Rabu, 12 Januari 2011

PEROGOL TERHORMAT ZAMAN INI !


Robengah memberitahu,..  Menteri itu melayannya dengan baik !!
 
Menurut tafsiran penulis perbuatan rogol boleh dilakukan dengan dua cara.  Cara pertama.. ia dilakukan dengan paksaan dan ada perlakuan kasar. Cara kedua, ia dilakukan  dengan cara yang baik dan lembut.  Barangkali ini yang dimaksudkan oleh Robengah, pembantu rumah atau amah yang mendakwa majikannya melayannya dengan baik itu !!

Maka tidak hairanlah rahsia perbuatan rogol yang dilakukan dengan cara layanan yang baik itu, dapat bertahan lama, sebagaimana dalam kes Robengah ini  dikatakan berlaku  dalam tahun 2007 dan terbongkar pada 2010.  Pada peringkat awal mangsa dikatakan  telah mengadu kepada adiknya, tentang perbuatan. majikannya. Apabila cerita sudah tersebar maka mangsa mula merasa risau dan terancam.
Dan setelah kes rogol ini semakin hari semakin meluas disebarkan di internet mahupun di akhbar,  maka tak sampai dua minggu mangsa telah membuat penafian !!   Kita pun tak pasti betulkah mangsa ada membuat penafian. Sebagaimana yang tersiar di alam siber, penafian telah dibuat dalam bentuk tulisan tangan dan ini tak dapat dipastikan kebenarannya Kalau ada orang lain atau pihak lain yang membuat penafian bagi pihak mangsa !  bolehkah diterima penafian itu ?  Sudah tentu kurang meyakinkan untuk dipercayaai? 

Apa pun rogol tetap rogol !  tak kira sama ada mangsa rogol dilayani dengan baik atau sebaliknya !   Kepada menteri yang berkenaan kalau setakat menafi diakhbar itu belum cukup.   Samanlah pihak-pihak yang bertanggung jawab menyebarkan fitnah itu. (kalau benar-benar fitnah).   Bersihkan arang yang telah terconteng di muka anda!   Rakyat hanya akan menghormati anda, sekiranya anda berani membawa kes ini ke mahkamah. Jika tidak, anda akan dianggap sebagai perogol terhormat zaman ini !!

Oleh : rahimothman


Tiada ulasan:

Catat Ulasan