Sabtu, 1 Januari 2011

SIAPA PEROGOL ? LEBIH BAIK MENGAKU SAJA ................... Dan berundur demi maruah menteri…



Hebuh sekarang ni kisah Menteri rogol amah?  Ishh betul ke? Macam tak percaya aje !  tapi dalam dunia ini mana ada benda yang mustahil!!  Biasa le! bila lelaki tua yang masih perkasa berjumpa perempuan muda berdahi licin pulak tu,,..Bila peluang sudah berada didepan mata ibarat ikan yang sedang dipanggang mana mungkin seekor kucing tidak menerkam!!

Cerita menteri rogol amah ini sudah cukup banyak diperkatakan di dalam blog.  Boleh dikatakan hari-hari !  Cuma akhbar-akhbar pengampu Umno yang tak berani keluarkan cerita ini!. Kenapa?... kerana melibatkan menteri kesayangan mereka.  Sepatutnya menteri yang berkenaan jangan membisu. Jawablah apa yang didakwa oleh blogger-blogger itu,  malah beberapa ahli parlimen Pakatan Rakyat telah pun mencabar menteri berkenaan dan juga perdana menteri agar disiasat kes ini,  jangan didiamkan!

Beranikah menteri ini bersikap gentlemen, berani buat berani tanggung?,  sebagaimana keberanian seorang menteri dari MCA yang pada siatu ketika dulu telah  mengaku perbuatannya dalam rakaman video sex?  Wahai menteri yang terlibat!!  Mengaku sajalah. Mudah-mudahan nasib anda baik macam Dr.Chua Soi Lek.  Selepas dia mengaku karier politiknya masih tak tergugat !!  malah mendapat jawatan yang lebih tinggi dari sebelumnya iaitu sebagai presiden MCA ketika ini

Andaikata anda masih mahu mendiamkan diri, sambil mengharapkan ehsan dari perdana menteri agar anda dilindungi dan dikekalkan terus menjadi menteri,.. alangkah malunya bangsaku,  bangsa Melayu..  Sama ada anda dikata pemimpin Umno DAYUS atau pemimpin Melayu dayus atau Melayu Islam dayus,,.. apa saja !  ia tetap memalukan!!
BERUNDURLAH ATAU LEPASKAN JAWATAN demi menjaga maruah seorang menteri !!

Oleh : rahimothman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan