Ahad, 23 Januari 2011

SAMPAI KIAMAT PUN ! UMNO TAKKAN MENGAKU !!

bahawa mereka adalah penderhaka sultan @ raja-raja Melayu!!
Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Tan Seri Khalid Ibrahim dari Pakatan Rakyat akan mengadakan persidangan khas/ tergempar pada 24/1/11 Isnin ini - semata-semata kerana hendak mengembalikan kuasa Sultan yang telah hilang!,…kuasa Sultan yang telah dirampas oleh kerajaan BN semasa di bawah pimpinan Tun Mahathir pada tahun 1993 lagi.

Tapi yang agak menghairankan terdapatnya beberapa kerat pemimpin Umno yang awal-awal lagi telah membuat protes atau membayangkan hasrat mahu memboikot persidangan itu. Apa-apa pun rakyat Selangor diharap jangan terkeliru dengan pendirian pemimpin-pemimpin Umno ini. Mereka sebenarnya sudah tenggelam punca dan bercelaru!.... Kini mereka sudah terjerat!  Mereka terperangkap kedalam perangkap yang mereka buat sendiri !!

Mereka buat-buat lupa yang kuasa Sultan sudah mereka tarik pada 1993.  Sultan Selangor sendiri mengaku di depan Menteri Besar Tan Sri Khalid mengenai isu perlantikan Khusrin sebagai SUK Selangor,  dengan berkata ….” Beta dah tak ada kuasa lagi…”  Jadi ! siapakah yang telah menderhaka kepada Sultan sebenarnya? UMNO sejak dulu atau PKR yang baru memerintah tak sampai tiga tahun?

Dalam isu kerajaan Selangor menolak Khusrin, senang-senang mereka menuduh Tan Sri Khalid dan beberapa pemimpin PKR yang lain menderhaka kepada Sultan !! …. Perbuatan mereka itu menepati sekali pepatah Melayu yang berbunyi… “ Mengata dulang paku serpih,…………………….. ”   Mujurlah sultan Selangor masih sihat dan waras ! Diharap  Tuanku Sultan ! jadilah sultan yang bijaksana !. Jangan biarkan Si Kitol muncul lagi dalam masyarakat Melayu!!

Berbalik kepada sidang khas DUN Selangor.  ikutkan logik memang ada dikalangan ADUN BN yang bersetuju dan bersedia untuk mengundi pindaan perlembagaan tersebut. . Tetapi, YB Noh Omar Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor telah memberi amaran keras,…. barang siapa yang didapati mengundi maka nama mereka tidak akan dicalonkan dalam PRU ke-13 nanti..
Manakala ketua pembangkang DUN Selangor Datuk Satim Diman pula dilaporkan mahu memboikot persidangan tersebut dan langkah ini mungkin akan diikuti oleh ADUN BN yang lain.  Kalau niat baik kerajaan Pakatan Rakyat nak memulangkan kuasa sultan pun mereka tak sokong sudah tentu Tuanku sultan dan sekalian rakyat marhaen boleh menilai sendiri .,..  SIAPA SEBENARNYA PEMBELIT BANGSA !!   SIAPA PENDERHAKA SULTAN ???
Oleh : rahimothman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan