Rabu, 26 Januari 2011

BERTAMBAH LAGI MELAYU PENGKHIANAT AGAMA

Sikap dan tindakan mereka jadi pencetus api  perkauman

 
Dua pemimpin Cina ini  (dalam gambar) telah dengan beraninya menyentuh tentang hukum Islam bab persentuhan kulit, kemudian  mempermain dan mempersendakannya semasa mereka berkempen di kawasan DUN Tenang.. Tanpa disedari atau memang disengajakan isu itu telah disokong hebat oleh dua pemimpin Melayu, Muhyiddin Yasin  dan Abd.Ghani Othman.   

Agak menghairan dan mengejutkan kita bila kedua-dua pemimpin Melayu ini  lupa diri !  Lupa agama pegangan mereka iaitu Islam,.sanggup mereka bersekongkol dengan orang bukan Islam,  menghina agama mereka sendiri!  yakni agama Islam.   Inilah dunia !  apabila terlalu mabuk nak mengekalkan kuasa,  maka lupa segala-galanya!!.  Rela berbuat apa saja! . Apabila rakan se BN  bukan Islam  menghina Islam,  lalu dengan selamba mereka juga turut sama menyokong sikafir itu mengutuk dan memperlekeh kesucian hukum-hukum dalam agama Islam.  Apa ni ?.. masyaAllah !!

Kedua-dua orang kuat UMNO dari Johor ini sememangnya layak digelar “Pengkhianat agama”, melainkan jika mereka menarik balik kata-kata mereka dan meminta maaf kepada seluruh umat Islam di negara ini.  Dan penulis ingin mencabar parti UMNO!,...Kalaulah UMNO sebuah parti yang benar-benar memperjuangkan bangsa Melayu dan agama Islam,  kedua-dua pengkhianat agama ini sepatutnya digantung keahlian atau dipecat dari parti !!. Beranikah Umno?

PENDIRIAN KERAJAAN
Di mana pihak berwajib ? Apa pendirian? ,.. Majlis Fatwa Kebangsaan,  Jakim atau  Kementerian Dalam Negeri KDN  bagaimana?   Seharusnya  buatlah sesuatu terhadap ke-empat-empat manusia durjana ini!!.  kerana isu agama yang mereka timbulkan adalah sangat sensitif .  Benih-benih kebiadaban yang kereka tabur ini akan menyuburkan semula semangat perkauman!!   Kalau perkara ini dibiarkan,.. kita jangan terkejut satu masa nanti perkara yang sama atau lebih dasyat lagi akan berlaku!!

Sudah 53 tahun kita hampir berjaya memupuk semangat perpaduan dikalangan berbagai kaum, walaupun sekejap baik sekejap tidak,  tetapi dengan peristiwa terkini tidak mustahil semangat perpaduan yang telah wujud  itu akan hancur sama sekali!!

Kalau perkara sebegini dicetuskan oleh pihak pembangkang,  kerajaan  dengan begitu cepat sekali bertindak melalui Akta Keselamatan Dalam Negeri ISA,  Kenapa apabila ia melibatkan pemimpin BN,  maka kerajaan SENYAP ?!!   Di mana letaknya keadilan?  Kalau keadilan yang begitu mudah tidak boleh ditegakkan !!  maka tiada maknanya lagi rakyat berpayung di bawah BN.  Ayuh rakyat sekalian !  kita beralih angin!  kita bina sebuah kerajaan yang baru!!
Mari kita lihat artikel di bawah ini!....

Oleh : rahimothman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan