Ahad, 24 Oktober 2010

BILA MENTERI DAN MUFTI NAK KOMEN?

Photobucket

Kehangatan isu Festival Busana Muslim yang diadakan di Monte Carlo pada 9 Ogos 2010 yang lalu kini semakin hangat diperkatakan. Disana sini badan-badan politik dan badan bukan kerajaan /NGO telah pun membuat demonstrasi aman sebagai tanda menyatakan bantahan.

Semua ini berpunca dari tindakan keterlaluan Datin Seri Rosmah Mansor Isteri Perdana Menteri. Beliau seolah-olah terlalu ghairah untuk menonjolkan sesuatu,.. ingin mencari nama barangkali. Oleh kerana beliau isteri Perdana Menteri, maka dengan begitu mudah beliau bersetuju menjadi Penaung Festival tanpa mengkaji sedalam-dalamnya disebalik kemungkinan-kemungkinan yang tidak diduga. Sekarang nasi sudah menjadi bubur!!.. Terlajak perahu boleh undur, terlajak perbuatan tanggunglah badan.

Saya ingin menarik perhatian komen seorang imam muda UMNO… “Rosmah tak boleh buat apa-apa kerana beliau hanya sebagai Penaung !!” katanya. Takkanlah Rosmah tak mahu ambil tahu apa peranan panaung ! Sepatutnya ambil tahulah! apa tanggung jawab! Apa dan bagaimana bentuk persembahan dalam festival itu!! Bodoh sangatkah isteri Perdana Menteri kita?

Dato’ Seri Najib sebagai seorang suami dan sebagai seorang Perdana Menteri sepatutnya lebih peka dalam hal ini! Lebih-lebih lagi beliau turut hadir sama semasa festival berlangsung. Bukan mengambil sikap dua kali lima!!..

Malaysia kononnya sebuah Negara Islam! dan Perdana Menterinya seorang Islam ! Maka amatlah malu dan malang sekali kerana maruah Islam dibiarkan tercemar. Sebagai pemimpin yang bertanggung, dan sebagai penebus keterlanjuiran ini, Najib seharusnya meminta isterinya memohon maaf kepada seluruh umat Islam di Negara ini!!

Akhir sekali saya nak bertanya… Apa komen Pak Menteri? (Jamil Khir) yang menjaga hal ehwal agama Islam. Kenapa masih diam menikus? Tuan Mufti (Harussani) yang terhangat di pasaran! Kenapa membisu ? Tokoh agama UMNO Dr Mashitah Ibrahim!... kenapa menyepi seribu bahasa, ibarat tikus jatuh keberas!! Sah! Sifat hipokrit dan munafiq orang UMNO masih belum terhakis!!

Oleh kerana orang yang sepatutnya anda tegur ialah isteri seorang Perdana Menteri maka anda harus memilih jalan selamat . Jadilah anda gulungan ulamak yang tidak pekak, tapi bisu ! Teruskan lah !! mengampulah!! Demi periuk nasi!

Oleh : rahimothman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan