Khamis, 2 Disember 2010

MEMANG SIKAP UMNO MACAM SESUMPAH !! BERTUKAR RUPA MENGIKUT KEADAAN. Che Det kata melayu kena lupakan keturunan sendiri kalau nak jadi betul-betul 1Malaysia!


Kalau DS Anuar atau DS Wan Azizah atau mana pemimpin PKR membuat kenyataan seperti yang Mahathir sebut ( sila rujuk artikel di bawah) sudah pasti media arus perdana akan mengecoh dan menghebohkannya satu Malaysia. Pak-pak menteri dan pemimpin-pemimpin Umno akan memanipulasi isu ini. Orang awam juga diberi peluang seluas-luasnya untuk memberi komen di dada-dada akhbar juga di tv.

Sebagaimana biasa ulasan dan komen-komen yang pedas dan menghentamkan pastinya ditujukan kepada pembangkang khasnya PKR. Berita atau komen itu sudah tentu akan diulang dan di ulang. Itulah caranya Umno memainkan isu dalam usaha untuk mendapatkan kembali sokongan rakyat.

Tetapi dalam kes ucapan atau komen Mahathir tentang isu 1 Malaysia, mengapa semua pemimpin Umno senyap? Tak ada komen?. Tak ada kutukan?... Sebabnya, ialah masih ramai orang Umno yang takut kepada pemimpin khasnya Mahathir. Masih ramai orang-orang Umno mentaati pemimpin secara membabi buta !

Memang sahlah ! pemimpin Umno ibarat macam sesumpah, bertukar rupa mengikut tempat, keadaan dan keperluan atau kepentingan!!

Memetik kenyataan Mahathir itu,,… apa bezanya dengan kenyataan pemimpin PKR? .. supaya menolak “ketuanan Melayu” dan memerima “ketuanan Rakyat?” yang tidak mementingkan satu kaum? Fikir-fikirkan lah !! Penulis masih belum nampak dimana letaknya keikhlasan pemimpin Umno!... melainkan semata-mata Umno mesti diselamatkan, Umno yang mesti diutamakan. Bukan Melayu !... melayu hanya alat!!.

Oleh : rahimothman (Baca seterusnya artikel di bawah)


Dr M: LUPAKAN KETURUNAN JIKA INGIN 1 MALAYSIA BERJAYA
http://www.malaysiakini.com/news/149612

Photobucket

Konsep 1Malaysia yang dipelopori oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak hanya akan berjaya jika rakyat melupakan atau membelakangkan bangsa dan keturunan masing-masing dan mengasimilasikan diri menjadi satu, kata mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.

Katanya, konsep Najib hampir sama dengan prinsip Wawasan 2020 yang diterajuinya dalam percubaan mewujudkan bangsa Malaysia bagi mencapai perpaduan kebangsaan.

"Apabila kita berbicara mengenai perpaduan kebangsaan kita mesti lupakan sejarah kita, keturunan dan menganggap diri kita sebagai rakyat Malaysia. Kita bercakap dalam satu bahasa dan tidak minta keistimewaan hanya kerana kita bumiputera ataupun bukan bumiputera,” kata Dr Mahathir.

Beliau menjawab soalan daripada hadirin ketika sesi dialog pada forum ketiga dialog Malaysia-Eropah (MEF) di Kuala Lumpur.

Dr Mahathir juga membidas kumpulan yang menyokong 'prinsip 1Malaysia' tetapi masih mempertahankan diri mereka daripada kumpulan yang berasal daripada latar belakang sesuatu keturunan.

"Kita tidak boleh lagi anggap diri kita rakyat Malaysia yang berketurunan Melayu, Cina ataupun India,” katanya sambil menambah jika rakyat boleh melupakan perkara itu, 1Malaysia akan mempunyai pengertian sebenar.

Forum ini menyaksikan Mahathir duduk di pentas yang sama dengan bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri, Tan Sri Rafidah Aziz yang bertindak sebagai moderator sesi dialog……..

petikan - http://www.malaysiakini.com/news/149612

Tiada ulasan:

Catat Ulasan