Selasa, 11 Januari 2011

KASIHAN ! ANAK TIRI DIDERA HINGGA MATI


Dalam tempoh setahun ini  kita dikejutkan dengan kisah Syafiah Humairah, 3, yang mati akibat didera teman lelaki ibunya di Ulu Yam Lama, Batang Kali, Selangor pada 26 Februari 2010 yang lalu.  Kemudian diikuti pula K. Hareswarral, berusia setahun enam bulan mati didera suami pengasuhnya di Pangsapuri Seri Ara Damansara, Petaling Jaya pada 6 Mac dan selepas itu seorang lagi kanak-kanak perempuan Jasmine Lee@ Lee Swee Hui, 3, mati dipercayai didera.

Terbaru 10/1/2011,  seorang kanak-kanak berusia 3 tahun Nur Dania Qistina yang tak mengerti apa-apa  didera hingga mati oleh seorang ibu tiri yang tak berhati perut,  Kasihan ! Begitulah malangnya nasib anak kecil ini.   Dia tidak punya kudrat untuk mengelak atau melawan!
Amat menyedihkan !! terdapat 73 kesan lebam diseluruh badannya.  Sepatutnya sebagai seorang manusia dan sebagai seorang ibu tak kiralah ibu kandung atau ibu tiri,  perasaan dan tindakannya janganlah sampai  melebihi atau menyamai perbuatan seekor haiwan…

Masyarakat sentiasa mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan tersebut,  tetapi walaupun berita kes penderaan sebegini sudah  terlalu kerap disiarkan di akhbar-akhbar maupun di tv.  nampaknya masih ada manusia yang tidak mengambil iktibar dan insaf.   Ada beberapa kes yang sudah dibicarakan dan pelakunya telah pun dihukum!  termasuk hukuman gantung sampai mati !! Sepatutnya ia menjadi tauladan dan keinsafan kepada semua orang.

Tetapi yang menghairankan,  manusia tak berhati perut ini masih wujud. Kes dera anak masih berlaku silih berganti di tempat-tempat lain.  Apakah insan-insan yang seperti ini tuhan jadikan mereka pekak dan buta?  Atau mereka sengaja keraskan hati!  bebal !  sehingga tak takut kepada hukuman dunia,  maupun akhirat?  !!   Dalam kes yang terbaru ini, ibu tiri yang mendera  Nur Dania Qistina hingga menyebabkan kematiannya, memang bertindak kejam!! Beliau mesti diheret ke muka pengadilan dan dihukum.  Seharusnya nyawa dibayar dengan nyawa !

Oleh : rahimothman


Penangan kekejaman ibu tiri

Oleh RADIAH SAORI
radiah.saori@kosmo.com.my



JOHOR BAHRU – Kesengsaraan seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang terpaksa menanggung pedih didera dipercayai oleh ibu tirinya sejak tiga bulan lalu berakhir dengan tragedi apabila dia disahkan mati di Kampung Sungai Tiram di sini kelmarin.

Lebih memilukan, kematian Nur Dania Qistina Nurafizan didakwa cuba disembunyikan oleh bapanya yang menghubungi bekas isterinya, Nur Aquilla Razali, 27, mengatakan mangsa mati kerana lemas selepas tertonggeng di dalam baldi di bilik air.
Lelaki itu yang cemas sebaik melihat anaknya tidak bernafas kemudian membawa mangsa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini pada pukul 8.25 pagi sebelum Nur Dania Qistina disahkan mati 35 minit kemudian.

Namun, bedah siasat mendapati terdapat 73 kesan lebam di seluruh badan Nur Dania termasuk muka, kaki dan badan dipercayai dipukul dengan benda keras atau tangan.
Difahamkan, Nur Dania Qistina bersama kakak, Nur Dania Batrisyah, 5, dan adiknya, Danish Irsyad, 1, dibawa tinggal bersama bapa dan ibu tirinya sejak tiga bulan lalu. Sebelum ini ketiga-tiga beradik itu menetap di rumah datuknya, Razali Ismail, 56, di Mersing, Johor.
Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan