Selasa, 12 Oktober 2010
MALAYSIA CACAMARBA, TUNGGANG TERBALIK, RAKYAT HILANG KEPERCAYAAN harapkan pagar, pagar makan padi
DALAM PENTADBIRAN KERAJAAN BN, SUDAH TIDAK ADA LAGI YANG KELIHATAN BERSIH DAN IKHLAS..
BERSIH CEKAP AMANAH YANG DIPOPULARKAN DR.MAHATHIR SATU KETIKA DULU SUDAH LAMA MATI TAK BERKUBUR..
KESEJAHTERAAN DAN KEADILAN, SUDAH TERLALU JAUH DARI HARAPAN , MALAH UNTUK MENJAMIN KESELAMATAN DIRI, BARANGKALI RAKYAT MALAYSIA TERPAKSA MENYEDIAKAN PENGAWAL KESELAMATAN UNTUK DIRI SENDIRI.
KEMEGAHAN NAMA MALAYSIA SATU KETIKA DULU, KINI CUKUP TERJEJAS, MALUNYA KITA DIMATA DUNIA. HIDUP RAKYAT TELAH DI BELENGGU RASA CEMAS, TIDAK AMAN DAN TIDAK SELAMAT. Berikut adalah diantara penyebab-penyebab nya,,….
1. Berita paling baru, seorang Majistret muda dihukuman penjara 6 tahun dan denda RM40,000 kerana terlibat dalam dua kes rasuah. Kalau seorang Majistret yang amat di segani sanggup membuat kerja kotor begini, apa lagi yang dapat diharap oleh rakyat dalam menegakkan undang-undang dan menuntut keadilan?
2. Baru-baru ini satu lagi pendedahan telah dibuat, dimana beberapa orang kakitangan Jabatan Imigresen (merujuk kes di Pulau Ketam) terlibat dalam kes penyeludupan warga asing kedalam Negara. Difahamkan setiap bulan mereka mendapat wang sogokan yang begitu besar dari sindiket terbabit. Nampaknya lambakan warga asing makin menjadi-jadi angkara permainan pihak Imigresen sendiri !! Ini sangat-sangat mengecewakan !
3. PDRM juga tidak lari dari rasuah dan salahguna kuasa. Harapkan pagar, pagar makan padi, Yang menghairankan dalam kes terbaru,..bagaimana 40 kilogram dadah daripada 753,539 kilogram yang dirampas oleh pihak polis, telah dicuri oleh 10 orang anggota polis sendiri!! Tentu ada tujuan dan maksud tersembunyi disebalik kecurangan 10 pegawai polis terbabit !! Terselamatkah jenerasi muda kita dari najis dadah jika polis sendiri bersubahat menjual dadah?
4. Polis seolah-olah sudah bermaharajalela, ghairah menembak orang awam, Sudah banyak kes dilaporkan, termasuk menembak mati seorang kanak-kanak. Yang amat menyedihkan rakyat Malaysia terutama keluarga mangsa, PDRM masih mahu menegakkan benang basah dan tidak mahu mengaku kesilapan. Malang sekali mangsa tidak dapat pembelaan.
5. Jenayah atau jenayah kejam sudah jadi perkara biasa di Malaysia. Terbaru,.. pembunuhan kejam Dato’ Sosilawati dan tiga rakan. Sebelum itu seorang ahli perniagaan dari India dipercayaai juga dibunuh kejam diikuti pula dan seorang usahawan Melayu dari Kedah. Dan kini terbaru seorang lagi ahli perniagaan berbangsa India hilang. Semuanya disyaki hilang dan dibunuh dengan kejam oleh suspek utama pembunuhan Dato’ Sosilawati.
6. Jawatan peguam yang selama ini kita sanjung telah banyak tercemar!! Peguam, seolah-olah kebal dari sebarang dakwaan atau undang-undang. Hari ini segelintir peguam sudah naik tocang, ada yang menyalahguna kuasa dan terlibat dalam kes jenayah termasuk jenayah komersial.Rakyat sudah mula merasa curiga dan takut.
7. Pembelian gelaran Dato’ palsu rupa-rupanya sudah lama berlaku, dan pihak berwajib tak ambil pusing sangat perkara ini. Boleh jadi ia melibatkan pihak tertentu, kerana pihak berwajib dilihat macam sengaja memejamkan mata. Maka gelaran Dato’ telah melindungi kerja-kerja jenayah mereka seperti dalam kes pembunuhan Dato’ Sosilawati dan yang lain-lain.
8. Ramai menteri yang terlibat dengan rasuah, termasuk yang bergelar Tun. Seringkali menteri yang terlibat akan terlepas dari dakwaan atau hukuman.
Kalau rakyat biasa,.. tanggunglah nasib badan! Mana ada keadilan?
9. Dunia turut tidak mempercayai lagi mahkamah dan sistem kehakiman Malaysia! Banyak kes dimahkamah kelihatan bias dan mahkamah boleh mengatur keputusan mengikut kehendak pihak atasan atau konspirator. Contoh paling ketara – kes fitnah liwat DS Anuar. Kalau seorang bekas perdana menteri diperlakukan begitu apatah lagi kalau kita rakyat biasa!! Dimana keluhuran perlembagaan? Dimana kedaulatan Undang-undang?
10.Cakap-cakap berbau perkauman dan hasutan sudah menjadi-jadi terutama dari kalangan Melayu UMNO. Rakyat yang sentiasa cintakan perpaduan sememangnya tidak mahu peristiwa 13 Mei berulang kembali, tetapi UMNO seolah-olah sengaja mahu peristiwa 13 Mei berlaku lagi agar mereka dapat kesempatan mengambil kuasa semula!!
11.Sekolah sebagai institusi pendidikan, sepatutnya bersungguh-sungguh memupuk semangat perpaduan, tapi harapkan pagar, pagar makan padi.Ini terbukti seperti yang dilapor terdapat dua kes dimana pengetua memarahi pelajar-pelajarnya dalam nada perkauman sehingga menimbul isu! Tidak mustahil, mungkin ada banyak lagi kes sebegini tetapi tidak dilaporkan.
12.UMNO, khasnya UMNO Pulau Pinang telah mencipta rekod, kerana sejak 53 tahun memerintah ini lah pertama kali UMNO bersuara menentang judi/ hasil judi, sedangkan sebelum ini kerajaan BN sendiri telah bergelumang dengan judi….…kata dulang paku serpih, mengata orang aku yang lebih! Nampaknya UMNO beria-ia hendak mengeliru dan memperbodoh umat Islam!... Malunya kita bila dipandang oleh orang bukan Islam.
13.Ulamak-ulamak kerajaan atau ulamak UMNO sepatutnya bersuara dalam menegakkan hukum Allah. Apabila timbul isu-isu yang melibatkan agama Islam, berhujjahlah berlandaskan Al Quran, bukan berlandaskan politik sempit pemerintah atau pemimpin UMNO. Hakikat yang berlaku hari ini apabila kemungkaran dilakukan pemerintah, ulamak tidak berani menegur, malah membisu mendiamkan diri.
14. Peranan Jabatan Agama Islam negeri terutamanya JAIS bercelaru. Mereka bertindak double standard apabila menetapkan sesuatu hukum atau peraturan.. Contoh – Wakil Rakyat bukan Islam dari BN boleh masuk masjid, wakil rakyat bukan Islam dari PR tidak boleh!! Nampak sangat bahawa keadilan telah dinafikan dan hukum Islam dipermainkan.
Oleh : rahimothman
Oleh : rahimothman
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan