Selasa, 25 Januari 2011

JAMIL KHIR YANG BUTA LAGI PEKAK !

Hantu syaitan milik Umno yang bersarang dalam dirinya telah membutakan mata dan mengunci lidahnya.
 
Agak mengejutkan bila Jamil Khir mempertikaikan kenapa parti PAS meletakkan calun wanita untuk bertanding di DUN Tenang,  tetapi beliau tidak pula mempersoalkan keghairahan dan kegilaan Presiden MCA Datuk Chua Soi Lek memperlekeh hukum Islam semasa berkempen !!. Itu tandanya Syaitan milik Umno telah membutakan matanya dan mengunci lidahnya !!

Yang Jamil Khir nampak ialah wajah cikgu Mala yang manis melecun tu !! . tetapi Jamil buat-buat tak nampak kejahatan mulut Dr.Chua.yang telah merogol dan melanyak sepuas-puasnya  kesucian hukum Islam. Beginikah sikap dan pendirian seorang pemimpin Melayu Umno yang mengaku beragama Islam? Relakah dia apabila Dr.Chua sewenang-wenangnya memperlekeh hukum Islam?  Tak terasa terhinakah?

Tetapi apa nak hairan!  Sebagaimana yang kita sedia maklum Timbalan Perdana Menteri sendiri pun bersubahat,  malah memberi galakan terhadap perbuatan pemimpin MCA itu. Malang sekali kita mempunyai seorang menteri yang menjaga hal-ehwal agama Islam,  tetapi bisu !!   Dan kita jangan terkejut andainya Jamil Khir mungkin merupakan salah seorang pemimpin Umno yang menghalal atau menyokong adegan video sex Dr.Chua. 

Berbalik kepada soal calun wanita yang sepatutnya tidak menjadi isu. Ia perkara remeh!,  tetapi Jamil Khir telah membangkitkannya.  Katanya lagi, PAS selama ini tak pernah meletakkan calun wanita !  jadi dia merasa pelik dan terkejut! …MasyaAllah !..macam ini punya orang pun ada!... bengap punya menteri!!

Nampaknya Jamil Khir dah tak ada modal nak bercakap. Jelas sekali beliau buta sejarah dan bodoh sombong rupanya!! . Kalau disingkap sejarah awal, PAS satu ketika dulu  memang pernah meletakkan calun wanita. Jadi bukan sesuatu yang pelik Cikgu Normala ini dipilih sebagai calun.!

Oleh : rahimothman

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan