Rabu, 15 Disember 2010

ZAID TERINGIN SANGAT NAK JADI PRESIDEN !



Setelah meneliti sejarah dan corak perjuangan politik Dato’ Zaid Ibrahim secara amnya,  penulis ingin membuat sedikit kesimpulan tentang beliau. Sama ada tepat atau tidak terserahlah kepada pembaca untuk membuat penilaian. Dato’ Zaid.Ibrahim adalah seorang pemimpin yang ….

 i) Mengamalkan politik ugut dan laksana ugutan
ii) Mengamalkan politik kabur, tapi bercita-cita tinggi dan pentingkan diri sendiri.

Kisah dibabak pertama
Setelah dipecat dari Umno beliau masuk parti Keadilan Rakyat, dan khabarnya walau pun masih baru menjadi ahli beliau tanpa rasa malu meminta atau melobi untuk sebarang jawatan yang sepadan dengan ketokohannya konon.

Kisah dibabak kedua
Atas rasa simpati dan kepercayaan, lalu  beliau diberi jawatan sebagai Ketua  PKR Wilayah persekutuan, bukan main sukalah dia ketika itu. Kemudian kita dimaklum, tanpa persetujuan kepimpinan tertinggi parti, beliau melantik diri sendiri sebagai penyelaras Pakatan Rakyat.

Kisah dibabak ketiga
Beliau memberanikan diri untuk “membuka mulut” lalu presiden PKR disergahnya ! “Kewujudan presiden PKR dalam parti hanya sebagai patung” katanya.   Maka mulai  saat itu beliau pun mulalah mengatur langkah dengan menuduh kelemahan pihak kepimpinan di sana sini. Tetapi beliau tidak sedar banyak kenyataannya ketika itu kabur, putar belit dan mengelirukan! Kenyataan disebelah pagi tak sama dengan kenyataan nya disebelah petang!

Dengan menuduh DS Wan Azizah sebagai patung, jelaslah bahawa beliau sudah memasang angan-angan untuk mengambil alih jawatan presiden PKR,  lalu menyusun langkah pertama dengan menawar diri merebut jawatan timbalan presiden!... Tatapi apabila beliau merasa kurang yakin untuk menang lalu dibuatnya  tohmahan negatif  kononnya proses pemilihan parti tidak adil dan berbagai lagi tuduhan.  Dipendekkan cerita oleh kerana ugutan dan amarannya tidak dilayan maka beliau terus melaksanakan ugutannya iaitu - menarik diri dari perebutan jawatan.   Kemudian mengistiharkan dirinya meletak semua jawatan dalam parti,  diikuti pengumuman terakhir darinya  pada 16 Oktober 2010 iaitu  keluar dari PKR…..
Itulah Zaid Ibrahim… Akhirnya beliau  berhasrat menubuhkan parti baru dan ingin sangat menjadi presidennya yang pertama!!... tetapi melupakan niatnya itu kerana,…

PELUANG LAIN ADA DIDEPAN MATA… BELIAU MENERIMA UNTUK DILANTIK SEBAGAI PRESIDEN SEBUAH PARTI LAMA, PARTI USANG, SERPIHAN PARTI PAS, SEBUAH PARTI YANG  “HIDUP SEGAN MATI TAK MAHU” IAITU  AKIM

Tetapi soalnya,  boleh hidup kah parti ini? Sejarah telah membuktikan bahawa parti serpihan atau mana-mana parti baru jangka hayatnya tak lama.  Kalau hidup pun ibarat melukut ditepi gantang!!

Oleh : rahimothman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan