Najib guna taktik yang sama
Wahai pemimpin UMNO dan orang-orang Melayu Umno ! Kalau anda berterusan nak jadi bodoh, teruskan kebodohan anda itu. Jangan ajak orang lain jadi bodoh macam anda. Jangan halang pemimpin Pakatan Rakyat hendak memajukan rakyat, mengubah nasib rakyat! Jangan halang Pakatan Rakyat nak menjadikan Malaysia sebuah Negara yang aman makmur, tiada rasuah dan tiada kezaliman !!
Apa yang dilihat hari ini,..Kerajaan UMNO/BN pimpinan Najib nampaknya mahu memaksa Kerajaan Pakatan Rakyat khususnya di Selangor supaya menjadi bodoh untuk kali kedua!. Dalam kes perlantikan Datuk Khusrin sebagai SUK Selangor mereka hasut orang-orang Melayu supaya membenci Pakatan Rakyat.
Dengan alasan yang cukup remeh dan lemah Pakatan Rakyat kononnya dikatakan telah menderhakai Sultan Selangor. Ini sangat menepati pepatah Melayu,…” Kata dulang, paku serpih,.. mengata orang aku yang lebih!! “ Mahukah Tan Seri Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor pilihan rakyat diperkotak-katik atau diperbodohkan?
Rasulullah pernah bersabda, bahawa ,…. “orang Islam tidak akan dipatuk 2 kali dari lubang yang sama” yang maksudnya cukuplah sekali kita berbuat silap ! jangan ulangi untuk kali kedua atau jangan lakukan kesilapan yang sama berulang kali. Alangkah bodohnya Pakatan Rakyat jika membiarkan UMNO/BN merampas Selangor secara tidak bermoral sebagaimana berlaku di Perak!
Kes rampasan kuasa di Perak sudah cukup mengajar kerajaan Pakatan Rakyat. Semuanya bermula dengan perbuatan dan tindak tanduk SUK negeri yang jelas perpihak kepada BN. Mereka sanggup melakukan apa saja termasuk menyediakan perangkap sex dan rasuah!! semata-mata bertujuan untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat yang menerajui kerajaan negeri Perak.
Kini Najib mahu melakukan taktik yang sama, atau modus operandi yang sama ke atas negeri Selangor. Pemimpin Umno yang masih bersikap bongkak dan zalim sanggup melakukan apa saja kerja jahatnya, walaupun dicemuh oleh rakyat. Kerajaan Pakatan Rakyat yang terbukti berjaya mentadbir negeri Selangor dengan baik dilemparkan dengan berbagai-bagi tuduhan. Sebagaimana biasa tuduhan yang paling popular ialah .. PAKATAN RAKYAT DERHAKA KEPADA SULTAN,!!
Selama-lamanya, hanya itulah modal Umno! Tuduhan menderhaka!, menderhaka! Padahal kalau disingkap rekod dan sejarah, Umno lah penderhaka sultan yang sebenar ! Mereka sudah terlalu banyak melakukan penderhakaan kepada sultan semenjak era Datuk On Jaafar lagi. Dan penderhakaan yang paling banyak dilakukan oleh Umno ialah di zaman Tun Mahathir !!. UMNO walau dicincang lumat sekali pun mereka takkan mahu mengaku segala keburukan yang mereka dah buat !!
Kita tunggu dan lihat apa arahan Najib seterusnya kepada Khusrin selepas ini !
Oleh : rahimothman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan