Sabtu, 29 Januari 2011

UMNO TERKENA SEKALI LAGI


1.        MCA meludah kelangit,,…jatuh kebatang hidung UMNO.                                    2. Umno cuai, leka, dan ambil mudah. Tak mahu belajar dari peristiwa lalu !!

 
UMNO memang cuai, leka dan mengambil mudah dalam banyak perkara, hingga menyebabkan pemimpin MCA dan Gerakan semakin berani. Mereka boleh sentuh batang  hidung orang Umno!,  mereka boleh main kepala ! dan boleh pulas telinga pemimpin Umno!. Orang Umno masih tak sedar!!

Terbaru,  kes menghina dan memperlekeh hukum bersentuhan kulit dalam Islam. Ini timbul berikutan  kengganan calun PAS (Cikgu Normala) bersalaman dengan lelaki yang bukan muhrim. Mengapa pemimpin MCA itu pertikai ? Salahkah Cikgu Mala? Salahkah beliau mentaati hukum agamanya (Islam)? Siapa mereka?  nak bercakap pasal Islam!. Yang peliknya  Umno sendiri menyokong kebiadaban mereka. Semua ini berlaku dalam kempen PRK DUN Tenang. 

Oleh kerana leka dan cuai inilah maka mereka telah terkena sekali lagi iaitu bab memilih calun
dalam PRK DUN Tenang.  Diperingkat awal lagi mereka tidak menyedari bahawa mereka telah tersalah pilih!. Pilh punya pilih.  terpilih  ikan yang nampaknya segar gemuk dan gempal,  tetapi isi perut dan dagingnya sudah lunyai!  busuk!.  Hampir sama kesnya dengan Rohaizat Othman calun Umno dalam PRK Permatang Pasir  satu ketika dulu,.. kes salahguna kuasa….

Tetapi perahu sudahpun dilajak, kata sudah dikota,  keputusan sudah dibuat. Dan nasi sudah menjadi bubur.  Mahu tidak mahu Azhar Ibrahim sudahpun manjadi calun!!  Barangkali mungkin timbul  sesal dihati pemimpin Umno kerana tidak menyelidik betul-betul latar belakang Azhar Ibrahim.  Ada kes dimahkamah yang belum selesai rupanya!!  Bukan kes ringan!  Tapi kes yang melibatkan kepercayaan!,..salahguna kuasa!

Tepat sekali kata Mahathir !     bahawa Melayu UMNO  mudah lupa !!  Kalau tidak tak kan perkara buruk yang sama boleh berulang !!   Kes  Rohaizat Othman sepatutnya menjadi peringatan yang maha penting!!  Dengan terbongkarnya kes Azhar Ibrahim ini, jelas sekali calun BN kali ini masih tak bersih !  masih boleh dipertikaikan kejujuran dan keikhlasannya semasa menjawat sebagai penjawat awam ! 

Apa yang nak diharap dari seorang calun wakil rakyat yang tidak bersih?. Jadi kepada pengundi-pengundi DUN Tenang,  pilihan yang ada dan pilihan yang tepat hanyalah calun PAS dari Pakatan Rakyat. Undilah dengan bijak !  Pilih calun yang benar-banar bersih!

Oleh : rahimothman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan