Pakaian semasa anugerah Skrin TV3 suku baru-baru ini membuktikan, ada artis Melayu yang kelihatan macam separuh bogel, dan ada juga yang kelihatan suku telanjang !! Bukankah artis Melayu ini beragama Islam? Lupakah mereka pada agama? Bukankah pakaian melambangkan keperibadian dan iman?
Apa kata Tuan-tuan Mufti, Harussani dan lain-lain? Apa kata Jamil Khir ? Apa kata Dr.Mashitah Ibrahim? Apa kata Khusrin? Kenapa tidak mahu memberi sebarang komen atau teguran? Jawapannya mudah !,,.. Pertama,.. oleh kerana orang yang terlibat ialah Melayu Umno maka perbuatan itu menjadi tidak salah !,,..... Kedua,..Oleh kerana pemimpin atasan Umno tidak memberi lampu hijau, maka komen atau teguran tidak perlu dibuat !!,,… maka ini lah susahnya kalau bertuankan UMNO.
Dan apa pula kata atau komen ibu kepada artis-artis ini?,,… kita tunggu!
Dan teguran yang dibuat oleh Datuk Rais Yatim pula adakah ia sekadar “tegur-tegur ayam” yang hanya melepaskan batuk ditangga? Wallahhu'alam !! Tetapi berdasarkan fakta dan sejarah sebelum ini banyak dasar atau peraturan yang dibuat oleh kementerian penerangan ibarat "hangat-hangat tahi ayam"
Tetapi perkara ini kalau tak ditegur atau dilarang, pasti akan menjadi ikutan gadis-gadis Melayu yang tipis pegangan agamanya! Lantas artis beginilah yang akan menjadi idola mereka ! Berbanggakah kita mempunyai artis yang hanya pandai atau berani bergaya sexy? Bermegahkah kita mempunyai artis yang berani tak bertempat ini?
Dan yang paling ditakuti oleh masyarakat, tetapi tidak ditakuti oleh pemakainya ialah tarikan kepada perogol-perogol. Perogol memang sentiasa menunggu peluang dan apabila wanita memperagakan pakaian begini mereka merasa macam dipelawa oleh pemakainya !! Tunggulah saat dan ketikanya !! Apabila sudah berlaku perkara yang tidak baik menyesal tak sudah !! menyesal tak berguna !! Jangan salahkan sesiapa !
oleh : rahimothman
Pratonton
Tiada ulasan:
Catat Ulasan