Isnin, 10 Januari 2011

NAJIB SUDAH LAMA GENTAR DAN TAKUT



Terkini isu Pelan 100 hari Pakatan Rakyat, Najib bidas !

Datuk Sri Najib gentar bila mendengar pelan 100 hari Pakatan Rakyat yang bakal dilaksanakan apabila menang dalam PRU ke-13 nanti.Dengan bersahaja Najib terus membidas, membuat penafian, atau menangkis  dengan berkata bahawa segala janji-janji  Pakatan Rakyat itu tidak benar atau palsu! Tetapi anggapan dan penilaian rakyat terhadap Pakatan Rakyat lain pula!  Mereka sudah nampak kerajaan PR telah membuat banyak perubahan, terutama di Pulau Pinang dan Selangor

 

Apabila media utama milik UMNO/BN tidak menyiarkan berita tentang kemajuan atau perubahan yang telah di buat oleh Kerajaan Pakatan Rakyat, adakah Najib berfikir rakyat tidak tahu? Sama juga dengan cerita-cerita kemungkaran dan penyelewengan pentadbiran Najib !  Akhbar dan tv pengampu tidak menyiarkan berita keburukan mereka tetapi rakyat telah mengetahuinya dari sumber-sumber yang lain. Apakah Najib berpura-pura tidak tahu?.

 

Najib tak boleh menutup telinga rakyat !  Najib tak boleh paksa rakyat menutupkan mata. Rakyat sudah cerdik dan tahu menilai sendiri antara intan dan kaca. Sebenarnya Najib amat resah! bimbang dan takut! kerana semua janji-janji Pakatan Rakyat itu adalah manasabah dan menarik. Seperti kata Pakatan Rakyat,,… hanya kerajaan yang bersih, dan hemah berbelanja saja boleh melaksanakan kewajipan kepada rakyat.


Selama ini seperti yang dilapor oleh Ketua Odit Negara, kerajaan mengalami kerugian mencecah RM 28billion saban tahun kerana berlakunya rasuah, penyelewengan, ketirisan dan pembaziran Secara mudahnya kerajaan Pakatan Rakyat mampu menyelamatkan RM28 billion setiap tahun  jika tidak mewarisi sikap buruk kerajaan BN.  

 

Rakyat sebenarnya sudah bersedia untuk menukar kerajaan. Inilah yang amat ditakuti oleh Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Razak dan seluruh kepimpinan UMNO/BN.. Teori R.A.H.M.A.N di mana N iaitu Najib sebagai Perdana Menteri yang terakhir dari BN akan menjadi kenyataan !!  Kita tunggu dan lihat!!

 

Oleh : rahimothman





Najib bidas pelan 100 hari Pakatan Rakyat

Datuk Seri Najib Razak hari ini membidas pelan 100 hari yang dibentangkan oleh pakatan pembangkang bulan lalu, yang disifatkannya sebagai populis dan tidak bertanggungjawab.

Perdana Menteri berkata selepas dikaji pelan itu, ia sebenarnya tidak berpaksi kepada kenyataan kerana tidak ada pembentangan dari segi punca kewangannya……….

Seterusnya sila baca di sini  -  
http://www.malaysiakini.com/news/152934

Tiada ulasan:

Catat Ulasan