Jumaat, 28 Januari 2011

UMNO SELANGOR: KATA DULANG PAKU SERPIH!

“ JANGAN CABAR KUASA SULTAN ”  kata Noh Omar

Berhubung isu perlantikan  Datuk Muhd Khusrin Munawi sebagai SUK Selangor yang baru,   ini komen Datuk Seri Noh Omar Timbalan Pengerusi Badan Perhubungtan Umno Selangor ketika dihubungi Mingguan Malaysia........
 ''Mereka (pembangkang) derhaka. Jangan cuba mencabar kuasa Sultan Selangor.  Tidak kira siapa, kuasa sultan dan raja-raja Melayu harus dihormati.”                                                     (SEBENARNYA ANDA DAN UMNO LAH YANG TELAH MENDERHAKA DAN MENCABAR SULTAN SEMENJAK 1993 LAGI.... JANGAN LUPA APA MAHATHIR DAH BUAT)

''Jika tidak memihak dan merugikan, mereka akan tuduh itu tidak adil, ini tidak adil. Bukan sahaja kuasa raja-raja Melayu, polis dan mahkamah juga akan dituduh tidak adil jika apa jua keputusan tidak memihak kepada mereka.                                                                                          ( MEMANG SELAMA INI KERAJAAN UMNO BN TELAH BERSIKAP TIDAK ADIL KEPADA PEMBANGKANG, DAN UNTUK MENCAPAI SESUATU TUJUAN UMNO BN TELAH MEMPERALATKAN SULTAN, POLIS DAN MAHKAMAH! )

''Inilah sebenarnya perangai pembangkang terutama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP. PKR, hendak urus parti pun huru-hara, inikan pula hendak tadbir urus negara?”                           (   SEBENARNYA WAHAI NOH OMAR,  JANGAN BUAT-BUAT LUPA  BAHAWA  UMNO LAH YANG TELAH HURU-HARA SEMENJAK 1998 LAGI. BEGITU JUGA KOMPONAN BN  MCA DAN MIC TURUT MENGALAMI KERETAKAN DAN PERPECAHAN,  KALAU TIDAK MASAKAN BN TERLEPAS 4 BUAH NEGERI! )

''Kita bimbang kalau mereka berkuasa nanti, negara ini akan huru-hara. Kuasa sultan pun nak dipertikaikan. Kalau semua orang berfikiran seperti mereka, negara sudah pasti tidak akan maju dan aman,''                                                                                                                                       (  SEBENARNYA WAHAI NOH OMAR,... NEGARA KITA MALAYSIA TELAH PUN MENJADI HURU-HARA DAN TIDAK STABIL SEMENJAK 1998 LAGI. KEMAJUAN DAN KREDEBILITI KERAJAAN MALAYSIA AKAN TERUS MERUDUM JIKA BN TERUS BERKUASA )

''Kepada pemimpin pembangkang di Selangor yang pertikaikan kuasa Sultan Sharafuddin, mereka ini tidak layak berada di Selangor,'' ujarnya.                                                                          (  WAHAI NOH OMAR !  ANDA SEBENAR NAK BODEK SULTAN, SETELAH ANDA DAN UMNO PERLEKEH SULTAN!  TAK PAYAH LAH...  JANGAN FIKIR SULTAN KITA BODOH. KALAU ANDA FIKIR PEMBANGKANG TAK LAYAK TINGGAL DI NEGERI SELANGOR, PEMIMPIN UMNO LAGI TAK LAYAK.  BARANGKALI YANG BENAR-BENAR LAYAK MENJADI RAKYAT SELANGOR IALAH ORANG ASLI !! )

Oleh : rahimothman

KENAPA MESTI SOKONG CIKGU NORMALA 

Banyak sebab mengapa kita mesti sokong dan undi  Cikgu Mala, calun Pas dari Pakatan Rakyat ini,  berbanding Azhar Ibrahim  Calun Umno dari BN yang tak punya rekod bersih  tetapi..........
1.  diselubungi isu-isu peribadi dan salahguna kuasa ......                                                                    2. Kes masih dalam perbicaraan Mahkamah.

Kelebihan Calun PAS,...
Beliau mempunyai rekod peribadi yang bersih,  Tiada kes rasuah, tiada kes penipuan, tiada disabitkan kes di mahlamah
Beliau adalah bekas seorang guru yang pernah menerima Anugerah Guru Cemerlang.
Beliau juga sebagai seorang ibu dan isteri yang bertanggung jawab dan penyayang.


Cikgu Normala masih muda dan mampu memikul tanggung jawab yang bakal diamanahkan. Beliau  bersemangat kental,  gigih dan berdedikasi. Untuk menjadi seorang wakil rakyat yang cemerlang ciri yang positif ada dalam diri beliau.  Semoga cikgu Mala atau nama sebenarnya Normala bt Sudirman akan menempah kejayaan yang cemerlang!!

Oleh : rahimothman.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan