Khamis, 13 Januari 2011

TAKUT BERDEBAT ! NAJIB CARI ALASAN !!

Isu : Program 100 hari Pakatan Rakyat.    

Ini diantara kata-kata Perdana Menteri DS Najib Tun Razak apabila dicabar oleh DS Anuar Ibrahim untuk berdebat,….

" Kalau nak debat, kita mesti ada sesuatu hasil daripada debat itu. Saya tak nampak ada hasil, yang penting sekali ialah penilaian daripada rakyat,"  katanya kepada pemberita di Seri Perdana di Putrajaya hari ini selepas majlis ramah mesra meraikan skuad bola sepak kebangsaan yang menjuarai Piala AFF Suzuki pada bulan lalu.

Najib sengaja membutakan matanya. Sebab itu dia kata tak nampak hasil! Berdebatlah dulu beb!  baru rakyat boleh nilai kepala hotak siapa lebih cerdik !  Selagi tak berdebat mana nak nampak hasil beb!   Aduhh!! Kenapa lah benaknya PM kita !   Cakap sajalah datuk gentar ! atau mengaku saja yang datuk ada penyakit darah gemuruh!!

Najib janganlah sekadar menjadi anak Tun Razak saja!. Jadilah anak jantan !  Sambutlah cabaran debat terbuka yang dibuat oleh DS Anuar Ibrahim.  Biar Anuar jawab dengan fakta bagi menyangkal dakwaan anda bahawa Program 100 hari Pakatan Rakyat itu  boleh membawa negara menjadi muflis atau sebagainya..    

Mahukah DS Najib menyahut cabaran DS Anuar untuk berdebat?  Beranikah beliau atau kecut perut?   Kalau di tv atau akhbar-akhbar perdana Najib bukan main lagi tunjuk hebat !  ibarat seorang samseng yang membelasah musuhnya yang tangan terikat. Adilkah begitu ?
Selama ini anda berani bercakap hanya di depan media, lebih-lebih lagi media milik anda/Umno. DS Anuar tidak diberi ruang dan peluang untuk menjawab. Sekarang DS Anuar mencabar anda untuk berdebat !  Sudilah kiranya duhai Yang Amat Berhormat DS Najib !

Apa-apa pun respon dari Datuk Sri Najib telah diketahui umum. Sejak awal lagi kita sudah meramalkan bahawa Najib akan mencari seribu alasan!!,… dan nampaknya pemimpin Umno yang diiktiraf berte ???  hanyalah Datuk Shabery Chik seorang saja !! (kerana pernah sudi menyahut cabaran DS Anuar satu ketika dulu)

Ada rakan penulis bertanya,… “ Apakata andainya DS Najib menyahut cabaran Anuar?  Jawab penulis,…Kalau pun Datuk Seri Najib berani masuk gelanggang pasti beliau akan terkencing atau terkincit dalam seluar. Tetapi itu semua tak penting !!    Yang penting keberanian datuk menyahut cabaran,  itu sudah  diiktiraf sebagai anak jantan!!   Soal kebenaran yang hendak diperdebatkan sudah menjadi soal kedua.

Wahai DS Najib !  Penulis ingin membuat akujanji dengan Datuk Seri.  Kalau DS Anuar dapat membuktikan kebenaran hujjah-hujjahnya, kami akan menyokong DS Anuar. Ibrahim bersama program-program Pakatan Rakyatnya.  Tetapi kalau hujjah DS Najib yang lebih meyakinkan kami, maka kami akan menyeru orang ramai supaya bergegas mengisi borang keahlian UMNO.  Apa kata Datuk Sri Najib !!  setuju ?    Jangan biarkan rakyat,.. ibarat menanti buah yang tak gugur!!

Oleh : rahimothman


   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan