TERBELAKAH NASIBNYA?... RAKYAT AMAT BERSIMPATI !!
DIPERINGKAT AWAL POLIS DAN SPRM MENDAKWA TEOH BENG HOCK MEMBUNUH DIRI. RATA-RATA RAKYAT TERKEJUT DAN TIDAK PERCAYA DENGAN DAKWAAN TERSEBUT. BENG HOCK MASIH MUDA DAN CERIA KERANA SEDANG MENGATUR HARI PERKAHWINAN DENGAN TEMAN WANITANYA DALAM MASA TERDEKAT. MANA MUNGKIN DIA MAHU MEMBUNUH DIRI,,… MUSTAHIL! MUSTAHIL, TAK MUNGKIN!! ITULAH PENDAPAT DAN PANDANGAN ORANG AWAM
SPRM SEPATUTNYA LEBIH BERTANGGUNGJAWAB. TAK KIRA APA BANGSA PUN,,.. MELAYU, CINA INDIA ATAU IBANKADAZAN, MEREKA SEMUA ADALAH RAKYAT MALAYSIA. KEBETULAN MANGSA DALAM KES INI TEOH BENG HOCK BERBANGSA CINA DAN BELIAU MATI SEMASA DI DALAM KAWALAN ATAU PENGAWASAN SPRM.
DIA DIJEMPUT OLEH SPRM DATANG KE PEJABAT SPRM UNTUK TUJUAN SIASATAN. KES YANG DISIASAT KONONNYA MELIBATKAN SALAHGUNA WANG BERJUMLAH DALAM LINGKUNGAN RM2,800 SAJA, BUKAN RM200,000 BUKAN RM2 JUTA. TETAPI ALANGKAH MALANGNYA NASIB MENDIANG ! SIASATAN BERAKHIR DENGAN TRAJIDI.
TEOH BENG HOCK DIDAPATI MATI DI BUMBUNG TINGKAT 5 PLAZA MASSALAM SHAH ALAM DIMANA DIATASNYA TERLETAK PEJABAT SPRM. KEMATIANNYA CUBA DIKELIRUKAN ! IA BAGAIKAN DIRANCANG SEOLAH-OLAH MENDIANG MEMBUNUH DIRI. SIAPA YANG HARUS BERTANGGUNG JAWAB? KALAU KITA MENJEMPUT TETAMU DATANG KE RUMAH KITA, KEMUDIAN TETAMU ITU MENDAPAT KEMALANGAN DAN MATI DI DALAM KAWASAN RUMAH KITA. APAKAH KITA BOLEH BERKATA TIDAK TAHU ! ATAU LEPAS TANGAN? APAKAH NYAWA BENG HOCK BERNILAI RM2800? TIDAKKAH SPRM MERASA BAHAWA SATU KEZALIMAN SUDAH BERLAKU KEATAS SEORANG INSAN YANG TIDAK BERDOSA ? APAKAH SPRM MASIH MAHU MENCARI SERIBU ALASAN?.
SETELAH DUA TAHUN LEBIH KES DISIASAT, KELMARIN KITA MENDENGAR SATU KEPUTUSAN YANG AMAT MENYEDIH DAN MELUCUKAN!! ,,APABILA KORONER MAHKAMAH SHAH ALAM, AZMIL MUNTAPHA ABAS MENGESAHKAN BAHAWA …TEOH BENG HOCK TIDAK MEMBUNUH DIRI DAN TIDAK JUGA DIBUNUH!! KEPUTUSAN INI AGAK PELIK LAGI AJAIB!!. BARANGKALI SPRM SEBOLEH-BOLEHNYA! APA CARA SEKALI PUN MEREKA CUBA HENDAK MENYELAMATKAN DIRI DARIPADA KES YANG MEMALUKAN INI SEBAGAIMANA PIHAK PDRM MENYELAMATKAN KRONI DAN PEGAWA-PEGAWAINYA DALAM KES PEMBUNUHAN ALTANTUYA!!
OLEH : RAHIMOTHMAN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan