Ahad, 16 Januari 2011

KENYATAAN bangang PM DAN TPM


Malangnya rakyat Malaysia kerana ……
Belum pernah berlaku lagi, isteri seorang PM ……..
“Jika  Pakatan Rakyat memberi  imbuhan khas RM500 kepada guru ..negara akan muflis” …memetik kata-kata Muhyiddin(TPM),  yang cuba nak memperbodohkan rakyat,  ….padahal kerajaan BN yang berbelanja terlalu boros selama  inilah yang boleh membuat negara  menjadi muflis.  

“Debat tidak memberi apa-apa faedah, saya tak nampak ia memberi hasil”  kata Najib,… padahal kerajaan sendiri mengadakan pertandingan debat  merebut piala Perdana Menteri dan Piala DiRaja dikalangan sekolah Asrama Penuh dan IPT.   Sendiri punya piala rebutan pun Najib tak tahu?...hai !  macam ini punya PM pun ada!!  . Kan lebih baik Najib mengaku saja takut berdebat dengan Anuar ?  daripada memberi alasan bodoh yang menampakkan sangat kedunguan atau kebangangan seorang PM !!

Setahu teman, sejak teman di sekolah rendah lagi pertandingan debat ni bagus. Bagus sangat-sangat terutama bagi pelajar-pelajar yang petah dan pintar !  Sebab itulah hingga diperingkat IPT pun ia masih dipertandingkan!.  Malanglah kita,. kalau PM sendiri mengatakan  debat itu tak berfaedah.  Terjelepoklah imej Malaysia  kerana mempunyai seorang PM yang tak berapa cerdik !

Teman juga nak tanya !... Merelakan bini masuk campor urusan rasmi kerajaan itu wajarkah? . Membiarkan isteri mengambil alih tanggungjawab kementerian lain yang menterinya masih hidup dan tercongok didepan mata itu patutkah? Memang sangat-sangat tak patut!. Tapi yang punya diri buat selamba je,   seolah-olah mahu meneruskan kerakusannya !

Belum pernah berlaku dalam sejarah, di mana isteri perdana menteri bersikap over,mengada-ngada dan meminta-minta. Belum pernah berlaku lagi,  isteri seorang  perdana menteri menunjukkan taring dan belang dengan begitu ketara sekali!.  Mungkinkah beliau suka dipanggil iron lady?  Mungkin suka kut!, tapi yang pasti dia mengidam lady yang lagi satu tu.   Ini yang teman nak cerita…

Agak menyedihkan !  dan mungkin juga menyayat hati rakyat ! bila isteri Perdana Menteri merampas gelaran  "First Lady of Malaysia" milik Raja Permaisuri Agong yang kita kasihi.   Bini PM dengan bangganya  meletakkan dirinya sebagai "first lady" ! …Amboi-amboi ! dah terlebih perasaan kut?  Nasib baiklah  kita mempunyai Yang Dipertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong yang tinggi tahap kesabarannya!...kalau tidak,  tak tahulah apa nasib si debab tu.

Dan yang terakhir, belum pernah berlaku lagi, isteri seorang perdana menteri membuka pejabat "First Lady of Malaysia" nya sendiri  lengkap dengan kakitangan di Jabatan Perdana Menteri. Bukankah ini kes melampau! kes syok sendiri?  Bukankah ini satu lagi pembaziran?

Harap-harap  Datuk Seri Utama Rais Yatim, menteri yang paling pandai bercakap dan bijak berbahasa boleh memberi respon.  Barangkali ini jawapannya …MALAYSIA BOLEH!!

Oleh : rahimothman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan