Khamis, 27 Januari 2011

LANGKAH TERDESAK NAJIB, HISHAM

Kawal Media Internet,  ayuh kita bantah!!

 
Satu lagi jalan pintas yang mungkin akan dibuat oleh PM Najib dan sepupunya Hishamudin, selaku Menteri Keselamatan Dalam Negeri / KDN  ialah mengawal media online di internet.
Kita amat bimbang dan kesal jika KDN benar-benar mahu  meminda Akta Penerbitan dan Pencetakan 1984 (PPPA) ini  dengan tujuan untuk  merangkumi  hingga ke ruang maya internet.  Ini bermakna ia tidak lagi terhad kepada bahan cetak semata-mata. 

Nampaknya kerajaan ingin terus mengawal, mencengkam dan mengongkong  semahu-mahunya kebebasan media di negara ini. Rakyat mahu dipaksa menerima berita palsu, rakyat mahu sogokkan dengan berita-berita berat sebelah !  Sampai bila?....  Dan kita juga nak bertanya,.. Apa niat sebenar kerajaan nak berbuat demikian?

Apakah ini ada kaitannya dengan  PRU ke-13  yang  semakin hampir,  maka tindakan drastik ini perlu dilakukan?  Barangkali anggapan penulis ada kebenarannya .  Kerajaan BN akan berbuat apa saja,  semata-mata untuk menyekat dan membendung kebangkitan  rakyat yang pro pembangkang dan inginkan perubahan!!

Mungkinkah Pindaan akta tersebut akan dibentang di Parlimen menjelang Mac ini ? Sama-sama kita tunggu.  Apa-apa pun cadangan meminda Akta Mesin Cetak dan Penerbitan bagi meliputi media online ini  mestilah dihalang !!.  Ayuh rakyat Malaysia ! kita tunjukkan bantahan. Kita tentang apa saja tindakan kerajaan yang mengongkong hak dan kebebasan kita !!
Berita lanjut,  baca di sini..  ( http://www.malaysiakini.com/news/154560)

Oleh : rahimothman


Kawal media Internet: Lebih ramai bantah


Langkah terbaru Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk memperluaskan penguatkuasaan merangkumi ruang maya Internet hari ini menerima bantahan keras daripada golongan pendukung kebebasan media.

Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) menyuarakan rasa bimbang dan kesal dengan tindakan KDN yang ingin meminda Akta Penerbitan dan Pencetakan 1984 (PPPA) untuk terus mengawal kebebasan media di negara ini. Presidennya, Hata Wahari berkata ia satu "usaha ke kebelakang" yang akan menghalang aliran maklumat kepada masyarakat dan seterusnya memundurkan Malaysia.

Beliau mengulas tindakan KDN untuk meminda akta tersebut supaya meliputi media dalam talian dan juga pengenalan satu
garis panduan baru berkaitan kesalahan hasutan di ruang maya Internet. "Sehubungan itu NUJ Malaysia meminta KDN agar menghentikan segala usaha untuk meminda PPPA bagi tujuan mengawal kandungan Internet termasuk laman berita, blog dan Facebook.

"Sebaliknya NUJ Malaysia menuntut agar KDN melakukan pindaan bagi memberikan kebebasan kepada media cetak untuk beroperasi dengan lebih bebas," kata Hata lagi dalam satu kenyataan hari ini. Tambahnya, kerajaan juga perlu menghapuskan ketetapan kepada pengusaha media supaya memperbaharui permit akhbar setiap tahun dan memberikan kebenaran kepada mana-mana pihak untuk menerbitkan akhbar berkenaan tanpa permit KDN.   ......  baca seterusnya     ( http://www.malaysiakini.com/news/154560)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan