boleh!! Maka ini lah salah satu langkah atau strategi UMNO nak menawan semula negeri Selangor iaitu .. dengan melantik Dato' Haji Mohd Khusrin, 54 sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru, menggantikan Datu' Ramli Mahmud, 56, yang menamatkan perkhidmatan pada 31 Disember.
Dato' Haji Mohd Khusrin yang sebelum ini sebagai Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor memang terkenal dengan tindakannya yang penuh kontraversi. Segala tindak tanduknya sering condong kepada UMNO/BN. Boleh jadi idea melantik Dato' Khusrin ini datangnya dari kepimpinan peringkat tertinggi. Besar kemungkinan PM Najib telah menggunakan kuasanya untuk menentukan siapa yang layak atau tidak layak memegang jawatan itu dari kaca mata UMNO. Dan Dato' Khusrin telah dianggap layak kerana sikapnya dianggap pro Umno.
Soalnya kenapa perlantikan itu telah membelakangkan Menteri Besar Selangor? Kenapa Dato' Khalid Ibrahim tidak dimaklumkan lebih awal? Sudah tentu tindakan ini ada udang disebalik batu ! dan rakyat mudah sekali memahaminya! Tindakan Setiausaha Politik Menteri Besar Faekah Husin dengan memberi kenyataan bahawa perlantikan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor itu sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri masih belum muktamad adalah tepat.
Ikhlaskah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) ataupun KSN untuk meletakkan Khusrin disitu? Ikhlaskah tindakan Umno?.. sama-sama kita boleh fikir!
Oleh : rahimothman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan