Isnin, 17 Januari 2011

WAJAH-WAJAH SI HIPOKRIT YANG PEKAK!


Kenyataannya sering melulu, merapu macam orang tigasuku
Teman malas nak sebut perkataan YB untuknya! Sebab,..
beliau memang tak layak gunakan gelaran tu !

Si Zul Kulim ni memang  jenis makhluk yang tak sedar diri dan tak tahu malu!. Dicabar letak jawatan takut!  Beliau perasan yang beliau masih disukai dan ada pengaruh!  Rakyat Malaysia secara amnya dah menyampah dan cukup bosan dengan tindakan dan kenyataan-kenyataannya yang serong, sumbang dan merapu. Kadang-kadang jelas sekali menyalahi fakta.

Baru-baru ini beliau membuat cadangan – orang yang menegur sultan dianggap penderhaka,  perlu dihukum bunuh!   Terkini  dalam isu azan, beliau tak pasal-pasal menuduh DAP nak buat kacau, atau nak menaikkan kemarahan Melayu / Islam. Beliau mendakwa DAP lah yang telah membuat bantahan atau teguran agar suara azan di sebuah masjid di Pantai Dalam perlahankan!   Yang terlibat dalam isu ini sebenarnya ialah  peguam berbangsa Cina seorang ahli MCA yang berstatus “ahli seumur hidup”,.. bukan DAP! sebagaimana didakwa oleh Zul!!

Binawe punya YB Zul,  Hampehh punya peguam!!.  Anda punya lagak sudah banyak lebih!, too much!. Anda suka membuat kenyataan melulu, merapu, macam orang tigasuku. Lain kali kalau tak tahu hal jangan cakap!. Diam lebih baik!, …Kalau nak bercakap fikir dahulu!, bukan fikir kemudian!   Maka tak hairan lah rakyat sudah hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap seorang YB yang juga seorang lawyer atau lebih tepat– lawyer buruk!

Wahai Zul Kulim! Anda gagal. Percubaan anda mahu menonjolkan diri sebagai  pejuang Islam yang tulin jauh tersasar !  Moral anda sebagai seorang Islam langsung tak ada !,  yellek!   Anda penipu besar !  geraklaku anda penuh dengan kepura-puraan,  Semangat perkauman anda begitu tebal sekali.

Sikap anda selama ini jelas menunjukkan bahawa anda lebih UMNO dari ahli UMNO sendiri!!  dan gelaran “Firaun besar” yang diberi kepada anda memang wajar!  Malah layak juga diberi satu gelaran tambahan,…”bapak hipokrit” !!
Mari kita lihat blog di bawah!,…

Oleh : rahimothman


Friday, January 14, 2011

Azan : Pekida, Perkasa mahu ‘peguam’ MCA ditahan ISA (Surat disertakan)  

Oleh Asrul Hadi Abdullah Sani

KUALA LUMPUR, 14 Jan — Sekitar 100 orang berhimpun di pekarangan Masjid Al-Ikhlasiah, Kampung Kerinchi di sini, mengadakan tunjuk perasaan petang ini mendesak agar seorang peguam, yang didakwa menggesa penggunaan pembesar suara dihentikan, ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Kumpulan itu terdiri daripada anggota kumpulan NGO Pekida dan Perkasa mendakwa peguam terbabit menuntut agar masjid tersebut menghentikan penggunaan pembesar suara bagi tujuan azan.  Penunjuk-penunjuk perasaan berkenaan menamakan peguam terbabit, malah mempamerkan alamat rumah dan nombor telefonnya pada kain rentang ketika berdemonstrasi.

Pengerusi Pekida Lembah Pantai, Zakaria Awang mendesak individu itu ditahan kerana menghasut.  “Kami mahu dia ditahan di bawah ISA kerana mengancam keharmonian negara,” katanya.

Dia boleh mengubah kewarganegaraan jika mahu. Malah kata beliau, peguam itu juga harus membuat permohonan maaf secara terbuka.  Kumpulan itu juga mengedarkan salinan surat yang didakwa dihantar ke Pejabat Perdana Menteri meminta nada laungan azan menggunakan pembesar suara dikurangkan.

Dalam suratnya bertarikh 20 Disember 2010, peguam tersebut berkata dia ahli MCA sejak 1998.  Katanya, dia tinggal di Pantai Hill Park sejak lima tahun lalu dan terjaga daripada tidur kerana laungan azan.-
The Malaysian Insider


Tiada ulasan:

Catat Ulasan