Selasa, 4 Januari 2011

YB ! JANGAN DILAYAN KERENAH UMNO!!


Mereka dah tak ada modal lagi,.. soal agama mereka tak berapa faham,  tapi masih nak bercakap soal agama..  Dulu YB dijemput masuk kedalam surau kerana nak menyampaikan sumbangan mereka kata YB mencemar kesucian surau dan agama Islam!  padahal yang menghukum begitu hanya Islam UMNO,  bukan Islam sebenar. 

 YB yang bukan muslim bersenam dekat kawasan masjid bersama rakyat, dengan berpakaian tidak menjolok mata,  dikatakan mencemar kesucian Islam....  ini juga pendapat Islam mazhab UMNO.  Sedarlah wahai penganut-penganut Islam ala UMNO.  Diluar sana ramai lagi wanita-wanita Melayu beragama Islam yang berpakaian lebih teruk !  Ada anda kisah??

YB ! Teruskan  khidmat sosial anda kepada masyarakat.   Teruskan hubungan akrab anda dengan rakyat tanpa memilih  kaum atau agama.  Jangan pedulikan rungutan dan tindakan bodoh pemimpin UMNO !! Persetankan mereka!!

Allah sentiasa bersama dengan orang-orang yang benar.  Kebodohan, kejahilan  dan kedegilan nampaknya sudah menjadi hak milik UMNO,  maka biarkanlah UMNO dengan kesesatannya. Biarkan UMNO bagai Si Luncai ! terjun dengan labu-labunya!!. Semoga YB Teo Nie Ching kuat semangat, cekal hati dan terus sukses dalam menghadapi  tindakan-tindakan gila dari puak-puak UMNO berkarat hijau itu.

Oleh : rahimothman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan