Ahad, 5 Disember 2010

TINDAKAN MELAMPAU DR ROZMEY

Photobucket


Datuk Dr Rozmey Che Din, anak kelahiran Kuala Krai Kelantan, seorang pengusaha produk kecantikan,kini mencipta isu hangat apabila filem sulung bertajuk “2 Alam’” terbitan syarikatnya mahu memungut RM 40 juta !!?

Bolehlah dikatakan 100% peminat filem Melayu di Negara ini telah terkejut beruk! apabila membaca kenyataan gempar seorang doktor separuh siuman yang dikatakan pakar sakit puan itu.

Oleh kerana cita-citanya teramat tinggi ibarat “Angan-angan Mat Jenin” beliau telah mula lupa diri dengan bercakap besar, bongkak atau riak. Filem keluaran Syarikatnya yang pertama bertajuk “2 Alam” telah dipromosinya dengan cara yang begitu dasyat dan melampau!! Amat jelas sekali Dr Rozmey bersikap masuk bakul angkat sendiri.

Rasanya tak kurang dari lapan bulan filem itu telah diiklan dan dipromot dalam akhbar Kosmo. Tarikh tayangan pula telah ditunda beberapa kali akibat tiada persefahaman dengan FINAS. Rupa-rupanya lagi lambat filem ditayangkan lagi menggila cara promosi yang dilakukan oleh doktor ini! Cara beliau mengangkat dan memuji-muji filemnya masyaAllah ! cukup menyampah, menggeli dan meloyakan !! Ini diantara kata-katanya…

i) Filemnya akan mencatat rekod pecah panggung.
ii) Target kutipan “2 Alam” yang asalnya 12 juta dengan megah dinaikkannya 20 juta. Kemudian di upnya lagi kepada 40 juta…. Giiila ! Rekod pungutan filem Melayu di Malaysia ni tak pernah pun mencecah 8 juta.

iii) Filemnya sangat bermutu, dan ceritanya sangat luar biasa, padahal tak luar biasapun. Melambak dalam siaran drama tv.

iv) Kononya peminat filem Melayu menjadi hysteria kerana menunggu filemnya. Terlebih-lebih perasan..

v) Seluruh rakyat Malaysia dikatakan amat mengkagumi filem “2 Alam” padahal belum pun lagi ditayangkan.

vi) Berulangkali beliau menyebut 30 juta rakyat Malaysia termasuk Melayu Cina India Iban Kadazan dan lain-lain tak sabar menunggu filem sulongnya itu.
(tak ingat pula orang Asli disebut atau tidak)
Padahal 30 juta rakyat Malaysia itu merangkumi kanak-kanak, orang tua bongkok, orang cacat anggota, orang buta, orang sakit dan berbagai-bagai jenis manusia lagi. Rasa-rasanya orang Melayu kaki tengok wayang di Malaysia ni tak sampai pun 30% . Tetapi agak menghairankan mengapakah Dr Rozmey begitu ghairah dengan angka 30 juta itu.

vii) Syarikat filemnya atau Filem “2 Alam” akan menjadi menjadi pencetus kebangkitan filem-filem Melayu. Dia tak sedar filem Melayu dah lama bangkit. Dia tak sedar atau tak tahu, sudah berapa ramai kat Malaysia ada penerbit-penerbit filem atau pengarah filem yang berjaya. Sedangkan dia baru nak mencuba.

KESAN / AKIBAT DARI CAKAP BESAR DR ROZMEY

a) Sasaran pungutan tiket 40 juta - menyimpang jauh dari sasaran. Jauh panggang dari api. Menurut laporan akhbar dan blogger-blogger setelah tamat tempoh wajib tayang kutipan hanya RM230,000, tak sampai pun ½ juta. Dan kana-kanak pun boleh kira betapa jauhnya jarak ½ juta dengan 40 juta itu.

b) Peminat-peminat filem Melayu di Malaysia akan merasa marah kerana telah tertipu dan diperbodohkan oleh bangsanya sendiri.

c) Rakyat Singapura dan Brunai juga mungkin kecewa kerana tertipu oleh seorang rakyat Malaysia yang bernama Dr Rozmey. “2 Alam” filem yang kononya diwar-warkan hebat rupa-rupanya hampehh ! Standard drama tv aje!. Dalam pemikiran mereka tentu bertanya "Bodohkah orang Malaysia untuk menilai sebuah filem bermutu? Sedarkah Malaysia bahawa anda telah menipu kami?"
Dimana nak letak muka dan alangkah malunya kita !!

APA SEBENARNYA KEJAYAAN DR ROZMEY

• Kejayaan sebenar Dr Rozmey ialah – menyiarkan gambar sendiri tiap-tiap hari dalam akhbar Kosmo, dengan remus gaya 60an yang tak berapa berkenan mata melihatnya. Mempromosi diri sendiri yang seolah-olah macam nak menambah koleksi isteri.

• Lagi satu kejayaannya ialah mendapatkan tayangan serentak di 83 buah panggung di seluruh Malaysia. Ya! satu kejayaan yang malu untuk dibanggakan kerana hasilnya menyamai kutipan tayangan bagi 20 panggung saja. KITA TUNGGU filem hebatnya yang akan datang. Penulis cadangkan agar Dr membuat filem lain bertajuk "CUBA LAGI" dan kemudian letakkan sasaran RM50 juta. Anda berani? Barangkali 30 juta rakyat Malaysia (angka kesukaan Dr Rozmey) akan mengalami fobia pula selepas ini!!

Oleh : rahimothman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan