Sabtu, 22 Januari 2011

TV3suku DAH LUPA DIRI !! …


Dulu isu - iklan hariraya aidilfitri terdapat unsur-unsur kristian.  Kini isu - membesarkan buah dada dibincang
secara terang-terangan..  dan telah mengundang kritikan
Paparan visual yang memfokuskan kepada bentuk payu dara model-model yang lengkap berpakaian dalam laporan segmen tersebut juga dianggap tidak sesuai kerana ia ditonton oleh segenap lapisan masyarakat termasuk kanak-kanak.

Aksi nakal jurukamera TV3 yang didakwa sengaja memfokuskan kepada payu dara pengacara dan tetamu jemputan semasa segmen itu juga dikecam. – petikan kosmo

Oleh kerana Tv3 suku terlalu ghairah nak menyiarkan program-program yang menarik, sambil  berselindung di sebalik “dunia tanpa sempadan” hari ini,   maka tidak mustahil satu ketika nanti Tv 3 suku akan menyiarkan program yang lebih hebat dan dasyat lagi,..mungkin hal-hal dalam kelambu, cara memasukkan batang celak kedalam bekasnya!,  cara para remaja melakukan sex selamat dan entah apa-apa lagi.

Jangan jadikan “dunia tanpa sempadan” sebagai alasan !!.  Kita sendirilah yang semestinya menentukan sempadanya!  Kita tak perlu terikut-ikut sangat dengan gaya dunia hari ini.!  Janganlah kerana nak mengejar kemajuan kita telan semua yang datang dari barat. Bukankah kita sebuah Negara Islam?... dan pemimpinnya juga Islam?  Apa perlunya kita meniru gaya orang kafir?  Sama-sama kita fikirkan.

Oleh : rahimothman








Tiada ulasan:

Catat Ulasan