Jangan mengundi calon PAS, kerana "Parti Islam itu akan memotong tangan anda jika mencuri". Orang Umno sanggup buat apa saja …. Dalam waktu berkempen di DUN Tenang, semalam, Menteri Besar Johor Datuk Abd.Ghani Othman telah membuat satu kenyataan seperti berikut …… “Jangan mengundi calon PAS, kerana Parti Islam itu akan memotong tangan anda jika mencuri". Aduhh! beraninya dia!.. Tak takutkah dia dengan Allah? |
Kita faham tujuan beliau membuat kenyataan begitu semata-mata hendak menakutkan orang bukan Islam, agar tidak mengundi calun dari parti PAS, lalu dikatakan hukum hudud itu tak sesuai, zalim dan merugikan.(kerana banyak manusia sudah kudung tangan – mengikut tafsiran sempit Ghani Othman). Sebagai seorang Melayu yang beragama Islam tidak sepatutnya beliau berbuat demikian! kerana ia merupakan satu pengkhianatan atau pendustaan terhadap agama!... dan ia telah pun berlaku.
Tetapi apa boleh buat ! Spesis Umno ini memang jenis kepala batu! bodoh sombong dan bebal! Sudah menjadi kelaziman, orang Umno sanggup berbuat apa saja!!. Selagi Allah tidak memotong lidah mereka pada ketika itu juga, mereka seolah-olah tidak percaya! Mereka sedikitpun tidak merasa takut ! atau merasa bersalah!, padahal secara terang-terang mereka telah menghina dan mempermainkan hukum Allah!
Wahai Datuk Abd.Ghani Othman!. Semoga Allah akan membuka pintu taubat untuk kamu! Atau Allah laknatilah lidah kamu ! Kepada pemimpin-pemimpin Melayu beragama Islam yang lain, walau dari parti mana pun kamu, berhati-hatilah!! ketika bercakap. Gunakanlah lidah untuk bercakap sesuatu yang benar ! bukan dusta !!.
Menjelang pilihan kecil DUN Tenang pada 30 Januari ini, kepada sesiapa pun terutamanya orang politik, kalau nak berkempen,… berkempenlah secara sihat! Jangan kerana mahukan undi maruah agama digadaikan!! Menyayangi agama kita agama Islam adalah dituntut dan ia lebih baik dan mulia dari menyayangi bangsa sendiri !!
Junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW sendiri tidak pernah mengagong atau memuliakan bangsanya sendiri. Ketinggian darjat seseorang bukan terletak pada bangsanya , tetapi pada amalan Islam dan ketaqwaannya kepada Allah. Kalau kita terlalu taksub dan berbangga dengan bangsa kita, samalah kita dengan bangsa Yahudi !! Mereka mendakwa Yahudi adalah bangsa yang paling mulia !
Oleh : rahimothman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan