Ahad, 31 Oktober 2010

KELANTAN JUARA PIALA MALAYSIA 2010, TAHNIAH!! Tahniah Anuar Musa!, Tahniah Sathianathan!!

Photobucket


Kelantan mencipta sejarah !!... ya! sejarah yang mengemparkan ! apabila bermain dengan cemerlang dalam perlawanan akhir seterusnya berjaya menjuarai Piala Malaysia 2010 buat pertama kalinya, mengalahkan Negeri Sembilan 2-1.

Kejayaan ini adalah hadiah paling besar buat Nik Aziz Menteri Besar Kelantan. Paling istimewa seluruh rakyat Kelantan yang dipimpin oleh Tok Guru Nik Aziz akan menjadikan kejayaan ini sebagai hadiah istimewa buat Sultan Kelantan yang baru saja ditabalkan menjadi Sultan.

Tahniah kepada pihak pengurusan yang dipimpin Tan Sri Anuar Musa, jurulatih B.Sathianathan dan pegawai-pegawai, lebih-lebih lagi kepada semua pemain yang telah bermain dengan semangat juang yang tinggi !!

Tahniah sekali lagi kepada pasukan Kelantan kerana anda akan menerima hadiah istimewa dari kerajaan negeri sedikit masa lagi sebagaimana yang dijanjikan oleh Dato’ Nik Aziz. Mudah-mudahan dengan ganjaran ini akan melipatgandakan lagi semangat dan perjuangan anda untuk tahun depan.

Ingat !!,.. mempertahankan kejuaraan adalah lebih susah dari merampasnya. Walau bagaimana pun sejarah telah membuktikan, sekali pintu kejayaan telah dapat dibuka, maka tidak mustahil kita akan dapat memasukinya sekali lagi.

Oleh : rahimothman

Jumaat, 29 Oktober 2010

UMNO menipu !! : MANA WANG EHSAN RM100 YANG DIPULANGKAN ? Kerajaan Pulau Pinang masih belum terima.

Photobucket

Menurut maklumat tidak rasmi, jumlah warga emas yang mendaftar dengan kerajaan negeri Pulau Pinang bagi menerima sumbangan wang ehsan RM100 seorang adalah melebihi 120,000 orang. Jadi secara kasarnya kerajaan Pulau Pinang mungkin telah menyediakan lebih dari sepuluh juta ringgit untuk diberi kepada warga emas yang layak.

Kalau 40 orang sudah memulang wang RM100 setiap seorang itu, seperti yang dihebuh-hebuhkan bermakna RM4,000 seharusnya sudah terkumpul. Kalau 400 orang bermakna RM40,000 telah berjaya dipungut. Kalau lagi ramai sudah tentu angkanya mencapai paras jutaan ringgit.

Sehingga hari ini 29/10/10, kerajaan Pulau Pinang masih belum menerima kembali satu sen pun wang yang UMNO dakwa telah dipulangkan oleh warga emas muslim Pualau Pinang itu. UMNO Pulau Pinang mendakwa kononnya sudah begitu ramai warga emas muslim yang terlibat memulangkan wang tersebut. Persoalannya dimana wang itu sekarang? mmengapa senyap?

Barangkali UMNO telah kemaluan(dimalukan oleh tindakan sendiri) ! Helah yang dibuat mudah dibaca oleh rakyat Pulau Pinang. Kalau ini hanya sebuah lakunan!.. kasihan!,.. kasihan sungguh kat UMNO Pulau Pinang,.. kerana lakunannya tak menjadi!, malah terkena batang hidung sendiri !

Sejak awal lagi keraguan dan tanda tanya telah timbul,.. benarkah majlis pemulangan wang itu berlaku? Atau ia hanya sebuah drama yang diarahkan oleh Dato’ Azhar Ibrahim (S/u Umno Pulau Pinang) dan dilakun oleh pelakun-pelakun upahannya atau segelintir warga emas yang terpedaya!

Hingga saad ini dimana tersimpannya wang tersebut? Lim Guan Eng ketua Menteri Pulau Pinang masih tertunggu-tunggu!. Kalau benar wang haram lagi jijik itu telah terkumpul, kenapa tak dipulangkan segera kepada kerajaan negeri? kenapa dipegang lama-lama?

Maka dengan persoalan yang belum terjawab itu boleh lah kita merumuskan bahawa......

1. UMNO Pulau Pinang sememangnya mencipta isu dan melakunkannya, disamping kemungkinan besar mereka memberi upah kepada pelakun-pelakun tua yang dipilih.

2. UMNO Pulau Pinang sememangnya berniat jahat, mempermainkan agama, dengan niat memperdaya atau menipu orang Melayu khususnya warga emas Pulau Pinang.

3. UMNO Pulau Pinang telah menggunakan wang sendiri untuk sesi bergambar ketika aksi-aksi menarik dalam babak penyerahan wang tersebut.

4. Kalau benar wang tersebut dapat dikumpul tetapi terlalu sedikit, maka ini telah memungkinkan UMNO merasa amat malu untuk memulangkan wang tersebut.

5. Kalau benar wang tersebut dapat dikumpul, kemudian diperam atau didiamkan,.. ini juga ada kemungkinan yang mereka ingin melesapkannya!

Akhir sekali penulis mengucapkan syabas dan tahniah kepada kerajaan Pulau Pinang kerana ingin meneruskan hasrat murni membantu warga emas!! Biarkan saja Umno dengan telatahnya. Biarlah mereka berkokok disiang hari!! Pedulikan!

Oleh : rahimothman

Khamis, 28 Oktober 2010

WAJIB LULUS SEJARAH DALAM SPM …. Umno mengenepikan / menafikan pandangan parti-parti gabungan BN, PR dan juga NGO – Konsep perkongsian kuasa hanya palsu ?

Photobucket

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran telah mengumumkan mata pelajaran Sejarah akan dijadikan subjek wajib lulus di peringkat SPM mulai tahun 2013. Beliau berucap sewaktu menggulung perbahasan pada Perhimpunan Agung Umno Ke-61 pada 23/10/10 Sabtu lalu.

Penulis kurang bersetuju dengan pengumuman yang telah dibuat kerana ia dilihat macam terdesak dan tergesa-gesa. Sepatutnya perkara penting ini perlu dibincangkann oleh banyak pihak dan kemudian dibawa ke Kabinet, bukan hanya parti UMNO yang membuat keputusan, terutama perkara yang melibatkan dasar kerajaan!!

Mana dia konsep perkongsian kuasa BN? Parti komponen lain seperti MCA, MIC, dan Gerakan, malah parti-parti pembangkang harus diberi peluang dan ruang untuk membahaskannya. Apakah UMNO merasakan yang parti itu sudah cukup kuat, boleh berdiri sendiri!, sehinggakan peranan parti-parti lain seolah-olah mahu dipinggirkan?.

Pada dasarnya tujuan syarat wajib lulus SPM yang baru ini memang baik. Majoriti rakyat amat mengalu-ngalukan!. Kalau kita perhati sikap pelajar hari ini, antara sebab mereka kurang semangat patriotik dan lemah jatidiri ialah kerana tiadanya atau lemahnya pengkhayatan sejarah. Tak kenal sejarah maka mereka tak kenal diri sendiri, tak kenal keluarga, malah tak kenal sejarah bangsa dan negara !! Hasilnya di kemudian hari lahirlah insan-insan yang penuh sifat keegoan dan bongkak!. sebagaimana yang kelihatan hari ini. Maka tujuan baik dan murni pihak kerajaan wajar sangat di sokong.

Sebelum dasar baru ini dilaksanakan perkara pokok yang perlu dihalusi ialah bidang sukatan pelajaran. Ruang lingkup yang patut dipelajari oleh pelajar mengikut tahap. Kemudian elakkan dari sebarang kecelaruan atau penyimpangan fakta. Dipihak penggubal dasar pula , jangan ada sikap bias yang mungkin memberi keuntungan politik kepada mana-mana pihak.

Masih aku teringat,,...semasa negara kita diperintah orang putih atau warisan orang putih satu ketika dulu.. Buku sejarah dan topik-topik sejarahnya cukup hebat!! Kita disogokkan dengan kisah-kisah kejayaan dan kekuatan orang luar. Kita terleka dan terbuai,, apabila dipaksa mengenali kisah Fardinand Magellan, Sir Francis Drake, Napoleon Bonaparte dan entah apa lagi!!

SEJARAH DAN KEHIDUPAN TAK BOLEH DIPISAH. TIADA HARI INI JIKA TIADA MASA LAMPAU. KEJAYAAN HARI INI DAN HARI ESOK BERKAIT RAPAT DENGAN SEJARAH MASA LALU!!

Oleh : rahimothman

Rabu, 27 Oktober 2010

HANGIT! Mencalarkan kredebiliti Umno dan Najib: Blogger Umno desak Rosmah Mansor BERUNDUR!

Wednesday, October 27, 2010

Photobucket


Artikel di bawah di petik dari sebuah laman blog penyokong tegar umno, malaysiaheaven.blogspot.com...

Datin Seri Rosmah Perlu Berundur

Didalam sejarah perdana menteri Malaysia, tiada lagi isteri pemimpin melibatkan diri secara terbuka melainkan Ds Rosmah Mansor. Sejak DS Najib menjadi PM, sejak itulah nama DS Rosmahpun menjulang tinggi.

Maaf bukan nak mengata tetapi cuma tidak mahu pisang berbuah dua kali. Cukuplah KJ menjadi punca perpecahan UMNO dan rakyat semasa zaman Pak Lah dahulu. Sejak DS Najib menjadi PM, pelbagai fitnah dilemparkan oleh orang kafir terhadap DS Rosmah.

Mengundurkan diri bukanlah bermakna membenarkan segala fitnah terbabit sebaliknya untuk menjernihkan semula keadaan. Lagipun pemberian peruntukan yang sangat besar untuk program Permata membuatkan ramai yang terkilan.

Apa perlunya program Permata sedangkan negara sudah ada program KEMAS. Dan program Permatapun bukanlah masuk ke kampung kampung pendalaman. Hanya kanak kanak yang cerdik sahaja yang terpilih. Jadi dimana perlunya program sebegini.

Tambahan pula cerita mengenai islamic fesyen baru baru ini jelas mencalarkan kredebiliti DS Najib sebagai PM. DS Rosmah seharusnya berundur segera sebelum terlambat. DS Rosmah perlu mencontohi isteri pemimpin terdahulu dengan mengamalkan low profail.

Bukan tak boleh terlibat dengan pelbagai aktiviti tetapi biarlah dibelakang tabir sahaja. Tidak perlu menunjukkan muka mencari publisiti walaupun aku percaya itu bukanlah tujuan asal beliau.

Cukuplah perbuatan si Kitol dahulu. Jangan disebabkan DS Rosmah, UMNO menjadi mangsa di PRU13 nanti. Sekali lagi aku nak tegaskan, DS Rosmah perlu berundur. - malaysiaheaven.blogspot.com

Selasa, 26 Oktober 2010

FINAL PIALA MALAYSIA : FAM BERTINDAK BIJAK

Photobucket


Perlawanan Akhir : 30/10/10 (Sabtu), Masa : 8.45 Malam
Tempat : Stadium Nasional Bukit Jalil Kuala Lumpur

TAHNIAH FAM !! KERANA BERTINDAK BIJAK MENANGGUHKAN DULU HUKUMAN DISIPLIN KEATAS JURULATIH BOLASEPAK KELANTAN B.SATHIANATHAN.

PEMINAT-PEMINAT BOLASEPAK KELANTAN TENTU GEMBIRA DENGAN KEPUTUSAN TERBARU FAM INI.

ADALAH TIDAK ADIL KEPADA PASUKAN KELANTAN, SEKIRANYA FAM MENGHUKUM SATHIANATHAN TATKALA TENAGANYA SANGAT DIPERLUKAN DIDALAM PERLAWANAN AKHIR NANTI.

SELURUH PEMINAT BOLASEPAK MAHU MELIHAT PERLAWANAN AKHIR BOLASEPAK YANG MENARIK, RANCAK, BERKUALITI, SEIMBANG, ADIL DAN PENUH SEMANGAT KESUKANAN!!.

KETIADAAN JURULATIH DALAM SESUATU PERTANDINGAN TERUTAMA YANG MELIBATKAN PERLAWANAN AKHIR SUDAH PASTI MENJEJASKAN RENTAK, KUALITI DAN STRATEGI PASUKAN YANG BERKENAAN!!.

MAHUKAH PEMINAT MELIHAT PERLAWANAN YANG TIDAK BERKUALITI DAN BERAT SEBELAH?

TAHNIAH SEKALI LAGI KEPADA FAM!!

Oleh : rahimothman

Ahad, 24 Oktober 2010

BILA MENTERI DAN MUFTI NAK KOMEN?

Photobucket

Kehangatan isu Festival Busana Muslim yang diadakan di Monte Carlo pada 9 Ogos 2010 yang lalu kini semakin hangat diperkatakan. Disana sini badan-badan politik dan badan bukan kerajaan /NGO telah pun membuat demonstrasi aman sebagai tanda menyatakan bantahan.

Semua ini berpunca dari tindakan keterlaluan Datin Seri Rosmah Mansor Isteri Perdana Menteri. Beliau seolah-olah terlalu ghairah untuk menonjolkan sesuatu,.. ingin mencari nama barangkali. Oleh kerana beliau isteri Perdana Menteri, maka dengan begitu mudah beliau bersetuju menjadi Penaung Festival tanpa mengkaji sedalam-dalamnya disebalik kemungkinan-kemungkinan yang tidak diduga. Sekarang nasi sudah menjadi bubur!!.. Terlajak perahu boleh undur, terlajak perbuatan tanggunglah badan.

Saya ingin menarik perhatian komen seorang imam muda UMNO… “Rosmah tak boleh buat apa-apa kerana beliau hanya sebagai Penaung !!” katanya. Takkanlah Rosmah tak mahu ambil tahu apa peranan panaung ! Sepatutnya ambil tahulah! apa tanggung jawab! Apa dan bagaimana bentuk persembahan dalam festival itu!! Bodoh sangatkah isteri Perdana Menteri kita?

Dato’ Seri Najib sebagai seorang suami dan sebagai seorang Perdana Menteri sepatutnya lebih peka dalam hal ini! Lebih-lebih lagi beliau turut hadir sama semasa festival berlangsung. Bukan mengambil sikap dua kali lima!!..

Malaysia kononnya sebuah Negara Islam! dan Perdana Menterinya seorang Islam ! Maka amatlah malu dan malang sekali kerana maruah Islam dibiarkan tercemar. Sebagai pemimpin yang bertanggung, dan sebagai penebus keterlanjuiran ini, Najib seharusnya meminta isterinya memohon maaf kepada seluruh umat Islam di Negara ini!!

Akhir sekali saya nak bertanya… Apa komen Pak Menteri? (Jamil Khir) yang menjaga hal ehwal agama Islam. Kenapa masih diam menikus? Tuan Mufti (Harussani) yang terhangat di pasaran! Kenapa membisu ? Tokoh agama UMNO Dr Mashitah Ibrahim!... kenapa menyepi seribu bahasa, ibarat tikus jatuh keberas!! Sah! Sifat hipokrit dan munafiq orang UMNO masih belum terhakis!!

Oleh kerana orang yang sepatutnya anda tegur ialah isteri seorang Perdana Menteri maka anda harus memilih jalan selamat . Jadilah anda gulungan ulamak yang tidak pekak, tapi bisu ! Teruskan lah !! mengampulah!! Demi periuk nasi!

Oleh : rahimothman

Sabtu, 23 Oktober 2010

NAJIB TAKUT-TAKUTKAN ORANG MELAYU

Photobucket


DALAM PERHIMPUNAN AGONG UMNO 2010 KELMARIN NAJIB BERKATA…UMNO SANGGUP KEHILANGAN NYAWA DEMI MEMPERTAHANKAN PUTRAJAYA. BELIAU SEOLAH-OLAH MEYAKINKAN KEPADA RAKYAT BAHAWA RAMPASAN KUASA AKAN BERLAKU.…WALAUPUN TIDAK MENYEBUT SIAPA YANG AKAN MELAKUKAN RAMPASAN KUASA TERSEBUT TAPI BOLEH DIAGAK… IA DIMAKSUDKAN KEPADA PAKATAN RAKYAT!!

SEKALI LAGI NAJIB CUBA TAKUTKAN ORANG MELAYU,.. SEOLAH-OLAH PAKATAN RAKYAT AKAN MERAMPAS PUTRAJAYA SECARA GANAS ATAU PAKSAAN. SEDANGKAN RAKYAT TAHU SEMUA PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT TERDIRI DARI KALANGAN CENDIAKAWAN ATAU CERDIK PANDAI YANG BERSIH JIWA DAN SEMANGAT PERJUANGANNYA SEBAGAIMANA TERBUKTI DI EMPAT NEGERI YANG DIPERINTAH OLEH PAKATAN RAKYAT KETIKA INI!!

SUDAH PASTI PENGAMBILALIHAN PUTRAJAYA DILAKUKAN SECARA TERHORMAT IAITU MELALUI DEMOKRASI PILIHANRAYA DAN KERTAS UNDI. TAK USAHLAH NAJIB NAK MEMPERBODOH DAN MENAKUT-NAKUTKAN RAKYAT TERUTAMA ORANG MELAYU!!

KEPADA SELURUH RAKYAT MALAYSIA ! PENULIS UCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT PILIHANRAYA UMUM KE-13 DAN SELAMAT MENGUNDI!! WALAUPUN NAMPAK MACAM JAUH LAGI TETAPI SEBENARNYA DAH DEKAT DAH!!
PERCAYALAH!! PILIHANRAYA UMUM KE-13 AKAN DIADAKAN LEBIH AWAL DARI TAHUN 2013

Oleh : rahimothman

Jumaat, 22 Oktober 2010

ROSMAH MANSOR GADAI MARUAH ISLAM ?

Photobucket

Tindakan Datin Seri Rosmah Mansor selaku Penaung Penganjur Festival Busana Muslim di Monte Carlo baru-baru ini secara amnya dilihat bagus, tetapi malang seribu kali malang ... Fesyen Busana Muslim yang hendak ditonjolkan terbabas dan menyimpang jauh dari yang sepatutnya. Sekadar berpakaian labuh tetapi terdedah disana sini, apakah itu ciri-ciri pakaian seorang wanita muslim?

Jelas sekali Rosmah selaku Penaung dan Penganjur telah membelakangkan syariat Islam dan dalam masa yang sama menghina Rasullullah SAW.
Amat tidak wajar perkataan Muhammad dalam bahasa Arab telah di peragakan dengan sewenang-wenangnya ditubuh badan wanita yang boleh dikatakan suku bogel itu.

Adakah Rosmah terlalu jahil sehingga perkara begini boleh berlaku?. Kalau pun beliau jahil, tidakkah beliau mahu merujuk kepada mana-mana imam muda UMNO yang dikatakan hebat itu? Atau pun bertanya kepada Jamil Khir menteri yang bertanggungjawab dalam hal-ehwal agama?

Nampaknya Datin Seri Rosmah isteri Perdana Menteri telah menunjukkan sikap berani dan melampaunya yang amat keterlaluan !! ...... Inikah Malaysia negara Islam? seperti yang dilaung-laungkan oleh UMNO dan Najib selama ini? Jauh sekali !! Bertaubatlah Datin ! sebelum tersesat lebih jauh !

Penulis amat mengalu-ngalu dan menyokong Dewan Pemuda PAS dan lain-lain NGO yang hendak mengadakan himpunan aman pada 22/10/10 Jumaat ini sebagai tanda membantah Festival Busana Muslim tersebut. Mari kita turun beramai-ramai sebagai menunjukkan tanda protes!!

Oleh : rahimothman

Khamis, 21 Oktober 2010

KENAPA MAHATHIR TAK MAHU DIAM!! ? selepas bersara.

Photobucket


Melihatkan pendirian dan gelagat Mantan Perdana Menteri semenjak dua menjak ini, tak mustahil beliau ada udang disebalik batu. Barangkali apa yang nak saya paparkan di bawah ini tentang kenapa Mahathir seolah-olah hendak aktif semula ada kebenarannya!!... Ini antara sebab-sebabnya…….
1. Kerana Mahathir masih mempunyai sikap tamak untuk terus berkuasa.
2. Kerana Mahathir berpendapat, hanya dia saja yang pandai memerintah
3. Kerana Mahathir merasa dirinya tidak selamat jika PKR memerintah
4. Kerana Mahathir menyangka dia masih muda dan kuat. Dia baru 22 tahun memerintah sedangkan Taib Mahmud hampir 30 tahun. Mahathir rasa dia masih mampu menjadi Perdana Menteri semula atau setidak-tidaknya menjadi seorang Penasihat yang berkongsi kuasa dengan Perdana Menteri.
5. Kerana Mahathir tak mahu dasar Islam dibawa masuk oleh PAS kedalam kerajaan Persekutuan
6. Kerana Mahathir nak pastikan kekayaan kroni dan anak-anaknya terselamat, tidak diganggu gugat.

PAS bermaksud Parti Islam SeMalaysia. Kalau PAS sebagai sebuah parti Islam apabila bercakap sesuatu tidak berlandaskan Islam, maka tak adalah beza dengan UMNO. Nampaknya sampai kiamat pun Mahathir akan berseteru dengan PAS kerana PAS sentiasa bercakap berlandaskan Islam, bukan berlandaskan Melayu atau UMNO!!

Jadi kalau PAS buat protes kerana ada orang Melayu beragama Islam tak sembahyang atau tak berpuasa, sedangkan orang Islam dilarang meninggalkan sembahyang atau berpuasa Ramadhan, maka apakah Mahathir juga akan berkata protes PAS itu bukan kerana Islam tetapi kerana politik!

Kalau PAS menganjurkan sembahyang hajat semoga Allah melindungi rakyat dari dihancurkan oleh pemerintah yang zalim itu pun Mahathir akan kata kerana politik, bukan kerana Islam (Allah). Sedangkan sembahyang hajat itu adalah selari dengan ajaran Islam.

Kalau orang PAS berdoa minta Allah beri hidayah supaya ramai bukan Islam memeluk Islam pun – Mahathir pasti akan berkata ia kerana politik, bukan kerana Islam. Kalau semua perbuatan orang-orang PAS termasuk yang menyentuh hal-hal agama dipandang salah oleh Mahathir, maka marilah kita berdoa semoga Allah percepatkan proses pereputan manusia yang bernama Mahathir termasuk UMNO nya sekali!!

Oleh : rahimothman

Selasa, 19 Oktober 2010

NAJIB PURA-PURA BUAT BODOH

HEBAHKAN JASA DAN BUDI KERAJAAN BN, kata Najib.
Photobucket

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sudah sampai masanya BN memberitahu rakyat akan jasa dan budi yang dilakukan parti pemerintah itu selama ini untuk mensejahterakan kehidupan mereka.

Penulis nak bertanya,... Adakah Najib berpura-pura buat bodoh atau beliau memang seorang yang bengap lagi dungu. Hakikat sebenarnya sejak dari dulu kini dan selamanya Kerajaan BN memang sentiasa mengiklankan apa saja projek yang hendak dilaksanakannya. Mengapa pula hari ini beliau berkata seolah-olah kerajaan BN tidak pernah menghighlightkan projek-projek mereka?. Sudah terang lagi nyata ! dan tak terkira betapa banyaknya papantanda-papantanda yang mengiklankan projek kerajaan BN di seluruh negara !. Tak usahlah Najib hendak memperbodohkan rakyat. Rakyat Malaysia celik huruf! Boleh membaca! Rakyat yang buta huruf rasanya dah tak ada lagi, dah pupus.

Mari kita lihat beberapa contoh papan iklan yang melibatkan projek-projek kerajaan UMNOBN...... Najib seharusnya merasa malu kerana apa yang beliau cakap telah menelanjangkan kebodohan diri beliau sendiri.

Photobucket

Sepatutnya Najib mengajak semua ahli-ahli UMNO tak kira pemimpin atau bukan pemimpin hebahkan kepada seluruh rakyat segala kesilapan, segala kedurjanaan segala kemungkaran yang telah mereka lakukan selama ini. Hebahkan kepada rakyat bahawa kerajaan UMNOBN sudah bertaubat ! mengaku kesilapan. Kerajaan UMNOBN mahu berubah ! Mahu mengubah dasar perjuangan kepada Islam.

Kalau UMNO mahu membuang fahaman Assobbiahnya dan berpegang kepada Islam, maka kerjasama dan persefahaman dengan PAS dan PKR tak ada masalah. Parti Cina dan India akan lebih mudah untuk turut bersatu di bawah payung besar yang dipegang oleh parti terbesar Melayu. Kalau ini berlaku Malaysia akan menjadi sebuah negara maju yang berteraskan Islam. Rakyat akan menikmati hidup yang lebih harmoni, aman dan damai !

Oleh : rahimothman

Isnin, 18 Oktober 2010

KEHEBATAN NAJIB!!?

Photobucket

Sebagai penilaian umum, mari kita renungkan beberapa kehebatan Dato’ Najib Tun Razak …. setelah menjadi perdana menteri kira-kira dua tahun yang lalu…. Antara kejayaan beliau,..

1. Berjaya mengetuai sekumpulan lanun UMNO memancing tiga ADUN di Perak. Selepas puas memancing akhirnya mereka memasang jerat dan berjaya memerangkap 3 ADUN tersebut. Ketiga-tiga ADUN akhirnya melompat dari PR, kini menyokong BN. Ini satu kejayaan besar UMNO BN yang sangat dibenci oleh rakyat Perak!!

2. Dengan memiliki kuasa dan sedikit pengaruh istana terutama semasa di Pahang, Najib berjaya mempengaruhi Sultan Perak. Akhirnya kerajaan Perak berjaya dirogol dan dirompak . Mereka berjaya merampas kuasa kerajaan negeri Perak dengan cara yang cukup ganas sebagaimana yang berlaku ketika dalam sidang dewan negeri satu ketika dulu. Awas PR !!. Najib sedang berusaha untuk mencipta satu lagi kejayaan iaitu merampas kerajaan Selangor negeri termaju di Malaysia.

3. Berjaya menyelamatkan dirinya serta orang kuatnya Razak Baginda daripada tuduhan membunuh Altantuya Syariibuu wanita warga Mongolia yang tidak berdosa.

4. Berjaya mencipta slogan hampehh untuk kerajaan pimpinannya iaitu,.. 1 Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Tetapi hakikat sebenarnya rakyat sangat menyampah kerana cakap tak serupa bikin. Apa yang tertulis dan diucap bertentangan dengan apa yang berlaku. Sesama ahli UMNO bertelagah, sesama parti gabungan bersengketa!! Keselesaan hidup, dan hak–hak keperluan utama rakyat tidak didahulukan sebagaimana dalam slogan!

5. Berjaya memuaskan kehendak-kehendak sang isteri dibelakang tabir, terutama tentang sesuatu projek atau program. Rakyat sangat BERBANGGA ! kerana PM mempunyai seorang isteri yang bersikap lebih senduk dari mangkok.

6. Berjaya meletakkan darjat isteri tersayang sebagai first lady yang sepatutnya gelaran tersebut hanya dipunyai oleh Raja Permaisuri Agong.

7. Berjaya menggembirakan beberapa kerat JKKK/JKKKP. Imam-imam dan guru KAFA tanpa mempedulikan rakyat terramai yang tinggal dikampong-kampong. Mereka tak dapat apa-apa manafaat pun dari bajet 2011 yang dibentang oleh Najib Jumaat lalu.

8. Berjaya menghampakan 1.2 juta penjawat awam yang mengharapkan dua bulan bonus. Setelah dua tahun tak dapat tuah bonus untuk membantu keluarga, usahkan mengharap dua bulan, setengah bulan pun jauh panggang!! Kesian penjawat awam!!

9. Berjaya mencipta rekod !! Kelima-lima PM sebelumnya belum pernah mengadakan Pilihanraya Kecil sebanyak 13 kali, tetapi diera Najib beliau berjaya melaksanakannya.. (tapi 80% tewas)

10.Akhir sekali Najib berjaya memecah rekod Mahathir kerana mengikut bajet 2011 beliau ingin membina projek bersepadu berharga RM5 bilion, yang akan mewujudkan menara tertinggi - 100 tingkat mengatasi KLCC yang hanya 88 tingkat. Apa komen Madey agaknya ya!! …… (Hey!! Celaka lu! Mau lawan tokey ka?)

Oleh ; rahimothman

Jumaat, 15 Oktober 2010

BELANJAWAN 2011 TAK DAPAT TUTUP KEBUSUKAN KERAJAAN BN

Photobucket

Betapa cantik pun Belanjawan 2011, keburukan kerajaan BN belum dapat dibersihkan! Hilangnya kepercayaan rakyat belum dapat dipulihkan. Sama ada ini benar-benar belanjawan 2011 atau belanjawan pilihanraya kecil DUN Galas dan Batu Sapi, sama-sama kita tunggu dan lihat !!..
Sekali rakyat ditipu, sepuluh kali mereka tak akan percaya. Puluhan kali rakyat ditipu ratusan kali mereka tak percaya!!

1. Rakyat masih ingat bagaimana pembangkang berjaya mendedahkan rahsia kerajaan menggunakan perkhidmatan syarikat APCO tali barut yahudi. Kerajaan bazirkan wang yang begitu besar semata-mata hendak mendapatkan khidmat nasihat dan perunding imej, padahal yahudi terang-terangan menentang Islam. Akhirnya kerajaan UMNOBN terpaksa mengaku dengan rasa bongkak dan seribu alasan!

2. Masih segar dalam ingatan rakyat seorang menteri kabinet bergelar TUN terlibat dengan penyelewengan dalam kes PKFZ. Ini juga melibatkan sejumlah wang yang amat besar iaitu
billion billion ringgit. Dasar kerajaan BN membiarkan kroni mengaut kuntungan dengan cara rasuah dan menipu amat jelas setelah terbukti ia melibatkan ramai lagi pemimpin BN.Kita pun kurang yakin apakah kerajaan BN benar-benar mahu mengheret mereka yang terlibat kemuka pengadilan

3. Satu lagi kes besar yang tidak mudah padam dalam ingatan rakyat ialah pembunuhan kejam warga Mongolia Altantantuya Shariibuu. Pembunuhan kejam ini melibatkan pemimpin kerajaan dan ia berhubungkait dengan pembelian kapal selam yang dilakukan secara bawah meja. Kes melibatkan ratusan billion ringgit. Untuk menyelamatkan orang penting dalam kerajaan, maka dua anggota polis dikambing hitamkan. Bersihkan kerajaan BN?

Kerajaan boleh menggula-gulakan rakyat dengan belanjawan 2011 ini, tetapi kerajaan tak boleh memperbodohkan rakyat yang semakin cerdik! Jangan ingat rakyat boleh melupakan kebobrokan kerajaan BN selama ini!! Mari kita tumbangkan kerajaan UMNO BN melalui peti undi..

Oleh : rahimothman 8/2010

Selasa, 12 Oktober 2010

MALAYSIA CACAMARBA, TUNGGANG TERBALIK, RAKYAT HILANG KEPERCAYAAN harapkan pagar, pagar makan padi

Photobucket

DALAM PENTADBIRAN KERAJAAN BN, SUDAH TIDAK ADA LAGI YANG KELIHATAN BERSIH DAN IKHLAS..
BERSIH CEKAP AMANAH YANG DIPOPULARKAN DR.MAHATHIR SATU KETIKA DULU SUDAH LAMA MATI TAK BERKUBUR..

KESEJAHTERAAN DAN KEADILAN, SUDAH TERLALU JAUH DARI HARAPAN , MALAH UNTUK MENJAMIN KESELAMATAN DIRI, BARANGKALI RAKYAT MALAYSIA TERPAKSA MENYEDIAKAN PENGAWAL KESELAMATAN UNTUK DIRI SENDIRI.

KEMEGAHAN NAMA MALAYSIA SATU KETIKA DULU, KINI CUKUP TERJEJAS, MALUNYA KITA DIMATA DUNIA. HIDUP RAKYAT TELAH DI BELENGGU RASA CEMAS, TIDAK AMAN DAN TIDAK SELAMAT. Berikut adalah diantara penyebab-penyebab nya,,….

1. Berita paling baru, seorang Majistret muda dihukuman penjara 6 tahun dan denda RM40,000 kerana terlibat dalam dua kes rasuah. Kalau seorang Majistret yang amat di segani sanggup membuat kerja kotor begini, apa lagi yang dapat diharap oleh rakyat dalam menegakkan undang-undang dan menuntut keadilan?

2. Baru-baru ini satu lagi pendedahan telah dibuat, dimana beberapa orang kakitangan Jabatan Imigresen (merujuk kes di Pulau Ketam) terlibat dalam kes penyeludupan warga asing kedalam Negara. Difahamkan setiap bulan mereka mendapat wang sogokan yang begitu besar dari sindiket terbabit. Nampaknya lambakan warga asing makin menjadi-jadi angkara permainan pihak Imigresen sendiri !! Ini sangat-sangat mengecewakan !

3. PDRM juga tidak lari dari rasuah dan salahguna kuasa. Harapkan pagar, pagar makan padi, Yang menghairankan dalam kes terbaru,..bagaimana 40 kilogram dadah daripada 753,539 kilogram yang dirampas oleh pihak polis, telah dicuri oleh 10 orang anggota polis sendiri!! Tentu ada tujuan dan maksud tersembunyi disebalik kecurangan 10 pegawai polis terbabit !! Terselamatkah jenerasi muda kita dari najis dadah jika polis sendiri bersubahat menjual dadah?

4. Polis seolah-olah sudah bermaharajalela, ghairah menembak orang awam, Sudah banyak kes dilaporkan, termasuk menembak mati seorang kanak-kanak. Yang amat menyedihkan rakyat Malaysia terutama keluarga mangsa, PDRM masih mahu menegakkan benang basah dan tidak mahu mengaku kesilapan. Malang sekali mangsa tidak dapat pembelaan.

5. Jenayah atau jenayah kejam sudah jadi perkara biasa di Malaysia. Terbaru,.. pembunuhan kejam Dato’ Sosilawati dan tiga rakan. Sebelum itu seorang ahli perniagaan dari India dipercayaai juga dibunuh kejam diikuti pula dan seorang usahawan Melayu dari Kedah. Dan kini terbaru seorang lagi ahli perniagaan berbangsa India hilang. Semuanya disyaki hilang dan dibunuh dengan kejam oleh suspek utama pembunuhan Dato’ Sosilawati.

6. Jawatan peguam yang selama ini kita sanjung telah banyak tercemar!! Peguam, seolah-olah kebal dari sebarang dakwaan atau undang-undang. Hari ini segelintir peguam sudah naik tocang, ada yang menyalahguna kuasa dan terlibat dalam kes jenayah termasuk jenayah komersial.Rakyat sudah mula merasa curiga dan takut.

7. Pembelian gelaran Dato’ palsu rupa-rupanya sudah lama berlaku, dan pihak berwajib tak ambil pusing sangat perkara ini. Boleh jadi ia melibatkan pihak tertentu, kerana pihak berwajib dilihat macam sengaja memejamkan mata. Maka gelaran Dato’ telah melindungi kerja-kerja jenayah mereka seperti dalam kes pembunuhan Dato’ Sosilawati dan yang lain-lain.

8. Ramai menteri yang terlibat dengan rasuah, termasuk yang bergelar Tun. Seringkali menteri yang terlibat akan terlepas dari dakwaan atau hukuman.
Kalau rakyat biasa,.. tanggunglah nasib badan! Mana ada keadilan?

9. Dunia turut tidak mempercayai lagi mahkamah dan sistem kehakiman Malaysia! Banyak kes dimahkamah kelihatan bias dan mahkamah boleh mengatur keputusan mengikut kehendak pihak atasan atau konspirator. Contoh paling ketara – kes fitnah liwat DS Anuar. Kalau seorang bekas perdana menteri diperlakukan begitu apatah lagi kalau kita rakyat biasa!! Dimana keluhuran perlembagaan? Dimana kedaulatan Undang-undang?

10.Cakap-cakap berbau perkauman dan hasutan sudah menjadi-jadi terutama dari kalangan Melayu UMNO. Rakyat yang sentiasa cintakan perpaduan sememangnya tidak mahu peristiwa 13 Mei berulang kembali, tetapi UMNO seolah-olah sengaja mahu peristiwa 13 Mei berlaku lagi agar mereka dapat kesempatan mengambil kuasa semula!!

11.Sekolah sebagai institusi pendidikan, sepatutnya bersungguh-sungguh memupuk semangat perpaduan, tapi harapkan pagar, pagar makan padi.Ini terbukti seperti yang dilapor terdapat dua kes dimana pengetua memarahi pelajar-pelajarnya dalam nada perkauman sehingga menimbul isu! Tidak mustahil, mungkin ada banyak lagi kes sebegini tetapi tidak dilaporkan.

12.UMNO, khasnya UMNO Pulau Pinang telah mencipta rekod, kerana sejak 53 tahun memerintah ini lah pertama kali UMNO bersuara menentang judi/ hasil judi, sedangkan sebelum ini kerajaan BN sendiri telah bergelumang dengan judi….…kata dulang paku serpih, mengata orang aku yang lebih! Nampaknya UMNO beria-ia hendak mengeliru dan memperbodoh umat Islam!... Malunya kita bila dipandang oleh orang bukan Islam.

13.Ulamak-ulamak kerajaan atau ulamak UMNO sepatutnya bersuara dalam menegakkan hukum Allah. Apabila timbul isu-isu yang melibatkan agama Islam, berhujjahlah berlandaskan Al Quran, bukan berlandaskan politik sempit pemerintah atau pemimpin UMNO. Hakikat yang berlaku hari ini apabila kemungkaran dilakukan pemerintah, ulamak tidak berani menegur, malah membisu mendiamkan diri.

14. Peranan Jabatan Agama Islam negeri terutamanya JAIS bercelaru. Mereka bertindak double standard apabila menetapkan sesuatu hukum atau peraturan.. Contoh – Wakil Rakyat bukan Islam dari BN boleh masuk masjid, wakil rakyat bukan Islam dari PR tidak boleh!! Nampak sangat bahawa keadilan telah dinafikan dan hukum Islam dipermainkan.

Oleh : rahimothman




Oleh : rahimothman

Sabtu, 9 Oktober 2010

DULU RELA ! SEKARANG PAKSA! Saya dipaksa … bukak… Oop! maaf!..

(…bukan dipaksa buka seluar..tapi dipaksa kaitkan nama Najib dan Rosmah !.)
Ceh! Binawe !! sial punya Mamat sekor ni!... Dulu rela! Sekarang paksa pulak!.. Hoi pelesit! Berapa banyak habuan yang kau dapat ?)

Photobucket

MARI KITA IMBAU KEMBALI SATU KETIKA DULU SELEPAS YB ZUL KULIM (lompat si katak lompat) DIPECAT DARI PARTI PKR!. DAN DISARANKAN MELETAK JAWATAN, TAPI BELIAU TAK MAHU, TAKUT HILANG ELAUN.

BELIAU KEMUDIANNYA MENJADI AHLI PARLEMAN BEBAS DAN MENGISTIHARKAN DIRINYA MENYOKONG NAJIB! MEMANG ITULAH PERANCANGAN SI ZUL HARPAK INI SEBAGAIMANA YANG DIRANCANG OLEH PUAK YANG SATU LAGI TU !!

DAN,..WAKTU ITU LAH BELIAU MENGGUNAKAN KEBEBASANNYA MEMBURUK-BURUKKAN DS ANUAR DAN PKR…. KENYATAANNYA YANG MENJADI PERHATIAN UMUM KETIKA ITU IALAH…. “SEMASA DALAM PKR SAYA TELAH DIPAKSA MENGAITKAN NAMA NAJIB DAN ROSMAH MANSOR DALAM KES LIWAT DS ANUAR IBRAHIM”

HARI INI,.. RAHIMI BERCAKAP BENDA YANG SAMA ! MASA DAN KETIKANYA TEPAT SEKALI, WAKTU NAK PILIHANRAYA (DUN GALAS) TENTULAH BESAR REZEKINYA! MAKA BERLAKUNLAH SI RAHIMI INI MENGIKUT ARAHAN PENGARAHNYA,,..

LAPORAN POLIS PUN DIBUAT ,,.. KONON AKUAN BERSUMPAHNYA YANG MENGAITKAN NAJIB DAN ROSMAH DALAM KES LIWAT ANUAR, YANG DIBUAT NYA DUA TAHUN DULU ITU TIDAK BETUL,… KERANA BELIAU TELAH DIPAKSA OLEH ORANG-ORANG ANUAR SUPAYA NAMA NAJIB ROSMAH DIKAITKAN!

WAH!! SUDAH BEGITU LAMA !.. DUA TAHUN LEBIH!!. BARU SEKARANG NAK BUAT PENAFIAN! KENAPA YE? … TENTU ADA APA-APA! KALAU TIDAK MASAKAN TEMPUA BERSARANG RENDAH! KALAU ADA PELUANG MEREKA TAK LEPAS. MEREKA PASTI MENEKAN. WANG DAN GANJARAN TAK ADA MASAALAH, MEREKA DIPIHAK KERAJAAN. BILA-BILA-MASA PASTI ADA HANTU RAYA YANG SANGGUP SPONSER
Wang punya hal ! manusia sanggup buat apa saja !

Oleh : rahimothman

Jumaat, 8 Oktober 2010

JANGAN HANCURKAN IMPIAN PAKATAN RAKYAT!. Syarat untuk menawan Putrajaya,,..

Photobucket


Proses pemilihan kepimpinan parti merupakan satu kewajipan. Sebagai amalan dan tuntutan demokrasi, mahu tidak mahu, suka atau tidak ia pasti berlaku!. Ini yang sedang dihadapi oleh PKR ketika ini, tetapi harus dingat! bahawa persaingan dalam pertandingan jangan sampai meretak semangat ukhwah dalam PKR sendiri dan parti-parti gabungan.Jauhi tindakan negatif yang boleh menjejas impian ke Putrajaya!!.

DI BAWAH INI SAYA PAPARKAN SEDIKIT PANDANGAN ATAU TEGURAN BUAT AHLI-AHLI PARTI TERUTAMA YANG AKAN BERTANDING……

1. Semua ahli-ahli PKR sama ada yang berjawatan atau tidak, sama ada pemimpin besar atau pemimpin kecil perlu sedar dan insaf !. Perlu jujur dan bertanggung jawab, perlu ikhlas dalam perjuangan. Jangan lupa walau sesaat pun ikrar dan sumpah keramat. Jangan lunturkan semangat refomasi yang telah dinyala sekian lama. Jangan lupa prinsip dan matlamat penubuhan parti !. Jangan lupa arahtuju perjuangan parti.

Satu dunia sudah tahu tujuan penubuhan PKR ialah untuk menegakkan keadilan sejagat, menghapus kezaliman ! dan menguburkan amalan rasuah. Matlamat ini telah dipersetujui dan disepakati bersama oleh PAS dan DAP.

2. Kerjasama erat Pakatan Rakyat selama ini amat menggerunkan BN. Hasrat murni untuk membela rakyat dan menegakkan keadilan sangat dinanti-nanti oleh seluruh rakyat Malaysia. Impian ke Putrajaya, dan meroboh kerajaan BN yang zalim lagi pincang kian hampir menjadi kenyataan. Tetapi dengan satu syarat !! iaitu ..kekalkan keutuhan, persefahaman dan perpaduan dalam parti masing-masing yang sudah terbina.Kalau tidak peluang yang sudah berada didepan mata ini akan terlepas begitu sahaja !

3. Dalam menawarkan diri untuk bertanding,.. Bertandinglah secara sihat, secara jujur dan secara anak jantan. Tunjukkan jatidiri dan keupayaan diri sendiri!. Tak usah perlekeh orang lain! Tak usah komen atau kondem calun yang lain.
Ibarat kalau memandu kereta, pandulah dengan berhemah, ikut peraturan jalanraya! Setiap pemandu fokus kepada kereta sendiri dan kereta dihadapan saja. Kalau semua pemandu mengambil sikap begini, insyaAlah semuanya selamat. Pergeseran dan kemalangan tidak akan berlaku!!

4. Jangan sekali-kali mengamalkan politik wang atau apa-apa sogokan! Begitu juga amalan membuat fitnah, Jauhkan!, kalau boleh kuburkan terus amalan yang tidak bermaruah itu! Belajarlah dari kesilapan !!. UMNO dah buat semua kerja-kerja kotor itu dan kesannya satu dunia sudah dah tahu !. amat buruk sekali ! Umno kian runtuh !!.

5. Dalam soal menawar diri untuk merebut jawatan, setiap calun mesti ada peminat dan penyokong,,.. itu hakikat! . Siapa yang dapat undi paling tinggi, maka dialah berhak. Yang tak terpilih tak perlu kecil hati! Terima lah hakikat adat bertanding mesti ada yang menang. Saya rasa tidak perlu ada istilah tewas dalam perebutan jawatan. Semua yang menawar diri itu harus dianggap pemenang.

Jadikan pepatah Melayu ini sebagai pegangan…”Sepuluh sampan lalu, kiambang bertaut juga” dan seharusnya semua ahli terus bersatu dan berpadu semula. Tanggung jawab kepada parti mesti dipikul bersama

Kalau masih teringin melakukan kerja-kerja kotor dan munafiq, alangkah malangnya PKR. Maka tak adalah bezanya dengan UMNO,…sia-sia menjadi ahli PKR!!

Oleh : rahimothman

Khamis, 7 Oktober 2010

BIJAK TAPI BODOH!! SI BACUL YANG MUNAFIQ !!

CUKUP MUDAH !! CARI REZEKI TAK HALAL SAAT-SAAT NAK PILIHANRAYA!!

Photobucket

Setelah dua tahun lebih kes fitnah liwat DS Anuar berlalu tiba-tiba muncul si BACUL ini. Wah dasyat kau ya!! Memang kau bijak !! Selama ini rupa-rupanya kau menunggu-nunggu peluang dan tawaran.

Kini tepat pada masanya ! pilihanraya kecil DUN Galas dah tiba, maka kau pun tak melepaskan peluang nak jadi cepat kaya. Lalu kau pun buatlah laporan polis, kononnya akuan bersumpah yang kau buat dulu tak betul, silap, dipaksa dan entah apa lagi alasan kau !! Semuanya ini bertujuan untuk menjatuhkan DS Anuar, PKR dan Pakatan Rakyat ! Betul tak??.. mustahil kau mengatakan tidak!

Soalan penulis kepada si Bacul ni…
1. Siapa orang UMNO yang suruh kau buat kerja ini ?
2. Berapa banyak habuan wang tunai yang kau dapat? Ratus ribu ? juta?
3. Atau berapa buah apartment mewah yang kau dapat?
4. Atau setidak-tidaknya kau dapat sebuah Mercedes, siap dengan pemandu. Maklumlah ! hidup kau pun memang tak kurang dengan lagak..

Wahai si Rahimi yang se spesis dengan si Saiful!. Teruskanlah pembohongan kau itu. Berbanggalah kau dengan kerja-kerja munafiq kau itu. Dulu kau marah sangat dengan si Saiful! Tapi sekarang dah terbalik pulak ye!. Bila pula kau nak buat laporan polis yang kau juga telah diliwat oleh Anuar?

Semoga dengan izinnya, Allah akan menghadiahkan sesuatu yang istimewa buat kau Rahimi, lebih-lebih lagi si Saiful.

Oleh : rahimothman

Isnin, 4 Oktober 2010

MALANGNYA WARGA ASING!! Malaysia negara tak selamat?

Photobucket


Allal Kathan Muthuraja (gambar) seorang ahli perniagaan warga India telah datang ke Malaysia pada Januari 2010 yang lalu kerana urusan perniagaan dengan dua orang peguam adik beradik. Tetapi malangnya beliau telah hilang tidak dapat dikesan. Selama 8 bulan isterinya S.Usharani 24 menanti perkhabaran dan jawapan. Alangkah malang, sedih dan sayunya si isteri apabila pada 22/9/10 yang lalu pihak polis Malaysia telah mengesahkan bahawa suaminya telah dibunuh oleh suspek utama yang terlibat dengan pembunuhan Dato’ Sosilawati dan 3 lagi rakan. S.Usharani kini sedang berkerjasama dengan pihak polis untuk mencari dan mendakwa pembunuh suaminya… Walau apa pun hati kecilnya tetap berharap, suaminya masih hidup.

Pada 19 Oktober 2006 seorang wanita warga Mongolia, Altantuya Shariibuu mati dibunuh dan mayatnya telah diletup menggunakan bahan letupan C4 oleh pihak yang tidak bertanggung jawab .Walaupun pembunuhnya sudah di dakwa di Mahkamah, tetapi perjalanan soalsiasat dan urusan pendakwaan telah berlaku dengan tidak telus dan penuh keraguan! . Banyak pihak tidak berpuas hati dengan mahkamah yang mengendalikan perjalanan kes ini, kerana ada sesuatu yang ingin disembunyikan!

Akhirnya pihak pendakwa telah mengkambing hitamkan dua orang pegawai polis, sedangkan perancang utama pembunuhan itu masih bebas. Altantuya ibu kepada seorang anak yang masih kecil dan tak mengerti apa-apa telah menjadi korban pihak yang berkepentingan. Sebagai rakyat Malaysia kita amat malu dengan kejadian ini. Ada tanda-tanda menunjukkan bahawa pemimpin kerajaan BN sendiri telah terlibat!! .. Maka adilkah mahkamah Malaysia?

Kematian Altantuya amat trajis dan memilukan ! masih dikenang dan diratapi oleh banyak pihak, lebih-lebih lagi keluarga Altantuya sendiri. Bapa mendiang Altantuya Dr.Shariibuu, yang masih tak dapat melupakan kehilangan anak tersayangnya masih mengharap sesuatu keajaiban, agar kematian anaknya mendapat pembelaan yang seadil-adilnya. Tetapi mahukah mahkamah Malaysia menegakkan keadilan untuk rakyat asing? Sedangkan untuk rakyat Malaysia sendiripun kadang-kadang
Mahkamah bersikap senget sebelah!

Mari kita memusingkan sedikit cerita ini……
Andaikatalah ada rakyat Malaysia telah dibunuh dengan kejam diluar negara, sebagaimana kes Altantuya dan kes Muthuraja,.. apakah kita sebagai rakyat Malaysia hanya akan berkata. ooo kasihannya !! kejamnya!! Lalu kita pun mengutuk kerajaan negara tersebut! Itu sajakah?

Apakah kerajaan Malaysia pula akan berkata …ooo kita amat bersimpati ! , tapi kita tak boleh buat apa-apa!. Kita tidak boleh mencampuri urusan negara lain!!
Itu sajakah?

Kalau negara tersebut, nyata telah menyelewengkan fakta dan berlaku tidak adil
terhadap rakyat kita,!.. adakah kita masih berdiam diri dan boleh tidur nyenyak? Fikir-fikirkan lah!
Begitulah juga dengan kes Altantuya dimana beliau telah dizalimi! Allah maha mengetahui! dan Allah juga benci pada kezaliman ! Lalu Allah juga tidak lupa memberi peringatan ! Tunggulah pembalasan dari Allah sama ada didunia atau akhirat!!

Kesan dari peristiwa-peristiwa di atas telah memburukkan imej negara. Pelancong pasti ada rasa curiga dan takut untuk datang ke Malaysia.Tidak salah kalau ada orang berkata Malaysia adalah negara tidak selamat!!

Oleh : rahimothman

Jumaat, 1 Oktober 2010

Photobucket

Kes 1 : Aidil Fitri dicemarkan oleh menteri ini di majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri yang diadakan di Laman Kerayong, Parlimen Bera pada 19 September baru-baru ini. Sambut aidilfitri yang mulia tak sepatutnya dirai dengan persembahan pentas, hiburan yang terlampau, ada pulak tarian-tarian yang meloyakan!, tapi itulah yang berlaku! Habis kemuliaan aidilfitri diperkosanya! Kalau tak faham hukum-hakam agama sepatutnya bertanyalah! Ini tidak! Main rempuh saja! Disinilah telah menunjukkan kedangkalan dan sikap syok sendiri seorang menteri !

Kes 2 : Ini pula petikan komennya berhubung kematian wakil rakyat DUN Galas Gua Musang baru-baru ini. Kenyataan yang keluar dari mulutnya nyata sekali memperlihatkan betapa cetek dan kosongnya kotak pemikiran beliau..
Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis rumah terbuka Aidilfitri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan kelmarin, beliau berkata ramai pengundi di DUN Galas merasa amat kecewa dengan kegagalan pembangkang memenuhi janji manis mereka seperti yang berlaku di Selangor dan Pulau Pinang… Hah! Itu saja ? Hampehh punya komen! tak ada kah komen yang lebih logik dan bernas?

Soalan saya ! Apa yang gagalnya kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor dan Pulau Pinang? Sedangkan banyak perubahan dan pembaharuan telah dibuat melebihi apa yang pernah dibuat oleh kerajaan BN sendiri!? Nyata sekali YB bercakap penuh dengan rasa busuk hati! Tidak mahu melihat hakikat, kenyataan dan realitt sebenarnya.! Kalau YB tak ada point, tak ada idea yang bernas lebih baik YB tak usah bercakap! Lebih baik senyap ! …. Sebagaimana YB senyap bila ramai rakyat bantah cara YB sambut Aidilfitri tempoh hari!!

Kes 3 : Saya masih ingat satu ketika dulu,.. dengan begitu bersemangat dan yakin, YB pernah berkata harga barang tak akan naik,rakyat tak perlu risau!,.. tapi rupa-rupanya belum pun habis YB bercakap, bertalu-talu barang naik harga! Mudah-mudahan rakyat tidaklah sampai terkejut beruk! Kerana rakyat tahu menteri yang bercakap itu seorang yang mudah perasan, bercakap ikut syok sendiri ! Bercakap begitu lunak ikut sedap mulut. Yang menanggung siksa rakyat bawahan!. Menteri nak risau apa?
Pesan saya pada YB, kalau tidak ada idea, tak ada point, atau alasan logik, lebih baik YB senyap. Kalau YB gatal juga nak bercakap, maka yang nampak jelas ialah kecetekan dan kebangangan YB sendiri!

Oleh : rahimothman