Rabu, 8 Disember 2010

“ketuanan Melayu” - ADA TUAN MESTI ADA HAMBA

Sebenarnya antara dua ungkapan ini… “Ketuanan Melayu” dan “Hak keistimewaan orang Melayu” sangat berbeza dan cukup mudah untuk difahami. Murid tingkatan 5, malah murid tingkatan 3 pun boleh menghuraikannya. Tetapi yang jadi masaalah ialah orang Umno masih tak faham-faham !! atau sengaja buat tak faham !!

“Ketuanan Melayu” mengikut kamus Umno ialah… Orang Melayu mesti menjadi tuan di negaranya sendiri sekali gus menjadi bangsa yang termulia di Malaysia. Bermakna bangsa lain mesti tunduk dan patuh kepada perintah orang Melayu. Padahal ungkapan “ketuanan Melayu” itu sebenarnya tidak wujud pun dalam perlembagaan ! dan tak perlu diungkit, tak perlu dilaung!! Tapi dek kerana perasan! dan syok sendiri UMNO sentiasa ghairah melaungkannya!!

Mengapa UMNO menciptanya? Mengapa ia dilaung-laungkan? Umno sendiri pun entah sedar entahkan tidak! Tapi yang pasti tujuan orang Umno melaung-laungkan kalimah keramat itu ialah untuk berbangga dan memberi semangat, disamping untuk menakut-nakutkan orang bukan Melayu. Tetapi nampaknya orang Cina dan India tak berapa nak kisah pun !

“Ketuanan Melayu”…. bermakna Melayu adalah “TUAN” . Apakah benar orang Melayu menjadi tuan dinegaranya sendiri? sedangkan kedudukan mereka dalam ekonomi dimana? Kedudukan mereka dalam pemilikan saham dan harta dimana?. Kedudukan mereka dalam akedemik dimana?.. Semuanya dibelakang bangsa Cina. Jadi kalau sekadar nak berbangga dan berlagak sebagai tuan, sedangkan hakikatnya tak ada apa-apa kelebihan pun lebih baik tidak jadi tuan! Apa faedahnya? Mahukah kita menjadi tuan yang miskin ? Mahukah kita menjadi tuan yang tidak cerdik tapi sombong?

Seperkara lagi… Lazimnya kalau ada tuan mesti ada hamba ! Dalam kontek rakyat Malaysia hari ini, orang-orang Melayu Umno sah mahu menjadi tuan. Jadi siapa pula yang menjadi hamba? Beranikah pemimpin Umno mengaku bahawa mereka telah menganggap orang Cina dan India adalah hamba ? Rasanya mungkin ada yang menjawab ya! mungkin ada yang jawab tidak! dan mungkin ada yang diamkan diri. Itulah tandanya UMNO telah terperangkap !! Umno telah tertipu oleh tindak-tanduknya sendiri !!

Berbalik kepada “Hak keistimewaann orang Melayu”…. Apakah sejak 50 tahun negara mencapai kemerdekaan UMNO benar-benar telah menjaga dan mempertahannya?. Ya! awal-awal dulu mungkin,… tapi sejak Rejim Mahathir mencengkam tampok pemerintahan dan kini era Najib, kerakusan yang mereka tunjukkan amat melampau.”Hak keistimewaan orang Melayu” telah dijadikan tiket untuk mereka mengaut untung sambil menghakis hak-hak istimewa itu!!

Selagi UMNO/BN berkuasa sikap tamak haloba mereka takkan susut sedikit pun. Atas alasan pembangunan projek mesti dijalankan, disamping poket pemimpin-pemimpin Umno mesti diisi sama ada secara terang-terangan atau di bawah meja!! Sebab itu pemimpin Umno sangat takut kehilangan kuasa. Kepada orang-orang Melayu khasnya !! Ketahui dan insafilah semua ini!!

Wahai orang-orang Umno ! Cukup lah tu! Janganlah nak melalak. Tak usah nak terpekik dan terlolong lagi pasal “ketuanan Melayu” ni … sebab…

1. Orang Melayu dalam PKR dan PAS tak pernah pun pertikai “hak keistimewaan orang Melayu” seperti yang sering dituduh oleh UMNO.

2. Nabi Muhammad Junjungan besar kita pun tak pernah meletak bangsanya (Arab) sebagai bangsa termulia. Islam yang mesti diutamakan, diletakkan ditempat no.1, ditempat yang paling mulia, bukan bangsa Melayu atau apa-apa bangsa sekali pun.

3. Dalam perlembagaan tak ada pun istilah “ketuanan Melayu”, yang ada ialah “Hak keistimewaan orang Melayu”.. Hak ini telah dijamin oleh perlembagaan dan siapa pun tak boleh pertikai dan buat bising. Kenapa pula Umno sendiri yang buat bising?

Oleh : rahimothman

2 ulasan:

  1. Bagaimana yang dikatakan UMNO mempertahankan 'ketuanan melayu' sedangkan nama partinya sendiri masih menggunakan perkataan inggeris, cuma diringkaskan menjadi UMNO. Parti-parti komponen terbesarnya pun(MCA dan MIC)masih menggunakan perkataan inggeris.

    Fikir-fikirkanlah!

    BalasPadam
  2. assalamualaikum...
    minta tolong sahabat link kn blog ini...
    http://lagenda-cinta.blogspot.com/
    terima kasih

    BalasPadam