Ahad, 5 Disember 2010
KENAPA UMNO JADI SASAU DAN BUAT KECOH LAGI ? Isu “Ketuanan Melayu”
UMNO memang sudah biasa dengan slogan atau ungkapan-angkapan yang berupa semangat atau kepercayaan. Ini diantara slogan atau ungkapan tersebut…
“Melayu itu UMNO, Umno itu Melayu”, “ Melayu itu Islam, Islam itu Melayu”. “Hanya UMNO yang layak dan berhak memerintah”…. sekadar memberi beberapa contoh.
Kini yang terbaru beberapa hari lepas timbul lagi satu isu. Ya! isu lama yang sudah tidak relevan, sudah busuk lalu dibasuh dan direncah semula. Isu yang sudah basi, lapuk dan berkarat…iaitu.. “Ketuanan Melayu”, seolah-olah isu ini merupakan nyawa atau talian hayat bagi UMNO, padahal tak wujud pun perkataan “Ketuanan Melayu” dalam perlembagaan. Sedarlah ! wahai pemimpin Umno!! jangan sampai tertipu dek kebodohan sendiri.
Seperti kata DS Wan Azizah, rakyat perlu tahu, sedar dan insaf bahawa Ketuanan Melayu yang dilaung-laungkan oleh UMNO itu tidak wujud dalam perlembagaan. Yang wujud ialah “Hak-hak keistimewaan orang Melayu” seperti yang termaktub dalam bahagian 3 Perlembagaan Persekutuan iaitu Artikel 152, 153 atau 181. Janganlah Umno cuba menganggap yang pemimpin-pemimpin PKR ini bangang macam mereka.
Dan yang agak melucukan (Lihat ini - http://www.malaysiakini.com/news/149987) seorang
Peguam UMNO yang tidak berapa cerdik telah menyarankan kepada kerajaan supaya DS Wan Azizah dikenakan ISA (tahanan tanpa bicara). Tambah menggelikan hati lagi apabila
peguam tersebut mencadangkan agar parti PKR diharamkan. Tidak menghairankan ! kerana memang begitulah stail atau gaya perjuangan Umno. Guna jalan mudah! Gunakan mahkamah, gunakan kuasa, gunakan kuasa veto yang ada ditangan PM. Tak berani berjuang secara anak jantan. Diajak berhujjah, senyap tak bersuara atau memberi seribu alasan. Diajak berdebat tak berani !! Jantan jenis apa mereka ini?... jantan tak bertelur !
Apa yang berlaku ketika ini, memang tidak mengejutkan rakyat. Apatah lagi parti pembangkang khasnya PKR. Reaksi dan sikap pemimpin Umno yang seolah-olah cerdik itu sebenarnya memerangkap dan menjerat leher mereka sendiri. Mereka tak sedar mereka menembak dengan peluru kosong atau peluru kapor. Mereka menembak dengan meriam buluh yang boleh meletup kosong dengan menggunakan “kabait”.
Pembangkang hanya perlu menutup telinga dengan kapas,… itu saja.
Rakyat tidak terkejut apabila pemimpin-pemimpin Umno serta ahli-ahli Umno yang sejati menjadi kecoh dan sasau apabila DS Wan Azizah dalam ucapannya di Majlis Kongres PKR baru-baru ini menyeru supaya rakyat memperjuangkan “KETUANAN RAKYAT” dan tinggalkan “ketuanan Melayu” yang hanya banyak menguntungkan segelintir gulungan elit atau pemimpin UMNO. Rakyat jelata jauh sekali dari mendapat nikmat “pelanduk panggang” atau ketuanan Melayu dihebuh-hebuhkan itu, melainkan hanya asap api panggang yang memedihkan mata.
Sememangnya slogan dan ungkapan-ungkapan sepertimana beberapa contoh di atas, dicipta bertujuan untuk memberi semangat, keyakinan, pegangan dan kepercayaan kepada ahli-ahlinya. Akhirnya mereka menjadi amat percaya dan taksub dengan ungkapan keramat itu. Sama ada mereka sedar atau tidak mereka telah menghampiri khurafat, dan bukan kah khurafat itu hampir kepada syirik?. Wallahhu’alam.
Apa yang penulis tahu Umno bukan peduli itu semua? Agama pada mereka perlu dilihat pada kulit saja. Apa sangatlah dengan khurafat! Banyak lagi dosa-dosa besar yang mereka buat dan tidak menjadi kudis pun. Betul! Di dunia mungkin terlepas, tetapi pembalasan di akhirat adalah pasti!!
(Sila lihat artikel selanjutnya di - http://www.malaysiakini.com/news/149987)
Oleh : rahimothman
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan