Rabu, 15 Disember 2010

TAHNIAH : MALAYSIA ATASI VIETNAM 2-0

 Bolasepak separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki 2010

 
Tahniah pasukan Malaysia!!, dan tahniah kepada julatih Rajagopal di atas kejayaan Malaysia mengalahkan Vietnam 2-0 peringkat separuh akhir pusingan pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi. Tahniah juga kepada Sapee Sali yang menyumbat kedua-dua gol Malaysia di babak kedua.

Harapan memuncak rakyat Malaysia ialah perlawanan alkhir yang menemukan Malaysia dengan Indonesia sebagai perlawanan membalas dendam di atas kekalahan 1-5 dalam perlawanan awal peringkat kumpulan pada 1 Disember 2010 lalu.

Kini Malaysia telah melangkah sebelah kaki ke pentas final.  Adalah  diharapkan perlawanan separuh akhir pusingan kedua pada 18/12/2010 yang akan berlangsung di Vietnam nanti,  Malaysia akan dapat meningkatkan lagi persembahan atau setidak-tidaknya mengekalkan rentak permainan. Tidak mustahil Malaysia mampu menambah satu dua gol lagi.

Andaikata Malaysia seri atau kecundang 1-0 di Vietnam nanti, Malaysia masih mampu pergi ke final berdasarkan kelebihan gol.   TAHNIAH SEKALI KEPADA PASUKAN BOLASEPAK MALAYSIA !!

Oleh : rahimothman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan