UMNO KEPUPUSAN PEMIMPIN BERWIBAWA !
Pemimpin ini pernah melakukan rasuah semasa pemilihan Umno beberapa tahun dulu. Oleh kerana Umno dah tak ada lagi pemimpin yang bersih, maka pemimpin yang terbukti kotor terpaksa juga dilantik, kerana itu sudah menjadi budaya atau style dalam Umno, maka terlantiklah bekas menteri dan bekas menteri besar yang satu ketika dulu pernah digelar menteri DORAEMON itu sebagai pengerusi FELDA yang baru mengantikan Dr Yusof Noor.Pengalaman menjadi Menteri Besar NS selama 22 tahun (1982-2004), serta ketaatannya kepada Umno, mungkin itu yang menyebabkan Najib menaruh kepercayaan kepadanya.Pada satu ketika Tan Sri Isa Samad merupakan bekas Naib Presiden Umno dan bekas Menteri Wilayah Persekutuan. Rekod buruknya ialah terlibat dalam politik wang semasa pemilihan Umno satu ketika dulu. Dan beliau pernah digantung keahlian selama 6 tahun oleh Jawatankuasa Disiplin Umno. Ini yang Najib buat-buat lupa !
Tapi tak kisahlah ! Dalam Umno semua itu tidak penting! . Yang penting ialah sanggup bersekongkol dalam kerja-kerja kemungkaran, kerja-kerja munafik !! Aku tolong kau, kau tolong aku!! Aku hulur tangan kiri kau hulur tangan kanan!! ... Kini lah masanya Najib nak membalas jasa Isa Samad, terutama selepas kejayaannya memenangi pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang Teluk Kemang Negeri Sembilan pada 11 Oktober 2009, kira-kira setahun yang lalu.
Semenjak Dr Yusof Noor memegang jawatan Pengerusi Felda mulai 2001 hingga 2010, tak ada kemajuan pun yang boleh dibanggakan! Yang ketara ialah pembaziran ! Dan yang paling nyata ialah keghairahan Dr Yusuf Noor menghimpun kekayaan melalui Felda. Kini Isa Samad pula mengambil giliran. Kita tak tahu berapa banyak pula wang atau harta yang dia akan kumpul untuk perut sendiri dan kroni-kroninya !
Nampaknya Najib dengan sewenang-wenang meletakkan orang-orang politik yang berada di hujung karier, menerajui apa-apa agensi kerajaan termasuk Felda ! Sepatutnya ini tidak berlaku kerana semasa dalam kerajaan mereka sebenarnya sudah cukup puas membuncitkan perut masing-masing !!
Untuk menjadi Pengerusi Felda, bukan kah lebih baik diserahkan saja jawatan itu kepada warisan anak-anak Felda yang berkelayakan? Rasanya dah terlalu ramai anak-anak Felda yang berjaya..!! tapi yang Najib nampak kroni juga !! Sama-samalah jenerasi Felda fikirkan !
Oleh : rahimothman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan