Sabtu, 8 Januari 2011

KENYATAAN SOMBONG KETUA PENGARAH MSN


Isu : Perletakan jawatan Misbun Sidek
Misbun telah menghantar surat kepada BAM menyatakan bahawa beliau ingin meletak jawatan sebagai Jurulatih Badminton perseorangan Negara berkuatkuasa mulai 1 Januari 2011.  Menteri Belia dan Sukan Dato’ Shabbery Chik dan orang kuat BAM Dato’ Nazmi Saleh terkejut dengan keputusan Misbun itu dan pertemuan hati kehati sedang diatur.. 

Penulis tidak terkejut dengan keputusan Misbun.  Apa yang penulis rasa terkilan ialah kenyataan balas yang keluar dari mulut Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara Dato’ Zulkples Embong ! ….. “ Biarlah dia berhenti kerana Misbun hanya melatih Lee Chong Wei seorang sahaja”

Wah!  Begitu mudah sekali beliau memberi komen!   Kenyataannya itu boleh ditafsir sebagai angkuh!, sombong dan bongkak!!  Beginikah sikap seorang seorang Pengarah yang bertanggungjawab? Kenapa tak tunggu dulu hasil perbincangan hati kehati yang akan diatur oleh Menteri Belia dan pihak pengurusan BAM?

Apakah kenyataan yang keluar dari mulut ketua Pengarah MSN itu merupakan kenyataan peribadinya?  atau kenyataan dari MSN?   Kita nilailah sendiri !!.... Nampaknya beliau macam dah tahu awal-awal masaalah yang dihadapi oleh Misbun!. dan sengaja membiarkan Misbun menanggung permasaalahannya berlarutan sekian lama!!

Mudahnya beliau membuat rumusan, maka mudah jugalah beliau melupakan segala jasa jasa yang telah ditabur oleh Misbun selama ini agaknya !!  Harapan penulis,…  janganlah bersikap “ habis madu sepah dibuang!”  atau  “ kacang lupakan kulit!! ”
Andaikata tenaga Misbun tidak diperlukan lagi sediakan lorong atau ruang untuk beliau berundur secara terhormat.

Oleh : rahimothman
   




Tiada ulasan:

Catat Ulasan