Masuk rumah orang tak beri salam,,… tak minta izin !
Sudah terang lagi bersuluh ! Sah! Nyata! Confirm!. Khusrin adalah jelmaan UMNO. Beliau umpama seekor toyol yang akan mengikut apa saja arahan tuannya! Demi Umno semuanya boleh, demi kerajaan BN semuanya sah. Dah banyak perkara dan kerenah yang Umno buat untuk merampas kerajaan negeri Selangor. Dan yang terkini dengan langkah yang amat berani dan nekad apabila mereka melantik Datuk Haji Muhd.Khusrin sebagai Setiausaha kerajaan negeri Selangor.
Pengaruh istana Selangor dipergunakan. Sultan yang bagai dicucuk hidung diperalatkan…. Memang bijak!,.. sungguh bijak! Memang kepala otak Najib cukup pintar ! dan rakyat tahu!,.. disebalik kepintaran itulah terselitnya niat jahat beliau. Kejayaan merompak yang diketuai Najib semasa merampas kerajaan Perak dengan menggunakan pengaruh sultan satu ketika dulu mahu diulangi di Selangor!
Bagi Umno matlamat menghalalkan cara. Begitulah hebat dan dasyatnya Umno! Mereka boleh mekakukan apa saja! Hak dan suara majority rakyat Selangor diketepikan. Apa lagi yang rakyat Selangor yang majoritinya penyokong Pakatan Rakyat boleh buat?.. Ya! mari kita pastikan PR memacu sepuluh langkah lagi kehadapan dalam PRU ke-13 nanti!
Oleh : rahimothman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan