Jumaat, 10 Disember 2010

KPN BARU PUN, SAMA JE




PDRM masih macam dulu!!  Tindak-tanduk anggotanya tak banyak beza. Dapat pun Ketua Polis Negara (KPN) yang baru tapi masih macam dulu juga, Mana ada perubahan?  Selepas kes Aminulrashid, remaja 15 tahun mati ditembak, kini ada lagi kes dimana seorang peniaga lelaki berbangsa Cina nyaris maut akibat tembakan polis. semata hanya kerana beliau disyaki penjenayah.(rujuk gambar diatas)

Terbaru,... pada Ahad lepas 5/12/2010, ribuan rakyat berkumpul dalam dua perhimpunan di Masjid Negara bagi membantah kenaikan tarif 37 peratus air Selangor. Kedegilan dan kengganan kumpulan penyokong itu bersurai bukan dengan tujuan untuk merusuh. Polis sepatutnya memantau dan mengawal keadaan. Memberi ruang orang ramai bergerak disamping mengawal lalu lintas,.. bukan bertindak gelojoh seolah-olah ingin memusuhi penunjuk perasaan.

Akhirnya rakyat yang tak bersalah dan tidak berdosa menerima padah. Semburan water canon dan gas pemedih mata dengan ghairah dilepaskan. Insan-insan kerdil tapi bersemangat ini lari bertempiaran. Ada yang ditangkap, disepak, ditendang,  diterajang, diseret dan dipulas.(gambar di atas membuktikan).

Nampaknya pihak polis hanya nak menunjukkan kehebatan mereka bertindak pantas. Nak tunjuk kepada pihak kerajaan bahawa kami anggota polis taat dan setia serta sentiasa mengikut perintah. Apalah salahnya mereka memahami dan bersimpati sedikit dengan rakyat !   Ini tidak.. kepatuhan kepada arahan pihak atas,  ibarat kerbau dicucuk hidung!

Persoalan 1..  Apakah benar pihak polis tidak menggunakan kekerasan dalam meleraikan perhimpunan tersebut sebagaimana yang dinafikan PDRM?. Bukankah gambar-gambar yang tertera  di atas jelas membuktikan sebaliknya?. Janganlah sampai pihak polis ditertawakan oleh rakyat kerana nak menipu, tapi tak pandai menipu !. Jangan buat rakyat jadi muak dan loya bila melihat polis !!

Persoalan 2..  Kenapa jika penyokong Umno membuat sebarang bantahan dan perhimpunan mereka dilayan dengan begitu sopan sekali oleh anggota polis?....              Tak malukah polis dicop sebagai double standard?  . Sampai bila rakyat dibiarkan menyimpan perasaan menyampah dan bosan terhadap PDRM ?

Oleh : rahimothman


Tiada ulasan:

Catat Ulasan