Jumaat, 14 Januari 2011

PUAD ZARKASHI TIPU RAKYAT !!


Tidak sepatutnya  peristiwa ini berlaku !!  tetapi sudah pun berlaku!!....
Pengarah Pelajaran Johor  Tn. Hj. Markom Giran berkempen untuk Barisan Nasional di Sekolah Menengah Tenang Station pada 31hb Disember 2010 yang lalu  dan Kementerian Pelajaran dilihat cuba memejamkan mata atau mendiamkan diri. 

Tuan Hj Markom secara terang-terang menyokong UMNO dan berkempen untuk UMNO.  Beliau dengan sengaja telah melanggar  Peraturan 21 (I), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, pegawai awam dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang dilarang daripada mengambil bahagian dalam aktiviti politik atau memakai mana-mana lambang sesuatu parti politik.

Ini tak sepatutnya berlaku. Tindakan beliau amat mengejut dan mengecewakan seluruh rakyat, terutamanya guru-guru dan masyarakat di Dun Tenang

Dr Mohd Puad Zarkashi yang juga Timbalan Menteri Pelajaran, menyatakan bahawa tindakan Tn Hj Markom tersebut tidak salah kerana sebagai penjawat awam beliau berhak menyokong polisi-polisi kerajaan.  Hah! tu dia!! Nampak? Mentah-mentah rakyat nak ditipunya. Menteri bengap ini cuba hendak memperbodohkan rakyat!  Beliau fikir pengundi-pengundi DUN Tenang  dan rakyat Malaysia amnya buta dan pekak ?

Kalau kita mendengar rakaman video ucapan Pengarah Pelajaran Johor itu  tak ada pun beliau menyebut tentang menyokong polisi kerajaan. Sebaliknya secara jelas Tn Hj Markom dengan bersahaja telah mengesa guru-guru supaya mempengaruhi ibubapa pelajar agar mengalihkan  sokongan daripada pembangkang kepada BN.  Juga beliau menggesa guru-guru kaunseling di kawasan tersebut  menyokong dan berkempen bagi calon UMNO Barisan Nasional dalam pilihanraya Kecil Dun Tenang nanti.

Ini komen penulis mengenai isu ini – Dari dulu hingga sekarang, sudah banyak bukti bahawa pemimpin-pemimpin Umno atau menteri Umno bercakap dalam dua bahasa atau Double standard !!  Undang-undang untuk Umno dan penyokong lain,  undang-undang untuk pembangkang lain!! 

Rakyat yang hendak menyokong parti politik pembangkang pilihan mereka, walaupun dihalalkan oleh perlembagaan akan menerima layanan buruk dan zalim dari pihak kerajaan !  Mereka diinaya dan terinaya !,..   Di manakah keadilan?.   Masih adakah demokrasi tulin dinegara inii??

Oleh : rahimothman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan