Sabtu, 4 Disember 2010

RAKYAT DITIPU DAN TERUS DITIPU .......................... Kerajaan beri RM500 kemudian tarik balik dengan cara menaikkan harga barang…

Photobucket

Kerajaan BN pimpinan Najib yang zalim lagi rakus terus menipu rakyat lagi. Walau pun semasa pembentangan belanjawan 2011 tempoh hari kerajaan berjanji akan memberi bayaran khas kepada semua kakitangan awam dan pesara sebanyak Rm500, tetapi hari ini 4 Disember 2010 kerajaan menaikkan pula harga barang-barang seperti gula, gas petrol dan disel. Dengan kenaikan harga barang ini sudah pasti kerajaan akan mengaut keuntungan yang jauh lebih besar. Dengan ini sah, rakyat telah kena tipu dan tertipu.

Kakitangan awam dan pesara mungkin baru sedar bahawa pemberian Najib sebanyak RM500 itu tidak ikhlas. Najib seolah-olah cuba bermain silap mata atau bermain acah-acah dengan rakyat. Tangan kanan Najib yang memberi dilakukan di atas meja tetapi tangan kirinya pula mengambil wang dari poket rakyat melalui bawah meja. Kenapa ini berlaku ?

Jawapannya cukup mudah !. Kerajaan kekurangan wang. Pilihanraya pula dah dekat. Biasalah ! perbelanjaan untuk pilihanraya memerlukan wang yang sangat banyak, menjangkau billion ringgit. Sebagaimana lazimnya setiap kali pilihanraya projek-projek mi segera mesti ada, kerana ia merupakan rasuah yang rakyat terpaksa terima walaupun tidak diminta. Begitu juga habuan kakitangan pilihanraya, ia satu kemestian. Manakala rasuah yang paling kotor ialah pemberian wang tunai kepada pengundi-pengundi yang mungkin tak terkira jumlahnya !

Nampaknya kerajaan BN sanggup berbuat apa saja untuk berkuasa, walaupun terpaksa menyiksa hidup rakyat dengan menaikkan harga barang. Kerajaan langsung tidak peka dan tidak prihatin dengan rintihan rakyat. Jauh sekali untuk bersimpati dengan kesusahan dan kesempitan hidup rakyat! terutama orang kampong yang terdiri dari penoreh getah, petani, nelayan, penjaja dan buruh-buruh kasar. Merekalah yang paling perit menanggung akibat kenaikan harga ini, jika dibandingkan dengan penjawat awam atau pesara.

Aduhai rakyat Malaysia! Masih tak serik-serik lagi ? Masih mahukah bertuankan kerajaan BN?
Kesengsaraan dan ketidakadilan kerajaan BN ini sudak cukup lama ditanggung oleh rakyat, melebihi 50 tahun. Marilah kita berdoa dan berharap agar berlaku perubahan. Semoga sejarah hitam BN seperti tahun 2008 akan berlaku lagi !! Kalau sejarah berulang, Alhamdulillah!! Mudah-mudahan selepas PRU ke-13 nanti dapatlah kita menikmati keadilan dan kesejahteraan hidup seperti yang dijanjikan oleh kerajaan menanti – Pakatan Rakyat

Oleh ; rahimothman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan