Khamis, 28 Oktober 2010
WAJIB LULUS SEJARAH DALAM SPM …. Umno mengenepikan / menafikan pandangan parti-parti gabungan BN, PR dan juga NGO – Konsep perkongsian kuasa hanya palsu ?
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran telah mengumumkan mata pelajaran Sejarah akan dijadikan subjek wajib lulus di peringkat SPM mulai tahun 2013. Beliau berucap sewaktu menggulung perbahasan pada Perhimpunan Agung Umno Ke-61 pada 23/10/10 Sabtu lalu.
Penulis kurang bersetuju dengan pengumuman yang telah dibuat kerana ia dilihat macam terdesak dan tergesa-gesa. Sepatutnya perkara penting ini perlu dibincangkann oleh banyak pihak dan kemudian dibawa ke Kabinet, bukan hanya parti UMNO yang membuat keputusan, terutama perkara yang melibatkan dasar kerajaan!!
Mana dia konsep perkongsian kuasa BN? Parti komponen lain seperti MCA, MIC, dan Gerakan, malah parti-parti pembangkang harus diberi peluang dan ruang untuk membahaskannya. Apakah UMNO merasakan yang parti itu sudah cukup kuat, boleh berdiri sendiri!, sehinggakan peranan parti-parti lain seolah-olah mahu dipinggirkan?.
Pada dasarnya tujuan syarat wajib lulus SPM yang baru ini memang baik. Majoriti rakyat amat mengalu-ngalukan!. Kalau kita perhati sikap pelajar hari ini, antara sebab mereka kurang semangat patriotik dan lemah jatidiri ialah kerana tiadanya atau lemahnya pengkhayatan sejarah. Tak kenal sejarah maka mereka tak kenal diri sendiri, tak kenal keluarga, malah tak kenal sejarah bangsa dan negara !! Hasilnya di kemudian hari lahirlah insan-insan yang penuh sifat keegoan dan bongkak!. sebagaimana yang kelihatan hari ini. Maka tujuan baik dan murni pihak kerajaan wajar sangat di sokong.
Sebelum dasar baru ini dilaksanakan perkara pokok yang perlu dihalusi ialah bidang sukatan pelajaran. Ruang lingkup yang patut dipelajari oleh pelajar mengikut tahap. Kemudian elakkan dari sebarang kecelaruan atau penyimpangan fakta. Dipihak penggubal dasar pula , jangan ada sikap bias yang mungkin memberi keuntungan politik kepada mana-mana pihak.
Masih aku teringat,,...semasa negara kita diperintah orang putih atau warisan orang putih satu ketika dulu.. Buku sejarah dan topik-topik sejarahnya cukup hebat!! Kita disogokkan dengan kisah-kisah kejayaan dan kekuatan orang luar. Kita terleka dan terbuai,, apabila dipaksa mengenali kisah Fardinand Magellan, Sir Francis Drake, Napoleon Bonaparte dan entah apa lagi!!
SEJARAH DAN KEHIDUPAN TAK BOLEH DIPISAH. TIADA HARI INI JIKA TIADA MASA LAMPAU. KEJAYAAN HARI INI DAN HARI ESOK BERKAIT RAPAT DENGAN SEJARAH MASA LALU!!
Oleh : rahimothman
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan